Jan 28, 2011

Stuck


Simple "hye" just pass me by,
but then i reply,
you call me baby,you give me another try.
try to trust another love that will make me cry.

the hopes are always in your lips,
when your voice keeps giving me the heart-beat,
then i slowly noticed,
im falling in love with you,oh yeah too deep.

skies and time,everything sings like crazy,
you say that im pretty,
oh im not sure if this is the reality
oh again and again just like another silly.

you turn me around and around,
when i fall,you fall too on the ground,
we laugh and give the sound,
the sound of joy that never let me down.

ohh my darling dont stop lying,
even i know the truth is coming,
but please baby please,im not crying,
if you ever know how much im trying.

so let the flow of our love grows,
the memories;i will never throw
just give me the space so i can blow,
blow you up,out that door.

just imagine how hurt i do feel,when you are still in love with your old memory

**i made it by my own.so you know im surviving,like the melody keeps on singing.

Jan 27, 2011

Hingus meleleh

entah tak tahu kenapa,tiba-tiba teringatkan kau;

kita selalu lepak kedai mamak sama-sama,
"hey machaa! roti canai 3,teh 'o' ais 2 !" --kau tak pernah biar aku habiskan sekeping roti canai,sebab kau kata nanti aku gemuk,padahal kau tengah lapar. =,='

waktu petang-petang,kita jarang duduk rumah.kau selalu jerit dari bawah,dan kepala aku terpacul kat tepi tingkap,
"weii,keluar jom! bosan!"
dan, dengan tergesa-gesanya,sampaikan kadang-kadang lupa nak solat Asar,sebab baru terjaga dari tidur,aku keluar ke rumah dan kadang-kadang selipar yang aku pakai sebelah lain,sebelah lain.hasilnya,kau ketawakan aku terbahak-bahak,sampaikan kau jerit kat semua orang yang kau kena kejar dengan orang gila,padahal kau lari sebab takut kena baling kasut dengan aku.

bila kita keluar sama-sama,ke padang,kita tak main bola sepak;kita tak join sekali dengan kawan-kawan sekolah kita; tapi kau ajar aku panjat pokok dan baling buah rambutan kat orang yang lalu lalang. hinggakan Tok Ketua kampung nak buang kita dua-dua ke-luar dari kampung,tapi macam mana dia nak buang sedangkan kau anak dia.

pernah juga kita lari dari rumah sama-sama,sebab kononnya nak mogok tak dapat keluar ke pekan dengan kawan-kawan;
kau cuma bawa 3 ketul kuih yang kau ambil dari rumah sebelah,dan aku tak bawa apa-apa,melainkan beg sandang aku yang dalam nya cuma ada barang-barang melukis;yang tak boleh dimakan,dilahap atau dijadikan ikan bakar.

kita tak lari jauh-jauh,kita cuma lari kat nun,atas pokok.panjat dan duduk atas dahan yang agak dah berumur,tapi mampu menampung kita berdua yang berat macam dinosaur.

"nanti,kalau dah besar,kau jangan lupakan aku,sebab aku tak nak kau lupakan aku," kau bercakap sambil ketawa memandang bulan yang cuma separa.

"HAHA! buat apa aku nak ingat kat kau? kau ajar aku bukan-bukan,tapi jangan risau,aku tak kan lupa nama panjang kau apa," aku menjawab tanpa rasa-bersalah.

"kau nak tahu sesuatu tak?," dia memulakan dialognya sambil mengajak aku turun dari atas pokok dan duduk di bawah.bawah pokok yang merimbun.

aku capai tangannya, "kalau aku cakap aku tak nak tahu pun,kau akan bagitahu jugak,dan aku tak tahu sebab apa,"

aku dan dia bersandar di batang pokok,sebelah-menyebelah,

"bak sini buku lukisan kau,dan pensil",dia meminta,dan tanpa aku bagi izin,dia menyelongkar beg sandang aku.

