Mar 29, 2010

last night

sekarang ini aku berada di sudut gelap
yang mana pintunya hilang,tingkapnya tenggelam,lantainya curam
seakan-akan menarik aku ke bawah,menyedut aku ke dalam
sedalam-dalam yang di ingin'nya' setiap kali aku cuba mencapai tombol 'pintu'
yang sebenarnya black hole yang teramatlah besarnya
hinggakan tertanggal kulit ini dari tulang-tengkorak.
anak mata masih tertinggal.
yaa.aku nampak,aku lihat.
terimakasih kerna mencuba.
tapi,aku tak akan tumpas.
kau ingat cahaya gelap!
kau ingat!
walau selalunya aku sembunyi dalam kau,
walau selalunya aku menangis dalam kau,
sedikitpun kau cuba merasa,
mampuslah engkau.ini doanya.


*tolonglah.
jangan kecut-kecutkan jantung aku.
syaitan yang direjam,pergilah engaku dari segenap tubuh aku.
jangan kau hitamkan yang aku cuba bersihkan.