Oct 28, 2009

peperiksaan akhir tahun?

"masa menjawab telah tamat.sila letak pen anda."

..belum lagi aku jawab soalan soalan rakus itu.belum sempat.
aku baru mahu menampal semua idea yang merengek mahu keluar ini,
di atas kertas itu.

..belum lagi aku cuba uji tahap ingatan aku.masa singkat.
aku baru mahu mesin-mesinkan segala huruf-huruf dalam otak aku.

kenapa terburu-buru?
aku bukan mahu membunuh sesiapa.
biarlah aku dengan pena serta ubat pensil aku.
janganlah paksa aku.

..sila kembalikan kertas itu.aku mahu menulis.jangan halang aku.