Sep 29, 2009

4tahun-12tahun

zaman kanak-kanak.sudah lama berlalu.agak berbelas tahun dahulu.entahlah.
mungkin sekarang pun masih kanak-kanak. ;)
sebenarnya, aku tiba-tiba teringat akan zaman dahulu kala.

**
soal cita-cita.
benda sinonim waktu tadika sampailah sekolah rendah.
setiap guru akan bertanya benda yang sama dari tahun ke tahun.memang kelakar.
tapi, kita tetap menjawab pertanyaan mereka dengan bangga dan semangatnya!
benar,kan? :)
bila guru sudah tanya, mulalah berfikir panjang.kononnya matang.haha
teman-teman yang lain menjawab dan terus menjawab.
paling kerap cita-cita yang aku dengar ialah polis,bomba,doktor,guru,pilot.
mahu tahu mengapa mereka pilih pekerjaan begitu?
kerna ibubapa mereka bekerja sedemikian.kononnya, itu kerja yg paling hebat di mata mereka saat itu.memang betul,kan?

**

kemudian, giliran aku pula menjawab.
agak gembira mahu beritahu guru.
ada 3 pekerjaan yang dahulunya bermain di fikiran aku.
polis, guru dan doktor.
aku mahu jadi polis sebab ayah kepada kawan aku seorang polis.
dia nampak kacak dan segak memakai uniform.
dan, aku fikir aku juga akan kacak dan segak macam dia!
tapi, aku kan perempuan.mana boleh jadi kacak.
aku mahu jadi guru kerna aku fikir guru sangat mudah kerjanya.
hanya beri latihan dan bercakap.aku boleh buat!
padahal, susah benar! baru sekarang rasa malu jika berada di depan khalayak ramai.
aku mahu jadi doktor kerana mahu mengubati orang tua aku nanti.
mereka tak perlu bayar jika aku yg merawat.dan mereka pasti sayang pada aku!
tapi, mahu cium segulung ijazah pun aku belum.al maklum lah, 16tahun baru.
lagipun, soal ubat ubatan aku agak pahit mahu memikirkannya.tak sedap!

**

konklusinya, kanak-kanak begitu berkobar-kobar mahu lakukan kebaikan!
begitu bersungguh-sungguh! kerna takut ditangkap polis.
apa yang penting, sekarang.
aku tak tahu mahu jadi apa.
bonda mahu aku jadi guru.macam dia.
tapi, aku malu mahu berada di hadapan orang ramai.
aku takut aku tak mampu mendidik anak-anak generasi akan datang.
besar tanggungjawab guru.
memang ejaannya ringkas dan pendek.4 patah perkataan saja.
tapi, cuba hitung jasa dan pengorbanannya.
berdayakah aku menjadi seperti yang bonda inginkan?