"kau nak buat apa?"

"shh,diam."dia memotong percakapan aku.
dan,dia menunjukkan lukisan ini kepada aku,sambil sengih-sengih,
"nah,dah siap."

"ini ke yang kau nak aku tahu? dan,ini apa?," aku memandang tepat ke arah lukisan yang agak kaku,tak bergerak.

"semalam aku mimpi.dalam mimpi tu,ada sorang perempuan,tapi yang aku tahu,perempuan tu macam orang bisu,dia tak cakap apa-apa pun dalam mimpi aku," dia bercerita dengan penuh semangat,sambil menggigit sedikit demi sedikit kuih yang dibawanya,tanpa mempelawa aku.

aku slow-slow dan mencuba untuk mengambil kuih yang ada di sebelahnya,tapi dia cepat detect,lantas tangan aku diketuk dengan buku limanya yang agak besar daripada aku,

"oii dengar lah,aku nak cerita! siapa suruh kau tak bawak makanan!," dia menjerit dan tersembur-sembur ke muka aku.aku mengomel sendiri, "kedekut"

dan,tanpa rasa sikitpun simpati ke atas aku,dia bersambung cerita tentang mimpinya,
"kau nak tahu tak? perempuan yang aku mimpikan tu,ada iras-iras muka kau,senyuman dia pun macam kau,dan yang aku tak boleh lupa,dia comot.comot macam kau!",sambil mengetuk dahi aku.

"nahh,bukak mulut,aku suapkan," dia mempelawa aku makan kuihnya,yang dah separuh dimakan oleh dia.

"aku nak yang baru laa!," belum sempat aku habiskan jeritan aku,dia menutup mulut aku,dan menyuruh aku diam,dan buka mulut.

aku renung mata dia,dan dia menyuapkan kuih itu kepada aku,
"lain kali,kalau orang nak suap,jangan banyak cakap.nanti kau dah besar,tak ada siapa-siapa yang suap kau,rugii," nadanya nampak sayu,tapi senyuman dia tak pernah layu.

"sedap?,"

"tak!,"

"atau kau nak rasa lagi?,"

"tak nak!,"

"suka hati kau lah,kau tak nak,aku habiskan,lalalalala,~"

dalam hati,aku rasa nak tempeleng kepala dia,tapi.,sampai bila aku nak berkasar dengan orang yang aku suka?ahhh,dia bukannya tahu pun aku sukakan dia,

"hah! alang-alang kau tengah merajuk,aku nak sambung balik pasal lukisan ini,terbengkalai aku rasa cerita yang aku ceritakan kat kau," masih tanpa rasa apa-apa dia bersahaja bercakap.

malam makin lama,makin gelap,dan bulan makin lama,dah makin menerang,bintang-bintang aku tak nampak,satu pun tak ada,yang ada cahaya kelip-kelip.

dia mungkin tersedar yang aku sedang mengelamun,dan dia tutup mata aku dari belakang,dan tangan aku meng-hempuk kepalanya tanpa was-was.

"aduhh ! weyy sakit laaa!," dia menjerit,dan menyambung,
"sekejap,aku nak surprise kat kau,kejap eh,pejam mata kau,"

aku pejamkan mata,dan berharap dia akan menangkap kunang-kunang,tapi,,,

"dahh,buka cepat!,"

mana kunang-kunang?

