Jun 29, 2010

dah pun berambus, :)

sekeliling punya mulut;
mengumpat mencaci menghina mengutuk mengkritik menjerit mencantas
dan paling racunnya; berkata-kata.
mungkin dalam satu bulatan atau sfera,
terkelompak kau, kau, kau dan aku.bersama-sama
mungkinnya bagi kau, kau dan kau, "duhh.apa jijik berkepit dengan si najis"
dan sebaliknya buat aku, "thanks untuk terima aku di sini ya"

dalam bulatan atau sfera yang mana dah terketat dengan lompang keliling;
dah mampat diisi yang kecam kecam.pura pura.bodoh celaka.
ditutup rapat dengan yang kau, kau dan kau punya gelak tawa.

"eh kau.aku ambil bukunya"
"ambillah"
"ehh kau.aku ambil bukunya!" (muka teruja)

toleh sekali pandang,
"kau nak ambil atau nak aku baling?"

"betul ni bagi? aku ambil!"

untuk apa telinga,aku tak pasti
untuk apa teriak,aku tak pekak
untuk apa ulangnya,aku bukan nyanyuk
untuk apa riak mukanya,aku mungkin keras nadanya

dah ini lumrah ;
bila berkelompok dengan yang punya segala sempurna
bila berkelompok dengan yang cuba mahukan perhatiannya

sayangnya,
pada aku,
kau, kau dan kau, tak aku perlu dalam walau sedikit pun nafas aku.
kau, kau dan kau, tak aku fikir bisa mengerti yang seninya hina.

apa ini yang orang agung-agungkan tentang kau,kau dan kau ?
aku tak nampak mana baiknya kalau darah melimpah hanya semata kerana kau, kau dan kau.




kerasnya suara
lantangnya amarah
bengisnya lirikan
amuknya percakapan
ya.ini mungkin aku.
yang baru kau kenal.
atau
ini mungkin aku
yang tak pernah mahu mengenali kau,
yang tak pernah mahu mengenali kau,
yang dah muak dengan orangnya persis KAU.