Feb 27, 2010

prince&princess I

kata orang; kumbang bukan seekor,dan tak semuanya sendiri

aku pegang; kumbang terlalu ramai,tapi mampunya,hati ini sudah berkenan pada yang itu.
cuma satu. :)

cerita dongeng selalunya sangat manis
hingga aku sendiri terasa bagai tiada yang tipis
harapannya tak pernahnya punya kudis.

kisah puteranya,
aku tak anggap ini khayal aku semata--
kerna apa yang aku rasa
benar belaka hingga tak terkata
mahupun nafas aku yang berbicara.

kisah puterinya,
aku tak boleh rumus dalam puisi
atau novel beredisi
kerna ceritanya tiada di sisi;
cuma pada dia,ini yang aku pasti.

tentang istananya pula,
dibina tak punya bata;
pasaknya cuma rasa cinta
dindingnya di-simen gelak tawa
harapnya tak runtuh; mohon ya? :)

laluan ke istana tak susah mana
cuma perlu senyum tanpa pura-pura
cuma perlu bicara tak ada dusta
cuma perlu percaya sesama kita.