Nov 26, 2010

TrioBlack

Tuhan,
hati ini dah tak punya segi,dah tak punya iri,
hati ini dah terlalu renyuk,dah sangat remuk.
hati ini sekadar cuma mencuba untuk senyum,disenyum.
hati ini makin lama makin dicuba digigit-gigit ditobek-tobek dibalik-balik.


langit itu dah mendungkan sayu, langit itu dah mendungkan ragu,langit itu dah mendungkan lagu.
apa ini suatu jalan cerita di mana segala-galanya baru bermula kisahnya;
si badut&orang-orang istana,si keldai&haiwan-haiwan di rimba?
apakah ini sebenarnya lorong dan satu pekik melolong yang dah memang patut dilaung-laung?
apakah ini sebenarnya pentas yang berkecamuk suara-suara meminta tolong pada yang menyerong?

itu hujan dah petirkan bersama-sama siuman yang entah ke mana disedut,
itu hujan dah petirkan bersama-sama lamunan yang seakan-akan cuba ditakut.
itu hujan dah petirkan guruh&salji yang tak pernah cuba memujuk.
itu hujan, itu suatu perasaan, itu suatu jeritan,atau itu suatu penipuan?

mana yang di-lambung tinggi-tinggi gunung?
mana yang di-sanjung-sanjung ?

maafkan hati yang tak pernah cuba berkata-kata,
maafkan hati yang tak pernah tahu bercerita segala,
maafkan hati yang tak pernah sedar secalit celaka,
maafkan hati yang kadang-kadangnya cuma satu peristiwa.

hari ini,lautan itu meletus.
26NOVEMBER2010/The Strangers