Sep 29, 2009

4tahun-12tahun

zaman kanak-kanak.sudah lama berlalu.agak berbelas tahun dahulu.entahlah.
mungkin sekarang pun masih kanak-kanak. ;)
sebenarnya, aku tiba-tiba teringat akan zaman dahulu kala.

**
soal cita-cita.
benda sinonim waktu tadika sampailah sekolah rendah.
setiap guru akan bertanya benda yang sama dari tahun ke tahun.memang kelakar.
tapi, kita tetap menjawab pertanyaan mereka dengan bangga dan semangatnya!
benar,kan? :)
bila guru sudah tanya, mulalah berfikir panjang.kononnya matang.haha
teman-teman yang lain menjawab dan terus menjawab.
paling kerap cita-cita yang aku dengar ialah polis,bomba,doktor,guru,pilot.
mahu tahu mengapa mereka pilih pekerjaan begitu?
kerna ibubapa mereka bekerja sedemikian.kononnya, itu kerja yg paling hebat di mata mereka saat itu.memang betul,kan?

**

kemudian, giliran aku pula menjawab.
agak gembira mahu beritahu guru.
ada 3 pekerjaan yang dahulunya bermain di fikiran aku.
polis, guru dan doktor.
aku mahu jadi polis sebab ayah kepada kawan aku seorang polis.
dia nampak kacak dan segak memakai uniform.
dan, aku fikir aku juga akan kacak dan segak macam dia!
tapi, aku kan perempuan.mana boleh jadi kacak.
aku mahu jadi guru kerna aku fikir guru sangat mudah kerjanya.
hanya beri latihan dan bercakap.aku boleh buat!
padahal, susah benar! baru sekarang rasa malu jika berada di depan khalayak ramai.
aku mahu jadi doktor kerana mahu mengubati orang tua aku nanti.
mereka tak perlu bayar jika aku yg merawat.dan mereka pasti sayang pada aku!
tapi, mahu cium segulung ijazah pun aku belum.al maklum lah, 16tahun baru.
lagipun, soal ubat ubatan aku agak pahit mahu memikirkannya.tak sedap!

**

konklusinya, kanak-kanak begitu berkobar-kobar mahu lakukan kebaikan!
begitu bersungguh-sungguh! kerna takut ditangkap polis.
apa yang penting, sekarang.
aku tak tahu mahu jadi apa.
bonda mahu aku jadi guru.macam dia.
tapi, aku malu mahu berada di hadapan orang ramai.
aku takut aku tak mampu mendidik anak-anak generasi akan datang.
besar tanggungjawab guru.
memang ejaannya ringkas dan pendek.4 patah perkataan saja.
tapi, cuba hitung jasa dan pengorbanannya.
berdayakah aku menjadi seperti yang bonda inginkan?

Sep 23, 2009

aku menari dan kamu diperli? -abaikan-

kamu gelar aku SI BODOH. kamu gelar aku SI BANGANG.
tolonglah aku mohon pada kamu.
aku punya nama aku. kalian tak pernah mahu tahu!
aku ini SI PEREMPUAN. aku kata aku PEREMPUAN. ini .dengar apa ertinya.
si perempuan ada tangisnya. si perempuan terlalu pencinta. si perempuan bukan betina.
jangan panggil aku TOLOL. aku punya akal mungkin tak secerdas kalian.
agak lembab.bukan TENGING!
berhenti panggil aku BONGKOK. aku tak tegak tak bermakna si bisu.
aku tak lawan tak bererti si pekak. aku ini perempuan!
perempuan yang rimas digelar SIALAN! perempuan yang benci pada tomahan!
berhenti mengutuk aku, si PANDAI!
berhenti mengutuk aku, si PANDAI!
aku ulang kali ke-3, berhenti mengutuk aku si PANDAI!
hanya si pandai suka menghina orang seperti aku.
jangan kata aku LEMBIK.
aku tegap pada rasa aku!
diam kamu! kamu! dan kamu!
diam jangan kata aku manusia tak tahu merasa.