"rantai ni kau simpan baik-baik.dah lama sebenarnya aku nak bagi,tapi selalu tak ada masa," dia senyum dan ,setelah selesai dia memakaikannya ke leher aku,

"lain kali,kalau aku ajak kau lari dari rumah,kau jangan lupa bawak makanan tahu?!!," dia menjelir lidah ke arah aku.

sampai saat ini,aku masih belum ada peluang untuk memberitahu yang aku sukakan kau,sejak kali pertama kau senyum kat aku,waktu aku mula-mula pindah ke kampung ini.dan sekarang,aku masih tak tahu kau di mana,tengah buat apa,dan adakah kau masih memakai baju yang sama? baju t-shirt berwarna merah,dan seluar tiga suku.

ayat kau yang aku tak boleh lupa,dan tak kan aku lupa,
"perempuan dalam mimpi itu sebenarnya kau,dan simpan lukisan ini baik-baik.kita mungkin berlainan darjat,kedudukan atau keturunan,tapi perasaan aku tak membezakan semuanya,kerana kau tetap perempuan comot yang sama,yang aku suka,"

awak,kat mana sekarang? harap awak membaca,dan saya terlalu merindui awak,

Jan 26, 2011

Selipar&Rindu




she says, "for the princess of mine"

masa dulu-dulu,masa sedang hingus meleleh,dan sental kat lengan baju,aku keluar rumah cuma memakai selipar jamban. ke-mana-mana juga,walaupun ke majlis-majlis yang seharusnya aku pakai formal,aku tak ada kasut lain melainkan selipar berwarna hijau terang (yang dibeli di bangi semata-mata mahu sama dengan selipar milik abang & kakak.) bagi aku,itu selipar yang tercantik pernah aku pakai,pernah aku miliki.

KISAH SELIPAR HIJAU

tragedinya bermula sewaktu aku di tingakatan 4 (ya,enam belas tahun,dan seharusnya dan sewajarnya aku tahu bahawa penampilan sangat penting,tapi bagi aku itu sangat asing).
Superwoman aku,merangkap ibu kandung aku,ibu kepada 6 orang adik beradik, 4 hero dan 2 princess,beliau membawa aku,dan adik-adik serta diikuti oleh abang sulung,ke bangi,untuk menghantar abang pulang.

setibanya di bangi,dan di mall mana entah (lupa),ibu dan adik-adik dan (oh kakak ada sekali,setibanya di sana,ibu ambil kakak dari UPM dan ikot kami sekali), mereka ke mall,dan tinggal aku dengan si abang,di kedai yang menjual banyak selipar sedemikian (pelbagai warna) dan banyak patung beruang (berbulu bulu gebu),tapi aku tertarik dengan selipar berwarna hijau.

selesai membeli,pulang ke rumah dengan gembira,sangat gembira,kerana memiliki selipar yang sangat cantik.

tapi,hayat selipar sebegini tak lama.mungkin dia merajuk bila ibu kata,
"nampak selekeh pakai selipar dengan baju kurung,cuba lah pakai kasut"

"kasut?saya tiada kasut melainkan kasut yang macam kasut lelaki tuh"

dengan hampa,aku berjalan keluar dari kenderaan beroda 4 dan naik ke Pusat Tusyen Indera milik Sir Appu,dengan memakai selipar itu juga.

dan,
setelah itu,adik aku merampas takhta dengan meminjam selipar ini daripada aku,(berat badan boleh mempengaruhi ketebalan selipar tersebut) ,dan selipar aku menjadi semakin nipis dan melebar.
bila aku memakainya,seolah-olah itu saiz kaki ayah.atau dalam kata mudah,kasut McDonald.

lalu,aku dengan rasa sayu,meminta ibu membelikan sandle berwarna merah.dan,sayangnya,baru kali kedua aku memakai sandle terbabit, kawan aku memijak bahagian belakang semasa aku sedang rush nak naik ke tusyen,dan PUTUS.

balik ke rumah,cuba untuk gam-kan-nya,cuba cari gam uhu,gam gajah atau gam badak,tak jumpa.cuba-cuba.dan TAK BERJAYA,lalu aku kuburkan sandle ini di depan rumah sebelah tong sampah.

"maa.kasut saya putus,"
*alasan sebegini dah banyak kali diperdengarkan kepada ibu oleh adik bongsu aku yang gemar bermain bola memakai seliparnya.

