Jul 30, 2010

sekarang,
masih berada dalam satu kotak;bertutup

kenal aku dengan sekadar nama,ya.aku memang Lina.ini yang pertama.ini yang akhirnya.

mungkin yang dilihat sekian lima tahun tak ubah-ubah.ini hasilnya :)
baru sedikit aku tertumpahkan yang birunya,kau dah tukarkan-nya menjadi yang hitam.legam-nya.

biarlah.itu hak engkau.

sambil aku menjengah apa yang ada di luar kotak, saat yang sama,minit tak sampai,engkau menjerut yang leher dengan tak punya rasa "aku tahu dia manusia"

biarlah.itu hak engkau.

sekali lagi,aku cuba melihat apa yang berlaku pada dunia sebenarnya,apa sudah debu dimamah usia; atau sudah arang dibakar yang senjatanya.
dan,pada saat yang belum berdaya membuktikan saatnya, engkau memutuskan yang halkum; yang denyut-nya tanpa sedikitpun rasa "aku tahu dia pernah tersenyum riang"

biarlah.itu hak engkau.

______________________________________________


tak.aku silap.
kau tak punya apa-apa hak.

cuba kau toleh ke sebelah kanan.cuba kau toleh ke sebelah kiri.
tipulah kalau kau cakap kau nampak apa-apa.
nama pun kotak yang gelap.

berbalik kepada soal 5tahun.
tak lama.kejap saja.dengan semua aku cuba faham mana tapak kakinya,mana hala tuju bayang-bayangnya.aku dah cuba faham.
tapi,dengan kau,cukuplah dengan 5minit.atau 5saat.
janganlah cuba uji sejauh mana manusianya aku.kalau itu yang dah kau buat,kau dah salah.
ya.kau memang salah.
semakin kau cuba dalami betapa manusianya aku,semakin kau merasa betapa syaitannya aku.


tolong.
tolong jangan bangkitkan bangkai yang dah terurai.
tolong jangan gali-semula bangkai yang terbangkai bau-nya.
tolong.

tapi,dah terlambat.kan?