Feb 27, 2010

prince&princess I

kata orang; kumbang bukan seekor,dan tak semuanya sendiri

aku pegang; kumbang terlalu ramai,tapi mampunya,hati ini sudah berkenan pada yang itu.
cuma satu. :)

cerita dongeng selalunya sangat manis
hingga aku sendiri terasa bagai tiada yang tipis
harapannya tak pernahnya punya kudis.

kisah puteranya,
aku tak anggap ini khayal aku semata--
kerna apa yang aku rasa
benar belaka hingga tak terkata
mahupun nafas aku yang berbicara.

kisah puterinya,
aku tak boleh rumus dalam puisi
atau novel beredisi
kerna ceritanya tiada di sisi;
cuma pada dia,ini yang aku pasti.

tentang istananya pula,
dibina tak punya bata;
pasaknya cuma rasa cinta
dindingnya di-simen gelak tawa
harapnya tak runtuh; mohon ya? :)

laluan ke istana tak susah mana
cuma perlu senyum tanpa pura-pura
cuma perlu bicara tak ada dusta
cuma perlu percaya sesama kita.

Feb 25, 2010

heart-death. .

stop it, please .

Feb 19, 2010

readers,another shit i posted :)

kehadapan si lelaki bangsawan yang hartanya bukan kepalang nilainya,
kau tercipta mungkin buat mencoretkan celaka
atas kepingan jiwa raksasa
aku yang sudah lunyai dimamah tak sempat bercerita.

kau si lelaki rupawan yang wajahmu tak tertanding pria asia,
termuncul dalam sudut kecil nafas aku
yang sudahpun kau tumpahkan neraka
juga mengukir parut yang sangatlah deritanya aku rasa
tetapi tak lama
kerna aku rasa
jiwa aku punya sedikit kuasa
buat tepiskan kau yang aku harap diterbangkan ke angkasa
agar kau tak hidu rasa aku yang sedang bahagia.

kau juga,si lelaki durjana
pergilah kau bersama si perempuan yang telah kau pegang maruahnya,
telah kau jilat rasa gadisnya,
telah kau layankan nafsu kau buat si dia
yang aku anggap kalianlah petanda akhir dunia.
apa aku salah mengatakan "kalian bukanlah manusia sebenarnya" ?

kau juga,si lelaki bertanduk dua
mohonlah kau mencipta gembira bersama--
si perempuan yang sudahpun kau hilangkan mahkotanya
si perempuan yang sudahpun kau rasa manis tubuhnya
si perempuan yang aku mahu gelar dia betina.
apa aku salah laungkan pada dunia
tentang rasa aku yang teramatlah bernanahnya?

sudahlah .
faktanya,aku bukan menangisi pemergian kau
yang aku anggap "indah juga"
aku membasahkan pipi serta hati
kerna kau pergunakan rasa yang aku ikhlas memberi.

kau menyedut semua rasa itu,lelaki
kau menyedut semuanya .
silaplah kau andai itu yang kau fikir sebenarnya.
kerna,
kau gagal menyedut darjat maruah harga diri aku yang teramat berharga
bagi gadis yang kau anggap sampah yang terlalu tak bermaya.

benarlah kata orang,
perpisahan bermakna pabila kita tak hilang sempurnyanya :)

sayangnya,
kau tak sedar
yang aku bersyukur
andainya
kau berubah pada yang
lebih manusia.

Feb 16, 2010

babe,

meriam malam membingit deria
matahari gelap buat dunia terperangkap
dalam peritnya harap
yang selama ini cuba digilap
tetapi akhir tangis yang kerap.

meriam malam membingit deria
bintang terpecah binasanya rasa
dalam kata yang sesinis neraka
buat santapan hati yang menggila
aku tak terasa
kerna bisanya teramat nista.

meriam malam membingit deria lagi
langit dah tergulung terperli
khasnya setiap bayunya pasti
jelas membisik "terbaiklah kau pergi"
yang dilantun ucapnya pria di sisi
dalam sayu ini tak berdaya bertahan mati
"momen hitam bakal terpatri"
"jangan sayang,kau masih bisa teguhnya berdiri"
"mata kau menipu tentang yang sebenarnya terjadi"
"naluri aku bilang kau tak akan peduli"
"sudahlahh sayang,jangan khuatir aku mampu berlari"
"aku sayangkan kau sampai hayatku baby"
"aku cintakan kau sampai akhirnya nafas aku,lelaki"

meriam malam sudah berhenti membingit deria
sayangnya,deria ini sudah rosak ,celakanya .

babe,
kau tahu rasanya
tersungguh teramat terlalulah
koyaknya.


