Jan 20, 2010

dear sunshine,

sunshine, biar aku lewatkan pada new moon

lorong aku tak besar tak sempit
cuma tertutup gelap
tak punya cahaya
bisa aku pinjam sunshine alam?

lorong aku berhabuk
berdebu
sangat serabut
boleh sunshine pancar bersih-bersih?

lorong aku tak punya otak
akal langsunglah tak ada
fikiran bodoh tertampal merata-rata
dinding
mahu sunshine bakarkan habis-habis?

maaf ya new moon.
aku bukannya tak perlukan kau
aku bukannya tak mahukan kau
aku cuma risau
kerna kau tak pernah punya cahaya
itupun kau pinjam pada sunshine
kau berlagak hebat
sedangkan sunshine penat-penat
berikan kau kecantikan dia
harap kau tahu
yang aku perlukan
cahaya tak berhenti
aku tak berdaya
sekejap terang sekejap gelap
biarlah aku jadi manusia bukan vampire.