Sep 25, 2010

suara-suara yang memekik langsung ke telingan yang dah mengetuk gegendang jadi terlalu bergetar,hingga bergegar otak;nasiblah ada tengkorak.

suara-suara yang makin membingit terus ke jantung yang dah makin laju degupannya sampaikan aku tak kenal mana penukang mana ditukang.

suara-suara yang berebut-rebut memasuki ruang yang mengecil
suara-suara yang terlalu berlumba-lumba menghalus ruang yang mengempis
suara-suara yang huru-hara yang dah membikin kacau bilau secara tak sekata dalam ruang yang melebam,
suara-suara yang seakan-akan dah tepu dengan bualan, "hari ini kita raja.esok,mereka masih hamba kita"


mana suara-suara yang selalu dianggap indah oleh pari-pari cinta?

hari ini aku dah ter-beban dengan suara-suara yang dari dasarnya cuma mahu sampaikan;
"kenapa?"