May 14, 2009

tatkala derita mempunyai suara

sesaat tiada erti andai diri dimaki sepi
sesaat tiada makna andai cela makanan persona

lelah ratapi hinaan bertubi
kering tangis ini tiada erti
otak buntu fikiran kabus
soalan terbuku mungkin terkedu

kata pujangga kau bebas terabur
kata bijaksana kau riak lebur
kata nasihat kau umpama dibisa
halus tiada amarah beraja

runsing telinga dibasahi cela
serabut jiwa ditikam bahasa
punah semangat kau padam baranya
runtuh tiada hancur diroboh

buang angkuh di dada robotik kau !
buang kata cemuh di mulut meriam kau !
buang ego di minda rakus kau !
buang semua bencana bicara perosak suasana !

tinggal satu titis mutiara di mata
tinggal satu cebis hati di jiwa
tinggal satu keping senyuman di minda
tinggal satu manusia separa masa.