Mar 6, 2010

sudah-sudahlah.

hati mana tak perit kalau tertembung tombak sendiri?
memanglah di-cuba tenangkan,di-cuba senyumkan,
tapi,sampai bila mahu aniaya rasa?
apa tombak itu sangat syaitan?
hingga membakar seluruh jiwa aku yang dah kering di-timbus gurun?
jauhkan mata ,jangan di-pandang itu,
jauhkan telinga ,jangan di-dengar suara itu.
jauhkan hidung , jangan di-hidu senyum itu.
mohon,jauhkan lah mata itu.
aku mohon.

mata tombak itu terlalu rakus
terlalu menghunus
setiap inci cebis nafas aku.
tolonglah,
aku tak kuat
sekadar kau lihat aku melompat,
tak bererti tubuh ini bukan terlipat.

tolonglah tombak.
aku ini akalnya bukanlah panjang mana,
otaknya bukanlah besar mana,
jadi,
mohon--
jangan pernah pun kau muncul
walau sekali
di-hadapan aku
mahupun
di-belakang aku
kerna
kau itu sudah pun aku lakar
jadinya hitam-putih
harapnya,janganlah berwarna.
aku tak mahu
permainan tombak berulang kembali.
walau jauh aku rejam,
walau dalamnya tusukan ke perut bumi,
tangan ini menggigil lagi.
kau tahu kan?

harap-harapnya,aku ini tabah.
kerna
tak mungkin
yang keras
lesap dalam satu rejaman.





tiba-tiba
mahu
menulis yang
emo-emo.
haha
:)