Mar 12, 2010

wasiat






cikgu raos; terimakaseh yaa kerana bersekongkol dengan kami utk pecah rekod sinarita 2010 :)

kawan-kawan; kita puteri-puteri GEGS.kita boleh menjadi yang terbaik ya!


5 science 1.
kelas yang kecil.kerusi meja biru putih.dinding residen.kipas,naseblah kau banyak.
kadang senyap,kadang bising.entah angin mana datang,semua monyok.entah langit mana yang jatuhkan emas,semua bersorak.kita memang tak kenal rapat (bagi yang baru) tapi kita satu buku.jangan ada yang musuh-musuh ya.aku jadi rimas :)



pakaian seragam baru untuk 2010.pernah menangis bila di-temuduga.mahu tahu kenapa?
aku cakap pada cikgu, "saya tak rasa saya layak"
cikgu tanyaa "kenapa? bukan saya yang pilih awak.cikgu-cikgu yang mengajar awak yang pilih awak.awak tak berhak cakap awak tak layak"

menangis bukan sebab terguris atau terasa.cuma,tak sangka.dalam bising-bising mulut aku,dalam title "tiga suku" yang diberi kawan aku,dalam jadikan meja bantal ke-dua aku,
tak sangka terpilih.tak sangka dipilih.

KP&PKP,aku akan usahakan yang terbaik ya.aku pegang kata S/U pentadbir ;
"kita ada lembaga belakang kita.jangan sesekali pandang sinis pada pengawas yang lain.kita sama-sama.bayangkan ada lembaga yang besar sedang dakap kita,pegang kita,LEMBAGA DISIPLIN."

*aku tak berapa ingat apa yang kau cakap.tapi,ini yang aku boleh rumuskan :)


---
beberapa bulan saja lagi.pokok Jepun,jaga diri baik-baik.tandas blok A, aku tak pernah tak berteman bila nak gunakan kau.makmal Fizik,aku dah simpan baik-baik senyum epal.makmal Biologi,5tahun berturut-turut merekod suara yang tak pernah berubah,aku peluk erat-erat lontaran kata-kata itu ya.makmal Kimia,panas,merah jambu,memang mengantuk.tapi,hijaunya,aku tak akan lupa,Sensei.
Sifu Addmath,otak ini memang tak tangkas.tapi,Sifu dah ajar langkah kung-fu.akan dimampatkan dalam kertas jawapan,sampai bila-bila.tak akan lupa kerlipan Sifu.


yang terbaik,semua.terimakaseh banyak-banyak.harapnya,diri ini tak akan mengecewakan kalian semua.harapnya,diberkati segala ilmu yaa.