Sep 13, 2010

Prisoner II

"lagi sekali aku berjalan di hadapan penjara yang dah jadikan gelaran aku daripada 'simpulan simpulan' kepada seorang 'banduan' . aku tak menyesal (tak ada perasaan). bukannya teruk sangat jadi 'banduan' (lagi sekali aku menipu). bukannya teruk sangat digelar orang buangan (dan terus menipu). aku tak ingat sejak bila aku dibuang,dan aku tak nak ingat sebab apa aku dibuang (tapi selalu pergi tanya kenapa aku dulu duduk dalam itu 'sel') . sekarang, aku dalam perjalanan nak ke sana; suatu tempat yang aku cuma ikut jalan ini, panjang dan ber-tar. (zaman dah maju,habis tanah merah jadi batu hitam) . aku tulis ini dalam sekeping kertas,sebab buku aku dah habis basa kena hujan (ini daun). dan,aku guna kan pen bukan pensil. (sebab dakwat pen saja yang boleh melekat kat permukaan ini) ;betul,aku dalam perjalanan (kali ini aku serius).


sambil aku berjalan, (tanpa apa apa beban) aku dengan senang hati (sebab rasa ringan) berjalan dan terus berjalan,dan aku sampai, aku dah sampai. (tengok kiri kanan). kenapa tak ada orang, kenapa kosong dan kenapa macam berbentuk kuboid (orang kata bumi sfera) dan kenapa ini amcam bersegi (bumi mana ada segi segi). aku pergi ke setiap sudut. dan aku sentuh. (ini simen) dan aku dah pergi ke seluruh sudut (ini memang berbentuk kuboid) ; sejak bila bumi dah bertukar bentuk; dan aku terduduk (penat&haus).

aku duduk dan aku tengok atas;sekeliling, dah! ada lubang! tapi. . . (kenapa cuma kecil) tak apa,asal ada udara keluar masuk (tak kan nak tidur dengan oksigen&karbon dioksida yang sama.boleh mati aku) .dan aku lega (sebab angin sepoi sepoi bahasa)

oh.lupa.lupa nak bgtahu; sini tak ada yang menghijau.entan mana pergi semua daun daun&pokok pokok.dan, aku tak nampak mana langit (mungkin dah malam)

aku tidur. (sejuk! darat yang aku layangkan badan aku ini;sangat sejuk) teringat pesan ayah; nanti tulang sakit. ah,peduli apa aku.aku nak tidur.

esoknya,aku bangun.sebab ada bunyi yang bising teramat bising dah gerakkan aku. (siapa tahan kalau lah bingit sangat?)

oh,ini mangga (sambil pegang dan garu garu kepala memikirkan sama ada semalam ada kuncinya atau tak)

sekejap.
kuboid.
ruang yang kecil
udara keluar masuk dalam kadar yang tak perlahan tak laju sangat,
dan mangga.

dan,
malam.
tak ada langit.

oh.ini .penjara.


aku dalam penjara ?


lagi sekali aku dah tewas ! (kenapa aku suka memenjarakan diri sendiri.sedangkan dah banyak orang pesan DUNIA BUKANNYA KECIL;KENAPA MASIH SEPERTI KATAK YANG TAKUTKAN ULAR?SEDANGKAN ULAR CUMA MENJALAR.KATAK BOLEH MELOMPAT TINGGI;JAUH)



bulls."



- ini nota kecil lagi,aku jumpa dalam kasut raya aku. aku jumpa nota kecil ini pada 1 syawal dan masih berterusan aku dapat nota kecil yang di-belakangnya tertulis,

"im the prisoner because im afraid&coward. im the prisoner because im afraid to see a few of people;their eyes full of the smile of shit.im afraid.and im the prisoner"



dear Prisoner, who are you?