KASUT SARUNG

dan,ter-wujudnya kasut sarung di atas sewaktu hari raya aidilfitri 2010,ya,sewaktu tingkatan 5,tujuh belas tahun. (masih buta fesyen,main bedal pakai dengan apa-apa.hinggakan rasa kekok nak pakai,sampai sanggup pinjam selipar akak untuk dipadankan dengan baju kurung untuk ke kenduri rumah jiran)

tapi,aku masih memiliki selipar yang aku beli di kedai bata,yang berharga cuma RM 12 tetapi sangat setia menemani aku,walaupun rasa tak padan dipakai dengan mana-mana baju,terutama baju kurung,tapi tetap aku pakai,sebab sangat selesa dan bebas. selipar yang aku punyai hingga hari ini sememangnya selipar budak lelaki. (tapi selipar tiada jantina,dan aku boleh pakai ikut suka)

kasut sarung di atas akan aku pakai kalau perlu,atau kalau selipar aku dah di-cemar duli oleh najis kucing (ini tragis dan sangat sakit hati).

kata kakak,
"kalau nak pakai kasut ini,kau kena pakai stoking.sebab kau kurus."

terima kasih akak (:

dan sekarang,
hingus masih meleleh,taip aku sental kat tisu bukan sapu tangan. :)

entah bagaimana,aku merasakan diri aku seorang Princess dengan hanya memakai kasut sarung tersebut;
walaupun dress up aku ala kadar.

dan,
tolong jangan tinggalkan aku sendirian,lagi.

Jan 25, 2011

Jangan Datang,Malam Itu Malam Aku.


simpulkan sekarang,
tentang malam yang melintang,
yang bulan kau kata dia mengambang,
yang bintang kau kata dia tak terang.

renung aku dalam-dalam,
soal semalam dan persoalkan malam.
cintakan aku;tinggalkan aku.
kau rindukan aku,kau pendamkan itu.

jadi cerita yang tak pernah habis

Jan 22, 2011

Sangkut.

Hari ini, 23 Januari 2011, telefon aku menjerit,dan reminder mengenai kau terpacul keluar di skrin bukan sentuh telefon bimbit aku.

dan,sepantas wabak yang merebak, ingatan aku terus-menerus ke arah kau--yang berdiri tak jauh dari padang bola sepak,memakai short,berserta t-shirt lengan pendek berwarna kuning yang mempunyai design smiley di tepi lengan.selipar? kau tak pakai selipar,kau berkaki ayam sambil tangan kau memegang sepuntung rokok yang dah terbakar sendiri,dan teruskan bersendiri tanpa kau menghisap dari tadi.

mana mungkin hati aku menjadi senyap,kan? lalu,aku bikin dialog untuk hati aku,yang ber-monolog,
"kalau aku ke sana,kebarangkaliannya ada dua. sama ada dia senyum atau aku akan jadi gila"

tanpa perlu menghiraukan kebarangkalian yang kedua, aku terus mencapai cardigan yang dah berapa minggu tak basuh,dan seluar jeans milik kawan aku yang aku pinjam sejak dua tahun yang lepas,
"ibu, saya nak ke padang sekejap!"

--berjalan agak perlahan,seakan-akan semut mengajak berlumba,dan pemenangnya siput babi yang baru keluar dari celah-celah batu di rumah Mak Temah.

*ada sound effect (kreeekkkk) --lehernya pusing ke kanan menoleh aku yang sedang cuba menyembunyikan bunyi bising tapak kasut aku, dan,
kembali lehernya menoleh ke tempat asal,seperti tak kenal siapa aku,yang dah menjadi jirannya sejak 18 tahun.

dan,langkah aku berhenti di situ,selang cuma 10 langkah daripada kedudukan dia berdiri sekarang.

masing-masing senyap.cuma yang kedengaran ialah suara 5 orang kanak-kanak yang bermain aci kejar,dan aku tak tahu siapa kejar siapa,kerana kelima-lima nya melarikan diri.
itu aci kejar atau ,ohh,ada anjing yang mengejar mereka.
"teruskan berlari," hati aku teruskan bermonolog.

