Aug 29, 2010

permulaan untuk kau otak bangsawan.

tak ada salah untuk bercakap tanpa perlu putar-belit kan setiap perkataan,kan?
tak ada ruginya uwang ringgit milik orang tuamu kalau jujurkan hati,berkata apa yang terbenarnya.

ini bukti.sahih.tentang apa orang keliling cakap tentang kau&konco-konco kau.bukan semualah.
tapi kau dah ada labelnya,dan kau genggam label itu sekuatnya dan kau pamerkan label itu dimerata-nya.
dahulu,kurang mahu aku percaya apa kata orang tentang kau&konco-konco kau.
aku fikir, "ahh.mereka cemburu barangkali.bukan nya senang mahu lihat orang naik"

dan sekarang,
"ahh.kau&konco-konco kau cemburu melihat yang bahagianya di luar."

(aku tahu tak siapa yang akan faham apa yang tertera di atas.tak apa)

bukan nak memburuk-burukkan kau,tapi hakikatnya,kau sendiri dah tunjuk taringnya.
dahulu,bukan main kau cuba tarik aku,cuba capai aku,cuba genggam aku,semata mahu benarkan apa yang kau maksudkan.
dahulu,bukan main kau mesra tiap detiknya lewat malam tiba,bukan main akrabnya seperti sudah kenal lama.

sekarang,
perhatikan sekarang.perhatikan tarian jarum jam.perhatikan setiap gerak geri celaka kau,sayang.
makin ditolak aku,makin dihumban aku,makin dimamah aku (kalau boleh biar lenyap dimakan bumi;biar tertanam dalam gaung)
makin ada ruang yang melebar andai setiap detiknya malam larut dalam satu kepekatan alam.
makin terlihat memek muka "aku kenal kau ke? rasa macam tidak"

______________________________________________________________

persembahan opera mana awak persembahkan pada saya?
nyanyian garau siapa yang awak 'merdukan' pada saya?

aku hidup dalam/dan atas bumi.
kalau bumi orang dah bikin ujikaji,kalau bumi yang luas bulat ini orang bikin eksperimen,
inikan pula kau yang fikir aku ini budak kecil yang mudah diperbodohkan depan semua orang yang berpangkat "AKU GENIUS"

cuba putar jarum jam,cuba tarikan ikut tarian yang normal,cuba imbas apa yang dah kau relfek-kan.

sudah dapat setiap jawapan?
jawapan yang aku nak kau jilat jilat,dan ludah-ludah atas muka kau sendiri.
jawapan yang tak sepatutnya dijadikan jawapan atas apa yang dah kau landaskan (pada aku yang entah memang atas landasan atau dah terkeluar secara aku tak sedar)

kau belum puas tunjukkan kehebatan kau pada konco-konco kau?
kau belum puas pamerkan 'kebijaksanaan' kau pada konco-konco kau?
setakat menggali dan jumpa dan lepas, lebih baik kau lihat apa isi kandung muntah kau sendiri.

aku tulis bukan atas dasar aku tak mahu berkata terus dengan kau,
tapi aku terpaksa calitkan ini semua atas dasar kau pengecut.PENGECUT.
tak cukup dengan ini,apa baik aku gelar kau DAYUS? atau kau mau aku panggil konco-konco kau dah suruh mereka teriakkan yang sebenarnya mereka dah penat dengan kau,mereka nak kau diam. kau tak sedar ? kau dengan bangga berjalan atas lantai yang semakin nak jatuhkan kau. nak tahu kenapa dia nak tenggelamkan kau? sebabkan kau dah terlalu asyik memegang title "aku dah selesa dengan cara aku.aku tak kisah orang nak cakap apa."

apa kata kau teruskan dengan apa yang kau dah muntahkan?
tak salah.
cuma,
jangan cari aku,
jangan pernah kau hidu aku lagi,matikan mata kau.
jangan cari aku bilamana engkau telah merasa apa celaka yang sebenarnya.

ini baru permulaan,budak genius.

Aug 28, 2010

beautiful words that you have said just like another shit that you need to paint.
thanks for those things,MR.GENIUS.

Aug 26, 2010

dear Rainbow,

admiring you from afar.
admiring you from a distance.
seems like your colours wont fade away;but just an illusion
that i have to make them real.

admiring you from afar
admiring you from a distance
pretty sure that you are huge
huge with the seven lines that line up too smooth.

admiring you from afar
admiring you from a distance
once i get into you;once i get into your veins
can't let myself free from procrastinate my breathing;cant let you free.

admiring you from afar
admiring you from a distance
even you are always appear;even you are always here
i still have to accept the fact
im losing you for who you are.

