Apr 20, 2010

dan telah aku cuba mencari apa kaitannya antara besi dan tukang kayu

yang tinggal di pedalaman bersama tanah yang tak selalunya kontang,dapur terlalulah arang,bertiang-kan buluh ber-atapkan pelepah tua.

....
hasilnya,
tukang kayu yang daif tak berharta, hidupnya tak pernah kekurangan segalanya yang aku sebut;
kesyukuran.

besi yang nampak gagah tak goyah-goyah,sebenarnya menyembunyikan sesuatu yang aku sebut;
kekerasan.

cuba kau bunuh si tukang kayu yang tak pernah mengeluh mendapatkan bau wang tunai.
cuba kau hempas-ketuk si besi yang selalunya bongkak angkuh.

percaya kata aku,
belum sempat kau sentuh seinci kulit si tukang kayu,
kau menangis bersujud bila kau lihat betapa ikhlasnya dia melemparkan senyuman pada kau si pembunuh.

dan,
kau tak pernahnya puas untuk cuba mematikan yang terkeras :)