Mar 29, 2010

last night

sekarang ini aku berada di sudut gelap
yang mana pintunya hilang,tingkapnya tenggelam,lantainya curam
seakan-akan menarik aku ke bawah,menyedut aku ke dalam
sedalam-dalam yang di ingin'nya' setiap kali aku cuba mencapai tombol 'pintu'
yang sebenarnya black hole yang teramatlah besarnya
hinggakan tertanggal kulit ini dari tulang-tengkorak.
anak mata masih tertinggal.
yaa.aku nampak,aku lihat.
terimakasih kerna mencuba.
tapi,aku tak akan tumpas.
kau ingat cahaya gelap!
kau ingat!
walau selalunya aku sembunyi dalam kau,
walau selalunya aku menangis dalam kau,
sedikitpun kau cuba merasa,
mampuslah engkau.ini doanya.


*tolonglah.
jangan kecut-kecutkan jantung aku.
syaitan yang direjam,pergilah engaku dari segenap tubuh aku.
jangan kau hitamkan yang aku cuba bersihkan.

Mar 20, 2010

bull-s

kata-kata aluan, celakalahh kau :)

hormon adrenalin yang jarang-jarang aku gunapakai (jarang-jarang ada hal kecemasan)
tiba hari ini,kau betul-betul dah buat level hormon itu jadi tinggi.








kau memang.
sangat celaka.
terimakasih sebab buat kepercayaan aku pada kawan-kawan jadi sangat luntur :)



kau contoh yang terbaik.
syabas yaa kawan.


*tak perlu kau cakap pada mereka-mereka yang aku ini kawan baik kau.sebabnya,aku tak rasa kau kawan baik aku.jadi,nyah dari hidup aku yaa :)

Mar 15, 2010

satu dua tiga :)

ayah,
nanti,bila na dah tak ada kat dunia ni,
maafkan na yaa.na tau na banyak buat ayah marah.banyak buat salah kat ayah.
selalu tangguh-tangguh kerja.selalu tak jaga adik-adik baik-baik.selalu degil cakap ayah.
sampai ayah pernah cakap tak akan ada sesiapa pun suka kat na.yaa.na tau :)

maa,
nanti bila na dah pergi jauh-jauh dalam tanah,
na harap maa maafkan semua salah na.
na harap maa berkati&redha semua yang na buat
even na tau yang na tak pernah buat maa happy.
na mintak maaf sebab malas buat kerja rumah.
sebab selalu jerit-jerit kat adik-adik sampai maa jadi tertekan.
na mintak maaf sebab tak dapat jadi anak yang baik untuk maa&ayah.
na mintak maaf sebab selalu buat maa kecewa&menangis.
maa maafkan na tau :)

abang,
sebagai adik,na mengaku.na memang cemburu tengok abang layan akak,abang syam dan adik-adik lebih daripada abang layan na.
na tau na bukan adik abang yang baik.
na memang terasa bila abang buat jokes dekat akak dan siblings yang lain.
na mengaku,memang na sedih :)
tapi,tak apa.
na tau abang pun sayangkan na macam abang sayang adik-adik abang yang lain,kan? :)
bila na dah tak bernafas,na harap abang maafkan na.
sebab selalu main-main bila study.selalu merajuk bila abang marah-marah.
maafkan na sebab tak dapat jadi adik yang baik untuk abang.

kakak,
kakak ada ciri-ciri anak yang baik.tahniah :)
na sayangkan akak.akak jangan lah sedih-sedih bila adik-adik kutuk akak.
jangan cepat terasa tau.mereka cuma nak main-main dengan akak saja tu ;)
memang tak dinafikan,
na sangat cemburu dengan akak.na tau benda ni tak elok.
tapi,kita kan manusia. :)
na cemburu bila abang,adik-adik ,layan akak baik-baik,hormat akak.tak pernah tengking akak.
cemburu tau :)
tapi,baguslah.akak kan memang patut dihormati :)
tapi,kalau na dah tak wujud lagi,
na mintak maaf tau.
sebabnya selalu malas.selalu biar akak buat kerja sorang-sorang.
maafkan na tau akak.sebab selalu buat akak kecik hati.

abang syam,
even abang syam banyak buat na nangis,selalu baran tak tentu pasal dengan na,
na tetap sayang abang syam sebagai seorang abang.
na hormat abang syam even na tak pernah tunjuk rasa hormat tu.
maafkan na sebab jarang-jarang sangat bertegur-sapa dengan abang syam.

