Dec 26, 2009

panggilan si laut buat peminta di kala rebah

heyy blog cubby-hole! kau nak tahu sesuatu? seronok tak terkata!
hari rabu,23 disember 2009,sangat berbunga!
ayah aku bawa aku dan adik2 serta ibu ke Teluk Senangin.
ya! itu laut! ;DD
teruja aku bila tahu kami sudah mahu sampai.
bertahun-tahun jugaklah aku tak mandi laut.HAHAHA. (bila besar,malulahh nak mandi laut)

nasib baiklah ayah aku bawa kami waktu tak ramai makhluk2 mandi-manda.
kami berada di dalam laut lebih kurang 4 jam.
ayah dan adiknya,Pak Yang juga anak2 Pak Yang, Azim,Aiman dan Hafiz, mereka memancing.
peduli apa aku mereka memancing.janji aku dapat mandi.(seronok babe!)

mula-mula,gerun gila nak masuk laut.yalahh.ada banyak obor-obor kecik warna coklat.
ada yang besar macam burger.adik aku,Azri dan abg syam dah jauh ke tengah.mereka tak takut
aku dan Fadhli,cuak jugaklahh nak ke tengah.takut diserang obor-obor
(ceroboh tempat tinggal orang,mestilah kena serang,kan?)
agak lama la jugak,dalam 30 minit aku dan adik aku,mandi manda di depan2 saja.
kemudian,raksasa berani sudah meresap dalam jiwa Jalil kami.haha
kami pun mandi manda di tengah lautan.(tak ada lahh tengah sangat.tapi,dalam juga)
aku jenis suka lompat2.jadi,aku lompat2 bila di tengah.

**
sakit tak terkata! kaki aku terkena kulit siput yg berduri!
terus ke daratan.ada darah!
tapi,aku tak mahu putus asa! yalah.bukan senang nak hidu bau laut!
ibu ayah sibuk sentiasa.inilahh peluangnyaa!

bila dah kecut di dalam air,aku dan fadhli main pasir.
aku tanam badan dia.
dia cakap, "berat la pasir ni! nak bangun!"
aku cakap, "ahh! duduk diam2! belum siap lagi nii"

kemudian,dia bangun.macam raksasa.kaki aku pula jadi mangsa.
dia tanam kaki aku.
betul jugak cakap dia.berat gila pasir tuh!

aku tengok ketam2 masuk dalam pasir.aku dah takut.takut kena sepit.
hahah ;D

hah! nak tahu? Pak Yang aku memancing,dia dapat ketam!
besar gilaaa! ayah aku,haish.tak dapat apa2 (kecewaaa)
haha

aku nak upload gambar2.tapi,mak cakap,
"tak boleh.nanti kalau masuk kad dalam laptop,nanti kena serang virus."
jadi,tak boleh lah upload.

lagi satu,kepada sue,nanti aku bawa kau ke teluk senangin.
kau tengoklahh khayalan atau igauan aku.
dussh!

terimakaseh ya kepada pembaca2.(kalau ada yg bacalahh)HAHA
;)