Sep 3, 2010

isi dengan kuku; makin pendek kuku (tersalah potong/terlebih potong),kuku tak sakit.isi yang perit :)

hari ini, berselisih dengan dia,dan dia cakap,
"hari ini aku rasa tak puas.aku rasa macam orang tak waras.aku rasa aku dah berkeras"

aku tak faham dia cakap apa.berjela jela penerangan dia.terlalu details. hinggakan aku rasa dia seperti nak menagih rasa aku. (mungkin dia dah hilang rasa dia)
jadi gila.jadi tak menentu,itu yang dia cakap.

sesudah dia cakap cakap dan cakap,dia tengok aku.
dia tepuk bahu aku,dia tarik tangan aku.dia tepuk belakang aku,
"kenapa kau tak ada?"

aku tengok dia.aku tengok tangan dia.dia genggam lengan aku sangat kuat,
"kenapa kau cari aku?"

dia genggam lagi satu lengan aku, (dah kedua dua lengan aku digenggam)
dia tengok mata aku.dia tengok anak mata aku (rasa serba salah nak gerakkan anak mata ke tempat lain)
"kenapa kau tak ada!! aku cari kau!"

aku tepis tangan dia.aku tepis sekuat aku.aku jarakkan diri aku daripada dia,
"kan aku dah cakap aku baik baik saja"

dia menghampiri aku,dia makin rapat dengan aku,
"aku perlukan kau!"

dan,aku tengok dia.aku tengok dari atas sampai bawah,dari bawah sampai atas,
aku pegang pipi dia,kedua dua tapak tangan aku kat pipi dia,
"aku dah cakap,aku baik baik saja."

"kau tipu aku"

"buat apa nak tipu?"

"aku tahu kau tipu aku! aku cari kau!"

"dulu kau cakap aku cuma kawan."

"memang kau kawan aku! "

"sebab itu aku tak ada bila kau cari aku"

"kenapa?"

"mak cakap,bila susah,barulah kawan nak cari kita.bila senang,dia buang kita macam lampin pakai buang"

"tapi..."

"aku baik baik saja"

"aku perlukan kau!"

"untuk jadi diari?"

"a'ah"

"dan,diari lepas dah selesai digunakan,ditutup rapat rapat."

"kau lain"

"aku tak makan muntah yang aku dah keluarkan"

"kau lain"

"aku tak jilat benda yang aku dah ludah ludahkan"

"kau lain"

"lain sebab aku mudah diperguna"

"..."

:)