fadhli,
yaa.kau memang yang sangat degil.
kak na selalu marah-marah kau.
selalu suruh kau buat macam-macam.
maafkan kak na tau.
sebab selalu tak jawab bila kau panggil kak na.
*malas nak jawab sebab kau panggil semata-mata nak suruh kak na buat kerja yg sepatutnya kau buat.
apa-apa pun,maafkan kak na sebab tak dapat jadi akak yang baik untuk kau.
akak tierah memang layak disayangi :)

azri,
adik bongsu kak na.
maaf sebab banyak kali naik tangan dekat muka in.
kak na bukannya apa,cuma geram.
in tak pernah nak hormat kak na.
in selalu tengking-tengking kak na.
bila kak na tegur,in selalu buat bodoh,
jadinya,kak na marahlah.
maaf tau.maaf sangat-sangat.
kak na sayangkan in.kak na tak nak in jadi adik yang tak tau hormat yang tua.
in jaga mak ayah baik-baik tau.
:)

mintak maaf semua sebab tak dapat jadi seperti yang kalian inginkan.
maaf sebab banyak kelemahan.
jaga diri baik-baik yaa.
:)

Mar 12, 2010

wasiat






cikgu raos; terimakaseh yaa kerana bersekongkol dengan kami utk pecah rekod sinarita 2010 :)

kawan-kawan; kita puteri-puteri GEGS.kita boleh menjadi yang terbaik ya!


5 science 1.
kelas yang kecil.kerusi meja biru putih.dinding residen.kipas,naseblah kau banyak.
kadang senyap,kadang bising.entah angin mana datang,semua monyok.entah langit mana yang jatuhkan emas,semua bersorak.kita memang tak kenal rapat (bagi yang baru) tapi kita satu buku.jangan ada yang musuh-musuh ya.aku jadi rimas :)



pakaian seragam baru untuk 2010.pernah menangis bila di-temuduga.mahu tahu kenapa?
aku cakap pada cikgu, "saya tak rasa saya layak"
cikgu tanyaa "kenapa? bukan saya yang pilih awak.cikgu-cikgu yang mengajar awak yang pilih awak.awak tak berhak cakap awak tak layak"

menangis bukan sebab terguris atau terasa.cuma,tak sangka.dalam bising-bising mulut aku,dalam title "tiga suku" yang diberi kawan aku,dalam jadikan meja bantal ke-dua aku,
tak sangka terpilih.tak sangka dipilih.

KP&PKP,aku akan usahakan yang terbaik ya.aku pegang kata S/U pentadbir ;
"kita ada lembaga belakang kita.jangan sesekali pandang sinis pada pengawas yang lain.kita sama-sama.bayangkan ada lembaga yang besar sedang dakap kita,pegang kita,LEMBAGA DISIPLIN."

*aku tak berapa ingat apa yang kau cakap.tapi,ini yang aku boleh rumuskan :)


---
beberapa bulan saja lagi.pokok Jepun,jaga diri baik-baik.tandas blok A, aku tak pernah tak berteman bila nak gunakan kau.makmal Fizik,aku dah simpan baik-baik senyum epal.makmal Biologi,5tahun berturut-turut merekod suara yang tak pernah berubah,aku peluk erat-erat lontaran kata-kata itu ya.makmal Kimia,panas,merah jambu,memang mengantuk.tapi,hijaunya,aku tak akan lupa,Sensei.
Sifu Addmath,otak ini memang tak tangkas.tapi,Sifu dah ajar langkah kung-fu.akan dimampatkan dalam kertas jawapan,sampai bila-bila.tak akan lupa kerlipan Sifu.


yang terbaik,semua.terimakaseh banyak-banyak.harapnya,diri ini tak akan mengecewakan kalian semua.harapnya,diberkati segala ilmu yaa.

hall- -

hari ini rasa macam sangat kapas.
melayang terbang-sorang-sorang.ditampar ditendang





"tak apa lina.kau boleh capai mahu orang tua mu."

Mar 6, 2010

sudah-sudahlah.

hati mana tak perit kalau tertembung tombak sendiri?
memanglah di-cuba tenangkan,di-cuba senyumkan,
tapi,sampai bila mahu aniaya rasa?
apa tombak itu sangat syaitan?
hingga membakar seluruh jiwa aku yang dah kering di-timbus gurun?
jauhkan mata ,jangan di-pandang itu,
jauhkan telinga ,jangan di-dengar suara itu.
jauhkan hidung , jangan di-hidu senyum itu.
mohon,jauhkan lah mata itu.
aku mohon.

mata tombak itu terlalu rakus
terlalu menghunus
setiap inci cebis nafas aku.
tolonglah,
aku tak kuat
sekadar kau lihat aku melompat,
tak bererti tubuh ini bukan terlipat.

