Apr 11, 2010

"rela dipimpin untuk memimpin", thank you Allah.

9april10.

khemah didirikan.
*angin agak kuat.kencang.ada khemah yang nyaris-nyaris pergi ke angkasa.
memang hebat ;D

10april10

wall climbing.
-hampir-hampir sampai ke puncak.disebabkan tangan aku dah menggigil,perut berbunyi,
aku cakap "fall" .aku terbang.seronok! ^^

berkayak
-kumpulan 9&10.diberikan taklimat oleh Tuan Zul.tentang macam mana nk selamatkan mangsa yang lemas.atau nyaris-nyaris lemas.

paling best,bila masuk dalam air. *dah lama tak dakap laut erat-erat.ini lahh masanya! :D
Tuan Zul suruh aku jadi mangsa lemas.waktu ni,ada insiden yang buat aku terkaku tiba-tiba. *farah,keep this secret.aku malu

-ada satu ketika,bila dah naik kayak ramai-ramai,diberhentikan di tempat yang agak dalam.
jurulatih suruh turun.ada yang kena tolak.aku terjun sendiri.

blup.blup.kepala aku dah masuk dalam air.air masuk dalam hidung.nyaris tak lemas.tapi,seronok! (:

jungle trekkkking
-200meter dari aras laut.Tuan cakap tak tinggi mana.kecuraman cuma 45degree.
kaki dah haus.cuba pakai tangan.berpaut pada tali.seram gayat.

*kepada abang; pokok2,akar2,memang unik.cantik.walaupun kadang terbayang sesuatu,tapi memang cantik.bila tengok laut dari atas,bunyi ombak,teringat pada kamera abang.sebab,selalunya,momen macam ini abang tak akan lepaskan dari lensa,kan? :)

-malam-
joget-joget
-aku kayu.langkah jadi keras.hancur.maaf ya Tuan.

jejak spora/night walk
-saat yang sangat kecut-telinga.sejuk-darah.
aku nombor yang ke-9. Tuan Mat bawa lampu.dia jadi leader di hadapan.cahaya memang tak banyak sampai ke aku.mendaki.dan mendaki.

ngaaaaaaappp!

*libas-libas kaki aku.cuba tenangkan diri aku.sekuat hati aku cuba lepaskan kaki aku dari cengkaman gigi "dia" .

dah. "dia" dah lepaskan kaki aku.secara automatik,aku menjerit.melompat ke arah nadzi&ona di hadapan aku yang bernombor 7&8. "korang,ada benda gigit aku"

Tuan Zul datang dari bawah.agak laju dia menuju ke tempat insiden.

"kenapa?"
"Tuan,ada benda gigit saya"

kawan kawan aku dah menjerit.sebab mereka nampak ular.betul-betul ular.yang besar.sedang melingkar.atas tanah.mereka nampak bila Tuan Mat suluh tempat tersebut.

"sini.ikut saya"
Tuan genggam lengan aku.agak kuat.bawa aku turun bawah.laju.sampai di satu tempat,masih dalam hutan,dia cakap
"tarik seluar.saya nak tengok"
**aku buka zip di kaki seluar.nahh.darah mengalir.dari setiap kesan-kesan gigit yang "dia" tinggalkan.**

"apa yang gigit awak?"
"saya tak tahu tuan.memang ada benda gigit saya.saya rasa dia cengkam kaki saya.saya rasa gigi dia."
"tapi,ini kesan duri.mungkin kaki awak dilibas duri.kalau ular,mesti ada dua saja kesa dia.taring dia"
"saya tak tau tuan.serius,memang ada benda gigit saya."
sambil tuan gosok kaki aku,lap darah aku dengan jari-jari dia,
"ada rasa kebas?"
"tak.saya cuma menggeletar"
"awak jangan panik.nak teruskan atau tak?"
"saya nk teruskan tuan."
"oke.naik cepat"

sambil aku naik ke atas,tempat asal aku,kawan-kawan beri aku semangat
"go linaa.go!", "come on linaa! you can!"

dah sampai.
teruskan perjalanan.sampai ke puncak.
lampu dipadamkan.memang cantik.spora (kayu-kayu,daun-daun kering) berlampu.
memang sangat cantik.tapi,waktu ini,aku jadi sangat blurr.aku jadi macam asing.fobia.
bila tengok akar yang melingkar,aku takut.
ona cakap "kuatkan semangat"
aku balas "baik.aku cuba"

kemudia,sorang-sorang dilepaskan.ke bawah.ke tempat permulaan tadi.
hanya bertemankan lilin pendek.kalau terpadam,jalanlah tanpa cahaya yang kecil tu.
ada yang menjerit.ada yang menangis.
aku dengar semua tu dari tempat aku duduk.di puncak.
aku tengok cahaya lilin yang bergerak.pimpin si pembawa ke jalan yang gelap,pimpin si pembawa ke jalan yang akan ada sinarnya.pimpin si pembawa ke jalan yang ada igauannya.

tiba giliran aku untuk berjalan sendirian.

