Oct 17, 2009

gagak tetap hitam.

coretan buat teman.
kamu.
sudah terbang jauh dari aku.
sudah langkah tinggi dari aku.
sudah semuanya gah dari aku.

..

masih ingat?
waktu kita bersama sama,
kamu ketawa perlahan takutkan guruh.
kamu menarik rapat tangan
mengajak tuliskan impian
atas sekeping kertas.

..

dulu juga,
tiada yang terlebih antara kita.
tiada yang setanding seakrab kita.
tiada yang terceruk dalam benua.
tapi kini,
pari-pari sudah pergi.
cerita kita, selesai di sini.
kamu gembira di haluan sana.
bersama sahabat benar di dunia.
kamu tak toleh ke sini
tatkala tangan ini menggamit gamit
ajak kamu ke mari.

sudah berbeza. terlalu ketara.
ayuh senja, pimpin jasad aku ke mana-mana.