tolonglah tombak.
aku ini akalnya bukanlah panjang mana,
otaknya bukanlah besar mana,
jadi,
mohon--
jangan pernah pun kau muncul
walau sekali
di-hadapan aku
mahupun
di-belakang aku
kerna
kau itu sudah pun aku lakar
jadinya hitam-putih
harapnya,janganlah berwarna.
aku tak mahu
permainan tombak berulang kembali.
walau jauh aku rejam,
walau dalamnya tusukan ke perut bumi,
tangan ini menggigil lagi.
kau tahu kan?

harap-harapnya,aku ini tabah.
kerna
tak mungkin
yang keras
lesap dalam satu rejaman.





tiba-tiba
mahu
menulis yang
emo-emo.
haha
:)

Mar 4, 2010

lost in time :)


tak salah kan kalau aku mahu menjadi sang puteri?
ini angan aku,mimpi aku
harapnya,biar lah menjadi :)

orang pandang;
"jadi biasa-biasa sudah"

aku tegaskan;
"diri aku,jasad aku,perlu punya pengawal kecantikan kah?"

_____________________________________________________________

apa yang aku bayangkan,
dilengkapi mahkota tawa,
ber-gown-kan senyum manusia,
punya tongkat sakti empunya pari-pari.

mungkin aku tak akan pernah sesuai menjadi sang Puteri,
mungkin diri ini tak punya apa-apa untuk memiliki takhta raja&permaisuri,
mungkin tubuh ini paling jelik bila dipakaikan perhiasan walau sedikit.

"ada aku peduli? kutuklahh ,hinalahh,cacilahh sepuas-puas yang kalian mahu.
aku tetap tak kan berubah."

"tak perlulah tunjuk keras kepala.sudah dibilang hodoh,hodohlahh jadinya.sudah dibilang jijik,celakalahh kalau di-teruskan juga"

"terimakasehh ya.jangan ingat aku tumpas pada tangan pengkeji macam kau.aku sudah muaklahh.entah-entah,kau yang terlalu sempit nafasnya,hingga mahu cuba mencuri nafas aku,ya?"

"ahh! apa kaitannya dengan pemakaian puteri kau? bodoh kahh?"

"yalahh.aku rasa,kau cemburu kerna tak bisa membelai diri menjadi yang sangat dihormati.sang puteri sempurna senyumnya.bukankah kau tak mampu hidangkan tawa pada yang berhak?"

"sudahlah! malas nak cakap dengan kau."

"siapa sekarang yang durjana ya?"

"harap kau mati dalam istana plastik kau"

"ehh.istana aku insya-Allah kukuh.pembetulan,bukan plastik yaa.aku tak bina guna material yang aku tahu akan palsunya.aku bina guna sayang,rindu,tawa.ini sangat tulen.bukan rekaan semata-mata."

"kenapa aku perlu bercakap dengan orang yang sangat naif!! kenapa aku perlu dengar penjelasan dari alam mimpi!"

"aku tak naiflahh.penjelasan aku ada indahnya,kau yang ego! dan ini bukan mimpi,sekarang kau cubit,aku sakit.atau,kau nak aku terangkan makna realiti?"

"dahh.cukup."

"nak ke mana?"

"dalam tanah."

"buat apaa?"

"tak ada guna aku muncul kalau kau dah sempurnya semuanya"

"kau mahu jadi cacing ya?"

**

jangan halang aku menjadi Princess,ya?
aku suka.dan aku sangat suka.
terimakaseh .
biar aku tak sempurna seperti yang layaknya,
aku tetap mahu menjadi Princess.
ada bantahan? :)

silence.

maafkan aku,
mungkin aku terlalu menghayati setiap bait kata yang kau kata itu kisah lama.
aku tak rasa itu suatu yang tua.

aku dapat rasa air mata itu kau sembunyikan dari dinampak aku,
kau kesatkan dari didengar aku.

kau tak dapat lari dari diteliti aku,
aku hidu itu,sayang.

walau kau cuba larikan,tanamkan,
tetap ada sayu itu dalam nafas aku.

aku tak mungkin mampu terbang ke sana,
mendengar rahsia yang kau kata itu "tak mengapa"
tapi,jantung ini tetap berdenyut mahu tahu "itu bilangan titisan mutiara kau makin bertambah"
kau tetap bertegas " aku baik-baik saja"

-----------------------------------------

aku tetap mahu muncul di celah-celah gelap yang kau kata itu biasa-biasa saja.