Nov 14, 2009

sudah dilahir bersama,mahu dipisahkan pula.

Raja itu makin aku menyusahkannya
Dia mahu istananya tiada cacat walau pada rumput terbentang
Titahnya, mahu pisahkan dunia dari dinampak aku
Silakan ambil Jiwa aku.

Kuncikan aku dan jasad aku di dalam kotak itu
kotak tak punya daya graviti itu.
Lontar jauh-jauh Jiwa aku agar bisa teguh istana megahmu.

Rapat-rapat kurungkan aku dan si jasad.
Jangan biar sehalus angin pun menyapa kami.
Pasti gah kedudukanmu

Cepat kotak. Tutup tubuh aku. Nafas aku
Pergerakan aku.
Jangan pernah bagi ruang
untuk aku berbalas senyum dengan Jiwa aku, di sana.

Rakyat perlu taat pada si Raja.
Kalau dipintas sebutir pun lafaznya,
bergantunglah di sudut raksasa.

Katanya, "tak mati tanpa jiwa"