Sep 28, 2010

melangit

esok kalau senja,
harap dikeluarkan yang nista
harap diserakkan yang syurga

esok kalau senja,
jangan beritahu pelangi aku ada
jangan beritahu hujan aku tunggu dia

esok kalau senja,
mohon tutupkan tentang orang gila
mohon tiupkan helaian cinta yang celaka

esok kalau senja,
dan
esok kalau aku masih ada,
ingatkan pada mentari aku tak lupa senyumnya
ingatkan pada mentari aku tak sanggup kehilangan jingga-nya

dan,

esok kalau aku sudah tiada
dan masih lagi senja,
khabarkan pada pelangi aku masih di hujung warnanya
khabarkan pada pelangi aku tahu dia tak kekal warnanya



kehadapan senja yang menggila di langit yang men-jingga,
aku tak pernah kenal siapa senja kerana masih terkurung di sebalik warnanya mentari malam.

Sep 25, 2010

suara-suara yang memekik langsung ke telingan yang dah mengetuk gegendang jadi terlalu bergetar,hingga bergegar otak;nasiblah ada tengkorak.

suara-suara yang makin membingit terus ke jantung yang dah makin laju degupannya sampaikan aku tak kenal mana penukang mana ditukang.

suara-suara yang berebut-rebut memasuki ruang yang mengecil
suara-suara yang terlalu berlumba-lumba menghalus ruang yang mengempis
suara-suara yang huru-hara yang dah membikin kacau bilau secara tak sekata dalam ruang yang melebam,
suara-suara yang seakan-akan dah tepu dengan bualan, "hari ini kita raja.esok,mereka masih hamba kita"


mana suara-suara yang selalu dianggap indah oleh pari-pari cinta?

hari ini aku dah ter-beban dengan suara-suara yang dari dasarnya cuma mahu sampaikan;
"kenapa?"

Sep 20, 2010

i do speak.not do a trick.

when i wake up,
when i drink a cup of milo,
when i take a bath for 20 minutes (and above)
when i wear a shirt with its simple pattern,
when i look at a mirror (oh! thats me)
when i open my room's door,


i see me;myself hanging on the roof and say,
"take care.dont ruin your life.goodbye"

Sep 18, 2010

six letters,

being honest;

no calculation,
no mathematical problems,
no theories to remember,
no story to keep on reading,
no lab to make sure it is work,
no machine to study,
no poems to understand,
no grammar to get the full marks,
no chemical things to pour in test tube and say "whoa! yes,she is honest,he is honest"
no essay to write with 350 words or more,
no calculator involved,
no formula to keep in mind and tell people "hey.do you know what is the formula of being honest? i do!"

no such things,people.

honest.
does not need any money to prove it,does not need any beautiful/handsome faces to prove it,does not need any expensive things to prove it,does not need anything that is belongs to richer people only.

honest do speak.honest has its own words to say.honest can be seen through your heart not your credit card.

honest is not a thing that can buy with your daddy's money.
honest is not a thing.
it cant be seen.it cant be touch.


honest is beautiful than what you always say that are always fake.
honest is the price that you have to pay when you with me.
im sorry if this has burden you much,because this is what i really need in my life :)

Sep 15, 2010

Question(s) & answer(s) *actually no 's'

ada soalan untuk aku hari ini.dan soalannya aku sorang yang boleh jawab,. (kalau ada sesiapa boleh jawab,baguslah.aku salute.)

soalannya;
1.kamu manusia jenis apa?
2.kenapa suka memencilkan diri bila dimarah?ditegur?
3.kamu manusia jenis apa?
4.kenapa tak boleh terima pandangan orang?
5.kamu manusia jenis apa?


jawapannya aku ada.
*tadi aku jawab soalan ini sorang-sorang.memang.aku tahu tak ada siapa2 yang dengar.itu tak apa.sebab aku tahu setiap orang ada prinsip masing-masing dan aku tak layak mengubahnya;walau itu salah.

jawapan

1. saya jenis manusia yang suka menyendiri bila sedang marah/sedih.
alasannya;
sebab saya tak suka orang makin marah bila tengok diri saya sebegini rupa.

2. saya suka memencilkan diri sebab saya rasa ini cara saya untuk tenangkan diri saya. saya rasa ini jalan yang terbaik sebab kalau saya men-join-kan diri dalam kelompok yang ramai, masalah tetap tak selesai dan rasa tu masih ada.
*saya akui kalau saya menyendiri masalah tak akan selesai.tapi saya nak cakap dengan siapa? saya takut orang cakap saya kurang ajar/biadap

3. saya manusia jenis yang dibenci orang.
alasannya;
tak ada sesiapa pun yang terima cara saya (sebab cara saya salah,kan?) dan, orang cari salah saya. dan orang tak faham saya ini jenis orang yang macam mana (sebab saya tak pernah cuba faham orang lain,kan?)