Aug 22, 2010

four seasons. thanks

terima kasih untuk perubahan cuaca,
musim panas penuh dengan mentari jingga yang kau kupas,dan kupas,jadi serpihan dalam nafas.
terima kasih untuk perubahan cuaca
musim bunga yang terlalu indah,terlalu sempurna,kau rakam setiap saat tika warnanya menjadi ceria.
terima kasih untuk perubahan cuaca
musim salju yang terlalu menggigil,kau dakap erat.kau dakap;
dan kau lepaskan tatkala hadirnya musim luruh. berguguran.berterbangan.berserakan.

susunan musim kau tak pernah ikut.sesuka hati kau berubah;
dan
terima kasih untuk perubahan yang kau hadiahkan sepanjang perjalanan.



people change for a reason; you change for a reason and

reason asks, "why you do make a change?"

Aug 21, 2010

soul

kepada yang si cendiakawan yang gagah bermaharajakan ilmu dunia,
kepada si orang cerdik pandai yang megah berpedangkan sebilah ilmu manusia;

I : kau kenapa?

II : kau menyibuk untuk apa?

I : kau kawan aku.salah untuk aku bertanya?

II : kau nak kau bangun dari sini atau nak tutup mulut sendiri?

I : kau terbaik.


III : kamu nak kedekut ? aku sumpah jadi bangang waktu exam nak?

II : hah ? (penumbuk dah makin panas)

III : cepat lahh.nak aku sumpah ke?

II : okay ! (sambil bagi "the most damn shit paper")

III : hah.macam tu lahh

II : shhhhhhiiiiiiii.........

IV : jangan cakap ! dah.berhenti setakat itu

II : okay. thanks for reminding me

IV : puasa weyhh

II : ya. aku tau. tapi untuk apa? untuk apa dorang nak tahu semua tu?

IV : biarlah dorang.

II : DAMN.



VI : mana kertas tu?

II : TOLONGLAH ! JANGAN GANGGU AKU!

VI : kenapa dengan dia ?

--------------------------------------------------------------------------


II : kau dah selalu dengar.dan dah selalu sangat dengar. aku mintak maaf

<3 : tak apa.asal kau tak luah kat semua orang,tak apa.

II : aku tak tahan ! sabar aku ada hadnya.

<3 : ya.aku tahu.teruskan mengamuk pada aku.teruskan menjerit pada aku

II : maafkan aku.

<3 : itu gunanya aku.

II : tak.bukan itu kegunaan kau

<3 : ya.kalau aku bukan itu gunanya,dah ramai orang nak kau lupus dari dunia ni.

Aug 20, 2010

truth can't be deny.

aku rindu



belaian alam.yang dahulunya aku rasa sejuk-suam bila didakap erat hijaunya nafas.
bila tiba lewat malam,tak pernah melihat terangnya bintang;dah tertutup si langit gelap yang dah menebal dengan segala bahan terbuang yang terapung-apung dan mendap di lapisan atmosferanya.
bila melodi malam mula berkumandang, anak mata menjadi semakin kabur--dan mati-
bulan yang purnama cantik cahayanya,hilang . .seperti lubang hitam-black hole yang teramat garang;sedut si bahan asing -termasuk rasa asyik.
bila tertumpahnya warna biru-kehitaman legam,langit menjadi kaku;beku.
makin tinggi larutnya dalam gelita,makin pergi nafasnya darah merah.makin lemah perjalanannya merentasi segenap tubuh yang rebah.



aku tak putarkan masa,aku tak putarkan jarum masa.aku tak putarkan alam.aku tak putarkan bumi Tuhan.
aku berputar;atas segala apa yang sedang berputar.
walau atas kaki yang dua,kadangnya jatuh terhunus pedang sendiri bersama diselimuti amuknya merah.

tolong berhenti membunuh yang sudah semakin terhapus;walau dalam debu yang dihembus.
hijau tak akan muncul lagi kalau sudah bergantikan megahnya kelabu mati.

Aug 19, 2010

sayangnya,
kau terlupa untuk tampalkan nota kecil di atas dahi langit.
kau terlupa untuk lampukan nota kecil di bawah kakinya bintang.
kau terlupa kerna kau terlalu ego dalam mengenal erti manusia.



dunia dah lemah untuk berputar laju;dah lemah untuk berputar laju

bumi dah makin tua,berkedut.

apa sempat untuk kau menampal segala yang dah kau lakarkan ?
aku tak kisah kau rasa tak ambil berat; aku cuma rasa tak puas;bukan.aku rasa kurang belas.
tak.bukan.salah.aku rasa masa jadi segala yang tak bebas.bukan.
tak.
tak perlu lanjutkan bacaan.
aku memang dah terkubur.