Dec 21, 2010

cantik :)


ini lukisan,ya. lukisan tercantik&terbaik pernah aku terima daripada seseorang
bergelar adik :)

"kak lina,in letak di sini ya"
sambil memanjat katil dan cuba menampalnya bersebelahan katil aku,di dinding.

"kau nak bagi saya mimpi ngeri ke?"

"hmm.tak suka tak apalah,"

"eh,tak apa tak apa.teruskan melekat.letaklah.saya akan mimpi indah :D "

sambil dia cari gam double sided, dia nyanyi,
"warna cokelat anak mata,..."

dan,
"weyh azri,macam pernah dengar lirik tu!"

"heehe. :D " sambil tersengih sengih

"sekejap! nak berfikir"

"warna cokelat anak mataa...."

"kau ambil inspirasi daripada lagu CANTIK ke?"

"a'ah :D "

patutlah kalau aku usha gambar tu,mata dia warna cokelat,anak mata dia warna cokelat.menakjubkan! -,-'

sekarang,lukisan tercantik ini memang ada di sebelah katil aku,gara-gara suruhan kakak aku yang menyuruh adik aku meletakkannya di sisi aku. -,-'

bila tengah malam,aku tengok,aku tak boleh tidur,sebab aku rasa lukisan ini sangat menyeramkan aku,tapi adik aku cakap ini cantik.

terimakasih azri :')