Jul 6, 2010

people said im bullshit

Tuhan uji aku lagi sekali.

aku yang si celaka atau yang debunya .


mungkin bagi yang dengar di pihaknya,
"kesian kau.dia kawan atau setan?"

:)

utk pujian itu,terimakasih ^^

mungkin memang aku yang pekaknya.dah tersumbat lubang telinganya.
mungkin memang aku yang lagak sinisnya.dah termampat egonya.

tak.bukan mungkin.memang ya. benarkan?


sudah-sudahlah.
aku penat
tomah sana.herdik sini.caci sana.cela sini.
bilamasa disebut terang-terangannya,aku tak berapa pasti.
kalau otak dah tepu dengan yang terik tengah hari, mood siapa yang stabil ?

untuk yang 1 sen pun dikutip dijilat diagung-agungkan aku,inikan pula 80sen yang dirasa kecil sangat sama nilai dengan si sampah.hebatlah :)

orang kaji tingkah aku.orang buat research tentang aku.
dan orang bikin satu kesimpulan untuk aku.
tak kisah hitam atau keruhnya,coklat atau jernihnya.
aku tak ada yang putihnya,iya kan? :)


orang kolot macam aku tak kenal mana berat mana isinya.
orang kerdil macam aku tak tahu mana arus mana alirnya.
orang hina macam aku tak tahu mana kaca mana sinarnya.
yang aku tahu;
betapa berliku hidup sebagai yang terkecilnya :)


simpan-simpan lah yang maki-makinya.
aku dah muak.dah muak.
memang aku tak indah rupa,memang aku tak indah bicara,memang aku tak indah budinya.
kalau dah fikir diri itu sempurna,
silalah bersama dengan yang sempurnya.
aku tak layak untuk yang cantiknya. kan ?


aku tak suka musuh-musuh segala,walau dalam kecil nya zarah.aku tak suka :)
aku tak suka tikam-tikam yang nyata,walau sehalus nipisnya.aku tak suka :)




cukup-cukuplah.
kalau dah rasa aku ini yang sering salahnya,
yang sering bikin amuknya,
yang sering mencarutnya,
yang apa-apa lagukan torehnya,
dengan rasa manusia,aku mohon maaf.
dengan rasa aku ini hamba-Nya,aku mohon maaf.



aku dah penat :)