4. saya terima pandangan orang cuma cara saya salah,kan? sebab saya terima dan memek muka saya cakap "saya tak terima! bantahan!" tapi sebenarnya saya sedang cuba nak terima (benda baru perlukan masa)

5. saya manusia yang suka kan tempat yang sunyi dan senyap; tanpa ada gangguan. ini cara saya muhasabah balik diri saya (tapi orang nampak saya sombong) . kalau saya dah dapatkan suasana yang damai;saya dapat tanya balik diri saya (banyak juga salah saya.dan saya minta maaf)


ego saya tak tinggi.
ego saya cukup-cukup makan.


saya jenis manusia yang orang susah difahami.
saya jenis manusia yang orang susah nak suka; sebab saya jenis manusia yang begini.

maaf kalau ada bantahan ;)

Sep 14, 2010

hari yang sangat bulls.

dan

terima kasih.

Sep 13, 2010

Prisoner II

"lagi sekali aku berjalan di hadapan penjara yang dah jadikan gelaran aku daripada 'simpulan simpulan' kepada seorang 'banduan' . aku tak menyesal (tak ada perasaan). bukannya teruk sangat jadi 'banduan' (lagi sekali aku menipu). bukannya teruk sangat digelar orang buangan (dan terus menipu). aku tak ingat sejak bila aku dibuang,dan aku tak nak ingat sebab apa aku dibuang (tapi selalu pergi tanya kenapa aku dulu duduk dalam itu 'sel') . sekarang, aku dalam perjalanan nak ke sana; suatu tempat yang aku cuma ikut jalan ini, panjang dan ber-tar. (zaman dah maju,habis tanah merah jadi batu hitam) . aku tulis ini dalam sekeping kertas,sebab buku aku dah habis basa kena hujan (ini daun). dan,aku guna kan pen bukan pensil. (sebab dakwat pen saja yang boleh melekat kat permukaan ini) ;betul,aku dalam perjalanan (kali ini aku serius).


sambil aku berjalan, (tanpa apa apa beban) aku dengan senang hati (sebab rasa ringan) berjalan dan terus berjalan,dan aku sampai, aku dah sampai. (tengok kiri kanan). kenapa tak ada orang, kenapa kosong dan kenapa macam berbentuk kuboid (orang kata bumi sfera) dan kenapa ini amcam bersegi (bumi mana ada segi segi). aku pergi ke setiap sudut. dan aku sentuh. (ini simen) dan aku dah pergi ke seluruh sudut (ini memang berbentuk kuboid) ; sejak bila bumi dah bertukar bentuk; dan aku terduduk (penat&haus).

aku duduk dan aku tengok atas;sekeliling, dah! ada lubang! tapi. . . (kenapa cuma kecil) tak apa,asal ada udara keluar masuk (tak kan nak tidur dengan oksigen&karbon dioksida yang sama.boleh mati aku) .dan aku lega (sebab angin sepoi sepoi bahasa)

oh.lupa.lupa nak bgtahu; sini tak ada yang menghijau.entan mana pergi semua daun daun&pokok pokok.dan, aku tak nampak mana langit (mungkin dah malam)

aku tidur. (sejuk! darat yang aku layangkan badan aku ini;sangat sejuk) teringat pesan ayah; nanti tulang sakit. ah,peduli apa aku.aku nak tidur.

esoknya,aku bangun.sebab ada bunyi yang bising teramat bising dah gerakkan aku. (siapa tahan kalau lah bingit sangat?)

oh,ini mangga (sambil pegang dan garu garu kepala memikirkan sama ada semalam ada kuncinya atau tak)

sekejap.
kuboid.
ruang yang kecil
udara keluar masuk dalam kadar yang tak perlahan tak laju sangat,
dan mangga.

dan,
malam.
tak ada langit.

oh.ini .penjara.


aku dalam penjara ?


lagi sekali aku dah tewas ! (kenapa aku suka memenjarakan diri sendiri.sedangkan dah banyak orang pesan DUNIA BUKANNYA KECIL;KENAPA MASIH SEPERTI KATAK YANG TAKUTKAN ULAR?SEDANGKAN ULAR CUMA MENJALAR.KATAK BOLEH MELOMPAT TINGGI;JAUH)



bulls."



- ini nota kecil lagi,aku jumpa dalam kasut raya aku. aku jumpa nota kecil ini pada 1 syawal dan masih berterusan aku dapat nota kecil yang di-belakangnya tertulis,

"im the prisoner because im afraid&coward. im the prisoner because im afraid to see a few of people;their eyes full of the smile of shit.im afraid.and im the prisoner"



dear Prisoner, who are you?