"mana selipar kau?",suara aku mula menghampiri gegendang telinganya.

"atas pokok," diringkaskan jawapannya,dalam nada yang bersahaja.

lalu aku mendongak ke atas,mengharapkan apa yang dikatakannya itu betul,tapi yang kelihatan,cuma daun yang merimbun,dan sarang burung.mana seliparnya?

"kau buat apa kat sini?," suaranya yang dah lama tak menggarap ketenangan aku sudah mula cuba menjadi suatu keghairahan yang baru.

tanpa tersekat-sekat,aku lontarkan jawapan yang aku sering persoalkan, "hari ini hari kau."

dia bergerak dalam keadaan slow motion ,memandang ke arah aku,dan kaki nya diangkat,dan dihentak di dalam lopak air,terpercik di cardigan aku.seolah-olah kakinya sangat berat dan malas untuk bercakap,bercakap dengan tanah.

"baju kau dah kotor,HA HA HA!", anak tekaknya yang bergantung mula bergerak langsung dengan ketawanya yang dah rosak,

"kau ketawa?"

"tak,aku tengah senyum,tak dengar?," soalan aku dijawabnya dengan penuh rasa tak bersalah,dan disalut dengan sinis yang sedang-sedang.

**dalam slow motionnya,jasadnya dah sampai di sebelah aku,dan terasa bahunya bergesel dengan lengan aku.

"kita duduk jom!",serentak.

5 orang budak-budak yang berlari-lari tadi sempat memandang ke arah kami yang duduk di atas rumput yang berlecah.

aku merangkul pinggangnya dan menariknya rapat ke sisi aku,
"kau tahu hari ini hari kau?,"

dan,
dia memegang tangan aku,dan meletakkannya di peha aku,sambil menjarakkan sedikit,memberi ruang sedepa antara kami.

"hari ini bukan hari jadi aku,kau salah orang barangkali," suaranya membisik kasar sipi-sipi di kuping telinga aku.

"betul,hari ini bukan hari jadi kau,bukan hari lahir kau,dan bukan hari ibu kau mengeluarkan kau dari perutnya," aku menyambut sambil memandang bibir nya yang sedang membeku,sedang membisu,tapi seperti mahu memberitahu aku sesuatu.

rahangnya bergerak,"habis,kenapa hari ini hari aku?kenapa tak cakap hari ini hari Ahad?,"

"sebab,hari ini tarikhnya 23 Januari," nada aku semakin sayu,cuba-cuba mahu ingatkan dia tentang kisah di tanggal ini,tentang tarikh ini,tentang bulan ini.

dia dah lupa,tentang 23.tentang Januari.

jersi yang tertera nombor 23, yang aku hadiahkan kepada dia,kerana dia telinga aku,dia mulut aku.
pada imaginasi aku sendiri dan dia juga setuju, 2 itu seperti telinga (perhatikan betul betul) dan 3 itu seperti mulut,iras-iras mulut ikan, (lihat teliti-teliti)

dan,Januari,
sama-sama beranggapan Januari itu satu,dan hati kami cuma satu,untuk yang satu.

dan,23 Januari juga, tanggal aku menjadi seorang yang gila,dan dia menjadi seorang yang buta.

