Aug 29, 2010

permulaan untuk kau otak bangsawan.

tak ada salah untuk bercakap tanpa perlu putar-belit kan setiap perkataan,kan?
tak ada ruginya uwang ringgit milik orang tuamu kalau jujurkan hati,berkata apa yang terbenarnya.

ini bukti.sahih.tentang apa orang keliling cakap tentang kau&konco-konco kau.bukan semualah.
tapi kau dah ada labelnya,dan kau genggam label itu sekuatnya dan kau pamerkan label itu dimerata-nya.
dahulu,kurang mahu aku percaya apa kata orang tentang kau&konco-konco kau.
aku fikir, "ahh.mereka cemburu barangkali.bukan nya senang mahu lihat orang naik"

dan sekarang,
"ahh.kau&konco-konco kau cemburu melihat yang bahagianya di luar."

(aku tahu tak siapa yang akan faham apa yang tertera di atas.tak apa)

bukan nak memburuk-burukkan kau,tapi hakikatnya,kau sendiri dah tunjuk taringnya.
dahulu,bukan main kau cuba tarik aku,cuba capai aku,cuba genggam aku,semata mahu benarkan apa yang kau maksudkan.
dahulu,bukan main kau mesra tiap detiknya lewat malam tiba,bukan main akrabnya seperti sudah kenal lama.

sekarang,
perhatikan sekarang.perhatikan tarian jarum jam.perhatikan setiap gerak geri celaka kau,sayang.
makin ditolak aku,makin dihumban aku,makin dimamah aku (kalau boleh biar lenyap dimakan bumi;biar tertanam dalam gaung)
makin ada ruang yang melebar andai setiap detiknya malam larut dalam satu kepekatan alam.
makin terlihat memek muka "aku kenal kau ke? rasa macam tidak"

______________________________________________________________

persembahan opera mana awak persembahkan pada saya?
nyanyian garau siapa yang awak 'merdukan' pada saya?

aku hidup dalam/dan atas bumi.
kalau bumi orang dah bikin ujikaji,kalau bumi yang luas bulat ini orang bikin eksperimen,
inikan pula kau yang fikir aku ini budak kecil yang mudah diperbodohkan depan semua orang yang berpangkat "AKU GENIUS"

cuba putar jarum jam,cuba tarikan ikut tarian yang normal,cuba imbas apa yang dah kau relfek-kan.

sudah dapat setiap jawapan?
jawapan yang aku nak kau jilat jilat,dan ludah-ludah atas muka kau sendiri.
jawapan yang tak sepatutnya dijadikan jawapan atas apa yang dah kau landaskan (pada aku yang entah memang atas landasan atau dah terkeluar secara aku tak sedar)

kau belum puas tunjukkan kehebatan kau pada konco-konco kau?
kau belum puas pamerkan 'kebijaksanaan' kau pada konco-konco kau?
setakat menggali dan jumpa dan lepas, lebih baik kau lihat apa isi kandung muntah kau sendiri.

aku tulis bukan atas dasar aku tak mahu berkata terus dengan kau,
tapi aku terpaksa calitkan ini semua atas dasar kau pengecut.PENGECUT.
tak cukup dengan ini,apa baik aku gelar kau DAYUS? atau kau mau aku panggil konco-konco kau dah suruh mereka teriakkan yang sebenarnya mereka dah penat dengan kau,mereka nak kau diam. kau tak sedar ? kau dengan bangga berjalan atas lantai yang semakin nak jatuhkan kau. nak tahu kenapa dia nak tenggelamkan kau? sebabkan kau dah terlalu asyik memegang title "aku dah selesa dengan cara aku.aku tak kisah orang nak cakap apa."

apa kata kau teruskan dengan apa yang kau dah muntahkan?
tak salah.
cuma,
jangan cari aku,
jangan pernah kau hidu aku lagi,matikan mata kau.
jangan cari aku bilamana engkau telah merasa apa celaka yang sebenarnya.

ini baru permulaan,budak genius.