Oct 21, 2010

rust.

tunggu,
bilamasanya dah tiba,tunggu.
bila seantero kenal dengan raksasa,tunggu.
bila terlelap segalanya bintang,tunggu.

tunggu,
secawan kopi di lewat malam;
masih di dalam cawan yang tak punya pemegang;pecah.
sepiring biskut lemau bersama marjerin berkulat.
bilamana timbul tanda tanya;tunggu.

tunggu,
yang langit masih berwarna malam,
yang awan masih bercorak kapas-kapas.
yang malam masih seerti hilang.

tunggu,
yang nadi akan berhenti mencungap.
yang penghulu segala tubuh akan meng-ais perlahan.

tunggu; tak akan lari.