Sep 28, 2010

melangit

esok kalau senja,
harap dikeluarkan yang nista
harap diserakkan yang syurga

esok kalau senja,
jangan beritahu pelangi aku ada
jangan beritahu hujan aku tunggu dia

esok kalau senja,
mohon tutupkan tentang orang gila
mohon tiupkan helaian cinta yang celaka

esok kalau senja,
dan
esok kalau aku masih ada,
ingatkan pada mentari aku tak lupa senyumnya
ingatkan pada mentari aku tak sanggup kehilangan jingga-nya

dan,

esok kalau aku sudah tiada
dan masih lagi senja,
khabarkan pada pelangi aku masih di hujung warnanya
khabarkan pada pelangi aku tahu dia tak kekal warnanya



kehadapan senja yang menggila di langit yang men-jingga,
aku tak pernah kenal siapa senja kerana masih terkurung di sebalik warnanya mentari malam.