*** adakah aku sedang mengutuk kamu, si pandai? ***

Sep 20, 2009

ketupat

saat ini.hari raya.entah apa yang aku rasa.
mungkin sayu kerna ada yang sudah tiada.
mungkin tertekan kerna tahun hadapan mahu tiba.
mungkin gembira dapat duit raya. (1juta pun tak sampai)
mungkin penat perlu melayan tetamu.
mungkin sakit perut makan macam2 jenis juadah.
mungkin bosan.

tapi.tak mengapa.itu buku dah menanti aku untuk ditelaah.
tapi.biar aku berusaha untuk menyentuh kau dahulu ya, buku.
biar aku cuba letak magnet di tubuh2 kalian semua.
yeah.teruskan!

Sep 9, 2009

jam:22.55

kelakar mungkin. (ketawa dahulu)

aku tak fahamlahh.kenapa? mengapa? sampai bila? bagaimana?

soalan first aku untuk kamu.yg bergelar perempuan .mungkinlahh.haha

1) mengapa kamu begitu excited bila berjaya tunjukkan sesuatu yang kamu tak punya?

2) mengapa kamu pandang rendah & hina pada kaum sejenis kamu yang tak ada keistimewaan macam kamu. nk contoh? kamu pun tahu.kan?

3) mengapa susah sangat nak terima keadaan kamu seadanya? tak perlu terlebih-lebih.

4) mengapa bila sudah tiba masa untuk kamu berfikir, tapi kamu bertindak bodoh? (mungkin aku turut sama.haha)


soalan kedua untuk kamu jugak.

1) sampai bila nak pertahankan perkara palsu yg kamu cipta?

2) sampai bila kamu nak ketawakan orang lain tentang kehidupan mereka? sempurnakah kamu?

3) sampai bila kamu nak jaja 'kemewahan' kamu pada orang lain?

4) sampai bila kamu nak pegang tongkat yang kian reput?


soalan terakhir untuk kamu.haha

1) bagaimana kamu nak bersihkan kotoran yang kamu dah percikkan kt orang lain? bahan pencuci kain pun tak mampu.haishh.

2) bagaimana kamu nak harungi hidup kamu tanpa ada rasa malu?

3) bagaimana aku boleh kenal orang macam kamu yang suka buat orang lain jadi selekeh macam pengemis?
(soalan ini untuk aku.haha)

habis sudah soalan2 yang mahu aku kemukakan untuk kamu. lama sudah aku pendam. terima kasih ya sudi perkenalkan diri kamu pada aku dan tunjukkan kehidupan mewah kamu pada aku.

last question.haha. : bila mahu kamu jawab soalan2 aku? tak boleh jawab? atau malu? (ada jugak malu kamu eh.haha)

maaflah andai terasa.mood aku waktu ini sudah sampai tahap separuh maksima. mood yang aku sembunyikan daripada kamu sekalian manusia.mungkin.haha ;D

ramadhan aku :)

tarikh : 9.9.09
tempat : depan komputer yg nazak
aktiviti : mengomel sendirian dengan labah-labah
status
: manusia pendek
mood : kelaparan kekenyangan. satu malaysia!

pernah rasa puas terhadap sesuatu perkara? sukar lahh.betul. sukar sangat mahu puas.
nahh. aku mahu tapi sedikit suara manusia ini. dia berkata ;

" tak puas lagi kah?
kau cincang-cincang jasad cinta aku pada kau! tak puas?
lepas kau cincang-cincang,
kau taburkan duri-duri tajam dalam tangis aku.
bila aku meronta-ronta kesakitan,
kau dakap aku dengan kebencian!
aku menangis dan terus menangis.
kau, kemudian pergi.
sudah puas?
belum lagi rupanya.
kau datang kembali dengan setitis racun.
kau suapkan pada aku. .
kau pergi.
aku. .mati di sini .
mati . .
ini yang kau puas.
puas! "


p/s : aku suka tarikh hari ini. kawan aku cakap hari polis. 999 ;)

Sep 3, 2009

dammo!

4sept09.
yeah.tarikh hari ini.today.wht can i say is; it's just like i'm a dumb.mybe dump.huh!
act, i admt it.it's my fault.my fault.and i've said "i'm sorry nabila.sakit kee?sorrylahh"
really.i've said those words.humm.but,it's weird.why my friends laugh laugh laugh and laugh.after laughed at me, they recall wht i've done to her.too many tymes.
you knw what? you really hv switch on the 'anger' inside my blood. but, i controlled it. if not, i'm not sure wht i'll do to all of you.i'm not in mood today.like a shytt! uhh!
just keep quiet.don't hv to repeat tht incident with your own mouth.i'm human.and i do mistakes.don't you?