Mar 4, 2010

silence.

maafkan aku,
mungkin aku terlalu menghayati setiap bait kata yang kau kata itu kisah lama.
aku tak rasa itu suatu yang tua.

aku dapat rasa air mata itu kau sembunyikan dari dinampak aku,
kau kesatkan dari didengar aku.

kau tak dapat lari dari diteliti aku,
aku hidu itu,sayang.

walau kau cuba larikan,tanamkan,
tetap ada sayu itu dalam nafas aku.

aku tak mungkin mampu terbang ke sana,
mendengar rahsia yang kau kata itu "tak mengapa"
tapi,jantung ini tetap berdenyut mahu tahu "itu bilangan titisan mutiara kau makin bertambah"
kau tetap bertegas " aku baik-baik saja"

-----------------------------------------

aku tetap mahu muncul di celah-celah gelap yang kau kata itu biasa-biasa saja.