Feb 15, 2010

un-known

twinkle twinkle little star,
it's twinkle does not really sparkle like a thousands stars,
and the fireflies listened to my tears,
the heart-beat like a monster.

people judge about me and you,
people stare when we're argue,
but please people don't you,
feel the way i do?

flowers are not totally red,
it's obviously not to scared,
but,once it's has been badly sad,
please pick it up and have a nice rest.

when the mistake is totally fake,
you act like i'm the shit,
even you notice "i've made she upset",
but you show to me how you really get mad.

*sorry.i don't know what i'm writing about.
speechless.

Feb 14, 2010

mood; unstable

cerita yang kau bakal baca ini sampah durjana.
jadi,sebelum ada niat mahu membaca,baik-baiklah kau pergi ke blog yang lain,ya?

_______________________________________________________

sebenarnya,aku tak tahu apa motif aku nak post benda yang sangatsangatlahh bangkainya.
entah.aku rasa macam puas pun ada.
tapi,memang lah kalau diteliti baik-baik,
apa yang aku tulis tu banyak kata celakanya.

*tetapi perkataan tu sesuai untuk bitch kan?

aduh.tengok.once again,aku dah cakap benda tu lagi.

sekarang,ehh.semalam kot aku fikir,

"pity that girl.terpaksa terlibat dalam situasi yang agak tak patut"

come on laa.
lain kali,kalau pun nak bengang ,janganlahh buat begini.
jangan lahh fikir bengang kau seorang.
bengang aku ni nak campak ke mana?
dalam hidung kau?

*tak pasal-pasal hidung kau merah macam badut.entah2 hilang kot hidung kau tuh

mula-mula,bila tau the fact,memang merah laa darah.
yang kesiannya,budak kemetot tu jadi mangsa bahan cemuhan.
bahh.kasihan kau budak.tak semena-mena mulut ni mengutuk kau gara-gara
perkara yang tak sepatutnya dijadikan tauladan
(maaf.aku tak faham apa yang aku cakap,tapi aku tahu apa yg aku nk sampaikan)

selalunya,kalau aku mengamuk-mengamuk,
aku post dekat blog myspace saja.
tapi,alang-alang aku dahh sign in blog ni,
better i write,right?

it should not be a big stupid story
but,it is.
because i wrote this story.
gahh.

sudahlahh.
nanti ada idea,aku tulis lagi.
sekadar mahu lepaskan geram+buang masa.

please ,
orang macam aku
budak macam aku
student macam aku
akan ingat sampai mati
kalau benda tu
ada effect kt diri aku
kalau benda tu
meluatkan aku
kalau benda tu
sangat bodoh bagi aku
kalau benda tu
sangan menjijikkan pada pandangan aku

to that girl,
aku kasihan dekat kau.
ehh.
by the way,
mybe this friday,
i will know the whole story
plus mybe the truth.
so,
semalam aku sembang dengan kawan.
dia macam nak cakap something bad
pasal kau.
sebab,
waktu malam,
dia nampak kau
sedang.....

*yang ini saja dia bgtahu aku.so,agak suspen.

Feb 10, 2010

kalau . . .

kalau aku jadi langit mendung,
akan dilindung setiap satunya inci kamu.

kalau aku bersayap burung,
tak kan aku tinggalkan sarang itu.

kalau aku gugusan bintang,
malam-malam tak mungkin lenyap dalam malapnya.

kalau aku sang pokok tegap,
oksigen tak mungkin kurang walau ditebang.

kalau aku kepulan awan kapas,
setiap langkah kamu, aku redupkan dari mentari

kalau aku tanahnya bumi,
jangan khuatir,kamu tak mungkin tersadung

kalau aku orangnya tak sempurna,
izinkan aku jadi senyum mu :)