"lina,elok-elok"
"oke.korang doakan aku"

sambil menahan sakit kesan "duri-duri" ,aku ambil lilin dari Tuan Farah.
aku berjalan.
mereka jerit "kiri.kiri!"
aku terhuyung hayang.
tiba di satu point,ada suara "belok kanan.jalan elok-elok"
aku jalan.tiba pula di satu tempat,"kreek"
aku berhenti.tengok atas.dalam hati "ya Allah.tak kan ada monyet.selamatkan aku"
aku teruskan berjalan.secara tiba-tiba,ada kaki tergantung.
Ya Allah! memang betul-betul kecut-kecut jantung aku.
aku jalan.
"waaarghhh!!"
tersentak.aku diam.aku mengucap.
aku jalan.
ada suara lagi
"pegang pagar di tepi.tunduk ya"
"baikkk"
aku jalan.aku dengar banyak suara.
syukur! dah sampai.

cikgu rusdi,suara cikgu,cara cikgu cakap,memang seram.macam penggali kubur.
Tuan yang menggantungkan kaki,tuan memang kelakar.
Tuan Zul yang menyorok di pokok,cara tuan sergah,suara garau tuan,hanya Tuhan yang tau lajunya darah saya di-pam.
cikgu Ku Zaid,terimakaseh bagi panduan.
lilin kecil,aku sayangkan kau.memang cahaya kau sikit.semput.tapi,kau berusaha pertahankan cahaya kau yang kecil agar aku berjaya sampai ke tempat permulaan.

bilaa dah semua selesai bermain dengan kegelapan hutan,
semuanya berbaris macam yang diarahkan.berbaris panjang.menghadap tuan-tuan.


"mana nombor 9?"
"saya tuan"
"mari.saya nak tengok kaki awak lagi sekali.risau ada apa-apa"

aku berjalan ke tuan yang cuba tenangkan panik aku tadi.

"tarik"
"okee"
ramai jurulatih mengerumuni aku.kawan-kawan baik aku.
"humm.macam kesan duri"
"tuan.saya memang rasa benda tu gigit saya.cengakam saya macam ni" (sambil menunjukkan gaya)

"mungkin rasa panik awak kot"
"ya Allah.tuan.saya cakap betul,saya rasa"

jurulatih yang mana ntah,cakap.
"entah2,ada pacat yang banyak gigi"
"hah? ada ke tuan?"

tuan zul yang duduk depan aku,gelakkan aku.
=.=''

"sape yg gigit saya tuan?"
"haaaaaa! sape yg gigit tuuu?"

*harap-harap tuan tak maksudkan "makhluk" Tuhan yang tak boleh dinampak

kemudiannya,
dia cakap
"saya sangsi.sangsi sebab awak no 9.kenapa yang no 1&2 tak kena? tapi awak kena?"

kawan-kawan cakap
"maybe waktu tu ular tu nak melintas.dia tak perasan ada trafik light merah"
"kuang asam ko jimi.dussh!"

kawan-kawan aku cerita kt jurulatih2 yang memang betul mereka nampak ada ular.


jadinya,untuk keselamatan,
aku dibawa ke hospital pangkor.
mak aihh.sejuk gilaaa dalam kenderaan tu!

doktor pulak macam,haish.
tak tahu nak cakap.
dia ingat aku tipu.aku dah cakap.
masih nak pertahankan fakta dia.

sambil tunggu keputusan,
aku dengar dia sembang dengan jurulatih
"kalau betul itu ular,bawa jumpa saya,kita uji dalam makmal"

doktor yang dihormati,kalau pun betul itu ular,mana nak cari dalam gelap?
mana nak kejar dia?

balik khemah.
dengar pulak suara yang kurang selesa.
suara lelaki.
memang malam ni Tuhan nak uji aku.
aku tukar tempat tidur.
masih dengar lagi.tapi,aku buat bodoh.baca doa banyak2.aku cuba pejam mata.

11april10
balik!

dalam bas,kaki aku rasa lain macam
cuba tahan.tiba-tiba,rasa tak sedap badan.
mula rasa haba.panas dalam badan.



______________________________________________

hari ini tak sekolah.demam.
tapi,cuba gagahkan jari-jari nak menaip.
rasa tesumbat dalam salur darah selagi tak luah.


rasa agak lega
tapi.
....