May 7, 2010

belang-lompang

kepada semua isi alam; yang semuanya aku rasa kontang

mohon tak perlu bangkang atas semua yang aku rasa ini dah songsang
tak perlu langsaikan perang pada si orang yang dah tak punya berang
jangan sibukkan soal sekarang atau dahulu yang dah terbongkang dalam setiap jarang
ya.perempuan-perempuan yang kau rasa jalang,lelaki-lelaki yang kau anggap dalang segala usang
segala-galanya yang kau sendiri takrifkan terkebelakang;
kau sendiri tak sedar nafas kau terlalu longkang;jijik dipandang; langkah terhuyung-hayang
apa jenis manusia yang kau mahu aku labelkan? kongkang? atau jembalang?
nah lihat dalam balang cuba pegang jangan genggam
apa mungkin terlepas dari hilang atau kau hadirkan suatu lubang yang tak nyata dalam terang?
perempuan-perempuan yang kau hebohkan jalang; sebenarnya kau menutup diri kau yang hakikatnya dah gersang.
lelaki-lelaki yang kau teriakkan dalang segala usang; kenyataannya kau yang terlalu tanggang

peringatan ya; jangan pupuk rasa bangkang. aku ini orangnya tak tenang.nanti diri kau seringnya tumbang.aku tak bersalah.salahkan diri kau yang tak sedar diri menumpang dalam bayang.