Nov 6, 2009

heyy kamu.ini notis ringkas untuk si orang 'emas'

2november2009.

aku terserempak dan terus terserempak dengan dia lagi. budak kelas atasan yang aku betul-betul mahu tarikkan diri aku jauhhh daripada dia.
maklumlahh, budak kelas atasan seperti dia,
layaknyaa bersantai di tepi pantai bermahkotakan takhta dan darjat di keliling tubuhnyaa, bukan duduk sebaris di hadapan aku.
tak layak.
sudah diduga, hinaan bermutiara terungkap keras dari bibirnya yang bersalut lapisan melekit berjenama agaknyaa.

sederet sahaja ayatnya. sebutir demi sebutir huruf melantun ke arah dinding otak aku.
tapi, maaf ya Tuan Puteri.
aku sudah lali dengan tomahan begitu. tiada cacian lainkah untuk aku, wahai Puteri Bangsawan?

ibu pernah berpesan,
" hiraukan saja apa kata mereka tentang kamu. abaikan bayu kotor dan jijik dari mulut mereka. kamu teruskan berdiri, pelbagaikan langkah, pantaskan berlari.
tapi, hati-hati. jangan sampai kamu tersungkur di bui tabah."