Sep 5, 2010

probability; perhaps me OR you.perhaps me AND you.perhaps BOTH of us.perhaps ONLY me AND myself.

semalam
aku dah buat apa yang aku nak buat dan apa yang aku patut tak buat; tapi aku dah buat.
aku dah cakap apa yang aku nak cakap dan apa yang sepatutnya aku simpan sorang sorang;tapi aku dah cakap.
aku dah fikir apa yang aku nak fikir dan apa yang aku tak patut fikir; tapi aku dah fikir.
aku dah tahu apa yang aku nak tahu dan apa yang aku tak patut tahu;tapi aku dah tahu

hari ini
aku tak buat apa yang aku dah buat;tapi aku rasa macam nak ulang apa yang aku dah buat.
aku tak cakap apa yang aku dah cakap;tapi kebanyakannya aku tetap cakap
aku tak fikir apa yang aku dah fikir;tapi aku rasa aku asyik fikirkan apa yang dah aku fikir
aku tak ambil tahu apa yang aku dah tahu; hasilnya aku akan lupa.jadi,aku tetap nak ambil tahu.

esok
aku mungkin jadi orang
aku mungkin tinggal bayang
aku mungkin jumpa seseorang
aku mungkin tinggalkan yang tersayang.
aku mungkin akan tertanam;selamat tinggal sayang.

lusa
aku
aku
aku
aku

untuk hari hari yang seterusnya
kenapa masih fikirkan diri sendiri?

mungkin sebab orang tak pernah fikirkan tentang aku;jadi ini tanggungjawab aku untuk peduli tentang diri sendiri.

mungkin aku yang pentingkan diri sendiri?

mungkin dah tiba masa aku cuba jaga hati sendiri?

mungkin dah terlupa yang keliling aku penuh dengan perasaan manusia?

mungkin; tak pernah hilang kebarangkalian.sebab ini kehidupan;tak terlepas dari sebarang alasan walaupun orang sering katakan "tinggalkan yang lepas,fikirkan ke depan"

persoalannya tetap berantakan;persoalannya masih "kebarangkalian"