"aku cakap aku cintakan kau.dan,waktu itu juga,kau tak percaya.kau tampar muka aku,kau caci maki aku,sebab kau kata cinta akan buat orang jadi pendusta,orang jadi durjana,dan cinta akan buat semua rasa jadi celaka," bertubi-tubi aku ulang-tayang peristiwa ngeri,yang merupakan hari jadi aku,sendiri.

dia lantas memotong dialog aku dan menyambung,
"Sayang,kau perempuan,dan aku lelaki.aku cintakan kau kerana hati,yang lain mahukan kau untuk penuhi nafsu laki-laki. aku mahukan kau yang sedang sunyi,mereka mahukan kau kerna mereka sepi.aku tunggu kau sampai aku mati,mereka tunggu kau sampai kau kahwin dengan seorang lelaki,kalau kau berani tunjukkan identiti," dan terus menyambung,

"ini lagu yang kau nyanyikan kat aku selepas aku hentam kau berkali kali.dan,kau lihat sendiri,aku tak berani.aku memakai short abang aku,t-shirt adik aku,dan rokok ayah aku."

"kau tak pakai short,tapi abang kau potong seluar panjang kau,supaya kau tak akan ada teman lelaki. dan rokok.itu cuma saja-saja kau pegang,bibir kau masih merah,nafas kau masih yang bermaruah," aku suarakan hati aku yang meronta-ronta mahu dia tahu aku ini seorang penunggu,aku ini seorang perindu.aku ini lelaki yang terlalu mahukan kau di sisi,menjadi permaisuri di hati.

spy-the-row.be-the-girl.smash up the d-ra-ma.



atikah abdullah.
selalu menjadi hero malaya,
terima kasih membawa kaler kayu yang sangat amazing
hinggakan kaler luna saya,diketepikan terus-menerus sejurus kehadiran anda,
sayu-sayu.
=,='



sebelum memesan&membeli makanan,
mewarna itu suatu keghairahan,
satu ketaksuban
dan
satu keperluan yang harus diselesaikan,






p/s :
kakak saya suka minum dua straw,jadi saya up lagi satu,
minum menggunakan tiga straw.puas.sangat puas.
berasap-asap dalam perut,gas meletup-letup.


oh dan satu hal,mereka ini kematangan boleh dilihat dari muka&cara bercakap.
kadang-kadang terasa seperti bersama dengan orang dewasa,
sungguh,tak tipu.
(sebab itu saya bawa lukisan,harap ada respon yang sama level dengan saya,dan BRAVO!)


for appearing yourself in this place,
for fulling your faces in this photo,
these photos,
for giving the thumbs up for the cornetto,
for all the laughs&shouts
i will keep this rhythm of the day in my list,
on my face,
in the place i called,
"sunshine-that-will-never-fade-away"

if i do forget this day,
if i can't remember how much our time has been used for this day,
if i tell people you are the unknown girls that come to my life too sudden,
give me the punch,not at my tummy,but in sunshine,
so that i will never regret,
for knowing you all as my best-friends-i-ever-had.

pardon me please,
because your colours have made me feel awesome,
even for a moment.
and,
your voices have told me,
"being matured like us is nothing if you are not yourself that always laughing"

with people,being myself is much more better,than being matured,like the useless person.

thanks for appreciating who i am,
thanks for remembering the way i wrote my name,
thanks for pushing me up when my nose kissed the mud.

22-January-2011
MOVING FORWARD
&
NOT BEING COWARD

oh ada orang cakap saya penakut remove-remove dia dari facebook,dan maaf ya,saya bukan penakut,cuma saya tak nak awak kecut bila tahu saya boleh buat awak rasa sangat pengecut.saya serius.jangan berbahagia atas kesakitan orang lain,nanti takut awak sendiri akan tercirit :)


Jan 20, 2011

Muntahkan Lagi.



"perempuan? masih ingat kat aku?"

"masih,mungkin. kau siapa?"

"aku orang yang pinjam segala macam daripada kau,aku pinjam suara kau,ketawa kau,senyuman kau,hati kau dan hidup kau."

"oh kau rupanya", sambil mengesat hingus di lengan baju,dan duduk di bangku yang terletak bertentangan dengan sungai,yang airnya dah tercemar dengan segala asap yang celaka daripada kilang di sebelah rumah Tok Wan.