Sep 9, 2010

Prisoner.

" ahh.dunia.dah lama tak berjumpa;berjumpa dengan isi isi dunia; manusia yang ketawa pura pura,manusia yang menindas melalui kata,manusia yang menghina apa yang di depan mata,manusia yang tampak bahagia semata menghilangkan celaka yang bersarang merata rata, manusia yang kadang melarikan diri cuma untuk mencari kebenaran yang sebenarnya sudahpun lenyap saat dia membohongi bumi;dengan memuntahkan apa yang dimamah.

dah lama aku nak jejakkan kaki keluar dari sini; penjara yang dah mengurung jasad aku dari bergerak ke mana mana,penjara yang menyiksa jasad aku dengan sebatan dari rotan sehalus ekor ikan pari berserta racun yang sedikit demi sedikit dah menghakis permukaan kulit;berparut. (tak apa.orang tak nampak) penjara yang dah membataskan penglihatan aku dari melihat siapa yang setiap saat dah membedal tubuh aku yang makin mengecut, penjara yang dah membantutkan pendengaran aku dari mendengar bisikan dia yang mencarut carut meminta agar mematikan aku secepat yang bisa;tetapi biar perlahan dan terseksa. penjara yang dah mencengkam jiwa aku tinggal seperti serpihan kayu;selumbar.

aku masuk di dalam bangunan usang&berdaki itu sejak aku mula-mula melangkah ke padang yang menghijau rumputnya,meninggi pokok pokoknya; dan aku tersungkur&bersujud menghadap reranting yang sudah menjadi arang; aku di-tangkap.di-gari.di-campakkan ke dalam penjara yang punya gigi tajam,mata yang kemerah-merahan,dengusan yang lantang,amukan yang berang; nafasnya yang kuat dah meng-hempap-kan tubuh ini ke dinding yang sudah nganga-kan mulutnya,menyedut aku masuk ke dalam secara kilat yang memetir,kemudiannya aku di-pukul-di-terajang-di-ketung-ketung; hingga menampakkan lebam yang pantas menjadi nanah yang kotor;busuk;-bangkai.

tak mau cerita panjang tentang penjara yang entah dari mana munculnya orang berbadan sasa sambil memegang sebilah pedang yang bisa memutuskan badan seekor gajah dengan cuma sekali sentuhan di tubuh;terbahagi.

aku biarkan kisah penjara aku menjadi satu titik permulaan bagi aku agar menjadi yang lebih gagah dari segala yang bedebah;bukan baran yang menjilat semua senyuman.

akan aku cuba."


aku jumpa nota kecil ini,dan di belakang nota ini tertera,
"im the prisoner because im afraid to see people.im the prisoner because im afraid to let myself in between the people. im the prisoner because im afraid to stand in front of the people. im teh prisoner because i used to think that im the only one that live in this world.im hiding from you people.im hiding.because im afraid.coward."

Sep 8, 2010

apa kata kalau kau berhenti buat kerja yang tak masuk akal ? apa kata kalau kau cuba cuba pergi cari tempat lain; dan kau cuba tinggal kat sana. mungkin surrounding lagi baik; dan berhenti ganggu environment aku. kau faham apa aku cakap? kau suka speaking speaking dengan aku.aku rojakkan bahasa; sebab kau bukan berbangsa british atau bukan keturunan orang putih; lidah kau tak gagap lagi untuk bercakap bahasa melayu.kan?
jadi,apa kata kalau kau berhenti dari apa yang kau dah buat sekarang.sebab aku tak suka.
aku tak suka. berhenti jadi mulut aku; sebab apa yang kau cakap semua nya macam celaka; (aku tak kata aku cakap bahasa baik baik saja.sebab aku pun ada juga cakap kasar)


baik kau mati cepat; tak payah nak ikut ikut aku.

aku tak nak bunuh kau;umpama aku cuba bunuh diri.
kau faham kan?

Sep 5, 2010

probability; perhaps me OR you.perhaps me AND you.perhaps BOTH of us.perhaps ONLY me AND myself.

semalam
aku dah buat apa yang aku nak buat dan apa yang aku patut tak buat; tapi aku dah buat.
aku dah cakap apa yang aku nak cakap dan apa yang sepatutnya aku simpan sorang sorang;tapi aku dah cakap.
aku dah fikir apa yang aku nak fikir dan apa yang aku tak patut fikir; tapi aku dah fikir.
aku dah tahu apa yang aku nak tahu dan apa yang aku tak patut tahu;tapi aku dah tahu

hari ini
aku tak buat apa yang aku dah buat;tapi aku rasa macam nak ulang apa yang aku dah buat.
aku tak cakap apa yang aku dah cakap;tapi kebanyakannya aku tetap cakap
aku tak fikir apa yang aku dah fikir;tapi aku rasa aku asyik fikirkan apa yang dah aku fikir
aku tak ambil tahu apa yang aku dah tahu; hasilnya aku akan lupa.jadi,aku tetap nak ambil tahu.

