Feb 19, 2010

readers,another shit i posted :)

kehadapan si lelaki bangsawan yang hartanya bukan kepalang nilainya,
kau tercipta mungkin buat mencoretkan celaka
atas kepingan jiwa raksasa
aku yang sudah lunyai dimamah tak sempat bercerita.

kau si lelaki rupawan yang wajahmu tak tertanding pria asia,
termuncul dalam sudut kecil nafas aku
yang sudahpun kau tumpahkan neraka
juga mengukir parut yang sangatlah deritanya aku rasa
tetapi tak lama
kerna aku rasa
jiwa aku punya sedikit kuasa
buat tepiskan kau yang aku harap diterbangkan ke angkasa
agar kau tak hidu rasa aku yang sedang bahagia.

kau juga,si lelaki durjana
pergilah kau bersama si perempuan yang telah kau pegang maruahnya,
telah kau jilat rasa gadisnya,
telah kau layankan nafsu kau buat si dia
yang aku anggap kalianlah petanda akhir dunia.
apa aku salah mengatakan "kalian bukanlah manusia sebenarnya" ?

kau juga,si lelaki bertanduk dua
mohonlah kau mencipta gembira bersama--
si perempuan yang sudahpun kau hilangkan mahkotanya
si perempuan yang sudahpun kau rasa manis tubuhnya
si perempuan yang aku mahu gelar dia betina.
apa aku salah laungkan pada dunia
tentang rasa aku yang teramatlah bernanahnya?

sudahlah .
faktanya,aku bukan menangisi pemergian kau
yang aku anggap "indah juga"
aku membasahkan pipi serta hati
kerna kau pergunakan rasa yang aku ikhlas memberi.

kau menyedut semua rasa itu,lelaki
kau menyedut semuanya .
silaplah kau andai itu yang kau fikir sebenarnya.
kerna,
kau gagal menyedut darjat maruah harga diri aku yang teramat berharga
bagi gadis yang kau anggap sampah yang terlalu tak bermaya.

benarlah kata orang,
perpisahan bermakna pabila kita tak hilang sempurnyanya :)

sayangnya,
kau tak sedar
yang aku bersyukur
andainya
kau berubah pada yang
lebih manusia.