"kau apa khabar ? lama tak nampak,hidup macam mana?",nada yang tak ada rasa bersalah,sedaya-upaya melabuhkan punggungnya di sebelah aku,di bangku kayu,yang dah nak mereput.

memandang ke langit yang sejuk-suam,mengharapkan akan ada bisik-bisik dari hujan,dan mengeluh,
"aku baik-baik saja.selalu baik-baik saja.tak pernah ada malapetaka,tak pernah pun rasa sengsara,semuanya indah-indah. hidup aku? sedang melangkah ke level yang lagi satu,tanpa perlu ada orang teriak-teriak soal kematangan,kedewasaan atau keghairahan"

kedengaran burung-burung kecil yang ber-paruh berwarna kuning,biru dan oren,menyanyi-nyanyi,di-sahut pula dengan suara garau dari enjin motokar dari rumah sebelah,memuntahkan kepulan asap pekat,likat dan lagi sekali,menjatuhkan maruah seorang manusia yang seharusnya memelihara bumi,bukan merosak-kan apa adanya.

"kau pula bagaimana? seronok hidup berlandaskan apa yang aku ada?",aku ajukan pula soalan kepada dia,yang dah senyap-diam dari tadi,seolah-olah Si Bisu yang cuma menggunakan mata,melilau-lilau,barangkali cuba menyesuaikan diri,dengan aku yang dah lama tunggu dia,sejak dulu lagi.

anak matanya terus berlari ke arah bibir aku yang merekah.merekah kerana kekurangan air,yang suhu bumi entah darjah celcius yang ke-berapa tingginya.

"seronok,seronok sangat.orang-orang semua sukakan hidup aku.ada yang berkata,mahu hidup seperti aku,yang meredah segala macam masalah,menghentam apa yang membeban di depan,menghentak apa yang perlu disangkal tanpa sedikitpun rasa menyesal,tapi puas".

gaya-nya menyampaikan cerita,seolah-olah sangat bahagia,sangat gembira,sehingga dia lupa,itu hidup siapa.itu kisah hidup siapa.itu siapa.

lalu aku mengemas-kini-kan rambut aku,yang ditutup rapi dan kemas oleh topi pemberian jiran belakang rumah aku,dengan alasan,ciri aku yang langsung tiada keperempuanan-nya,sambil meletakkan sedikit pujian,--kau kacak,teruskan begini.

"nampaknya,kau sangat sempurna dengan hidup kau,sampai sekarang ya?",aku menyambut jawapannya dengan soalan yang aku mahukan kepastian,bukan penindasan.

"sangat sempurna,tapi itu sementara.sementara sehinggalah mereka tahu,hidup aku cuma sekadar pura-pura,cuma sekadar orang kaya yang miskin ketawa,cuma sekadar anak Dato' yang senyum-nya tak punya maruah,cuma sekadar mempunyai kawan-kawan yang mengenakan t-shirt berjenama Roxy yang hanya meninggalkan kesan tapak kasut Bata", diterangnya dengan menghadiahkan aku linangan air mata,yang barangkali ini dah makin kering,tapi di-cuba keluarkan juga. (mungkin ini petanda dia sedih,atau terharu,mungkin celaru)

dan,
sepertinya langit yang sedang-sedang dalam mood yang meremang,menghadirkan rintik-rintik hujan (barangkali sebagai peneman,biar air mata dia tak kelihatan oleh aku yang kadang sikit pun tak punya perasaan pada orang yang sedemikian)

aku membetulkan topi usang aku,sambil menggenggam tangannya,dan terus memanjat tangga di pokok yang cuma tak jauh dari bangku tua tadi,tak jauh.

"nah orang kaya,harap kau tak demam hanya kerana hujan yang dah menghancurkan make-up kau tadi.harap kau selesa atas rumah pokok ini," dengan selamba aku melemparkannya tuala kecil sambil memerhatikan tiap-tiap titis hujan yang berlumba-lumba untuk sampai ke tanah.