esok
aku mungkin jadi orang
aku mungkin tinggal bayang
aku mungkin jumpa seseorang
aku mungkin tinggalkan yang tersayang.
aku mungkin akan tertanam;selamat tinggal sayang.

lusa
aku
aku
aku
aku

untuk hari hari yang seterusnya
kenapa masih fikirkan diri sendiri?

mungkin sebab orang tak pernah fikirkan tentang aku;jadi ini tanggungjawab aku untuk peduli tentang diri sendiri.

mungkin aku yang pentingkan diri sendiri?

mungkin dah tiba masa aku cuba jaga hati sendiri?

mungkin dah terlupa yang keliling aku penuh dengan perasaan manusia?

mungkin; tak pernah hilang kebarangkalian.sebab ini kehidupan;tak terlepas dari sebarang alasan walaupun orang sering katakan "tinggalkan yang lepas,fikirkan ke depan"

persoalannya tetap berantakan;persoalannya masih "kebarangkalian"

Sep 3, 2010

isi dengan kuku; makin pendek kuku (tersalah potong/terlebih potong),kuku tak sakit.isi yang perit :)

hari ini, berselisih dengan dia,dan dia cakap,
"hari ini aku rasa tak puas.aku rasa macam orang tak waras.aku rasa aku dah berkeras"

aku tak faham dia cakap apa.berjela jela penerangan dia.terlalu details. hinggakan aku rasa dia seperti nak menagih rasa aku. (mungkin dia dah hilang rasa dia)
jadi gila.jadi tak menentu,itu yang dia cakap.

sesudah dia cakap cakap dan cakap,dia tengok aku.
dia tepuk bahu aku,dia tarik tangan aku.dia tepuk belakang aku,
"kenapa kau tak ada?"

aku tengok dia.aku tengok tangan dia.dia genggam lengan aku sangat kuat,
"kenapa kau cari aku?"

dia genggam lagi satu lengan aku, (dah kedua dua lengan aku digenggam)
dia tengok mata aku.dia tengok anak mata aku (rasa serba salah nak gerakkan anak mata ke tempat lain)
"kenapa kau tak ada!! aku cari kau!"

aku tepis tangan dia.aku tepis sekuat aku.aku jarakkan diri aku daripada dia,
"kan aku dah cakap aku baik baik saja"

dia menghampiri aku,dia makin rapat dengan aku,
"aku perlukan kau!"

dan,aku tengok dia.aku tengok dari atas sampai bawah,dari bawah sampai atas,
aku pegang pipi dia,kedua dua tapak tangan aku kat pipi dia,
"aku dah cakap,aku baik baik saja."

"kau tipu aku"

"buat apa nak tipu?"

"aku tahu kau tipu aku! aku cari kau!"

"dulu kau cakap aku cuma kawan."

"memang kau kawan aku! "

"sebab itu aku tak ada bila kau cari aku"

"kenapa?"

"mak cakap,bila susah,barulah kawan nak cari kita.bila senang,dia buang kita macam lampin pakai buang"

"tapi..."

"aku baik baik saja"

"aku perlukan kau!"

"untuk jadi diari?"

"a'ah"

"dan,diari lepas dah selesai digunakan,ditutup rapat rapat."

"kau lain"

"aku tak makan muntah yang aku dah keluarkan"

"kau lain"

"aku tak jilat benda yang aku dah ludah ludahkan"

"kau lain"

"lain sebab aku mudah diperguna"

"..."

:)

Sep 1, 2010

last episode

siapa sangka yang menggunung menjadi pipih; yang tinggi menjadi kerdil; yang hati menjadi cuma yang daging.
siapa sangka yang mentari bikinnya hujan; yang pelangi hadirkan dentuman; yang hijau tangiskan bangkai.

berjalan mendongak ke atas
mengharapkan bintang senyumkan bulan
mengharapkan bulan mendakap langit yang meluas
mengharapkan malam menjadi helaian muka surat bercetak
di sana yang mendebu;di atas sana yang mendebu
menutupi yang suara garau-nya guruh petang;itu malam.

masih dalam lingkaran yang sama;bulatan yang sfera
barangkali kau dah membadut-kan aku;dah membadut-kan aku.
terimakasih untuk helaian muka surat baru yang khabarnya dahulu kau kata itu punya warna tapi ternyata secalit najis yang kau hadiahkan dalam satu masa.