"terima kasih,aku harap aku seperti kau,yang dah kebal."

kebal kerana terbiasa,itu sesuatu yang indah dari Dia,sangat indah.dan,aku tersenyum sendiri sambil melihat telatah anak-anak Pak Seman,yang bermain di lopak air,mengotorkan baju dan ketawa.

"dah kering baju kau? baju baru kan?",aku mencelah dalam rinti-kan hujan yang makin melebat ,sambil memandang ke arah dia,yang bersila,memerah tuala.

"biarlah basah.ya,baju baru.abang aku belikan semalam,dia baru pulang dari Paris," dengan nada yang sangat perlahan,dan aku rasa mungkin kalau dia mahu bercakap lagi,akan aku bikin speaker,biar aku dengar dengan lancar.

oh Paris,cantiknya nama Paris. kekasih dia?,terdetik dalam hati aku untuk bertanya,tapi seperti orang bodoh kalau aku suarakannya,kerna mungkin orang seperti dia kenal Paris itu sebuah tempat,bukan orang,bukan perempuan,dan bukan lelaki.

"nanti kalau kau rasa nak balik,kau cakaplah.ada payung,dan baju hujan.semua aku dah siapkan,untuk kau."

"tak penat ke jadi bodyguard saya?",
secara serentak berderau aku rasa,seperti aku sedang menunggu hukuman digantung sampai mati.

"jadi apa pun aku tak kisah,asal orang yang aku jaga,orang yang aku suka,baik-baik saja", jawapan yang aku keluarkan seperti dah mencabut kejantanan aku,sedangkan aku cuma perempuan.

"kalau ayah saya tahu awak perempuan,mesti dia tak-kan upah awak untuk jaga anak lelaki dia satu-satunya,mana ada perempuan melindungi lelaki", dan,menghampiri aku,yang dah duduk tersadai di dahan pokok,menikmati suara-suara hujan,bau hujan,dan sentuhan hujan.
dan,duduk membelakangkan aku,bersandar di belakang aku.

"dan,mungkin kalau ayah saya tahu yang selama ini awak terima tugas menjaga saya semata-mata kerna sukakan saya,awak akan dipecat,"

"kalau tak ada perempuan yang melindungi lelaki,ibu awak tak pernah dan tak boleh melindungi awak sejak awak lahir? siapa yang kandung awak 9 bulan? dari sekecil-kecil daging,dijaga sampai terbentuk jadi manusia,siapa? ayah awak?",
sambil menutup mata aku,membayangkan aruah Nek Wan,yang kematian semata-mata melindungi cucu-nya dari terhempap batu besar,dari tempat pembinaan. terima kasih Nek.

"sampai bila awak nak bersembunyi? awak mungkin boleh hidup dengan kehidupan awak,yang memang saya dah pinjam,dan hilang.itu hidup awak,yang dah menghidupkan hati awak,jiwa awak.perasaan awak bagaimana? sampai bila?"

hujan makin lama,makin lebat.Tuhan seperti nak mengurung aku dan dia,di sini,seperti mahu aku langsaikan ,hidupkan kembali perasaan aku yang dah lama mati.

untuk penamat cerita,aku paling tak suka. biar yang pengakhiran nya tergantung di sini,bersama dia dan hujan yang melebat.
maafkan aku kerana menjadi perempuan yang lelaki,yang menyukai kau,lelaki yang perempuan.



::PENAMAT KAU BIKIN SENDIRI,AKU NAK JALAN CERITA YANG HIDUP,HIDUP WALAU AKU MATI::

History Never Dies.


Each time I see your face in the photograph,

It makes me think of you over and over.

Our love and your love,

Means everything to me.



But not being able to feel your touch,

Is one thing that hurts me much.

I think about you everyday,

Each time I wake up and went to sleep at night.



All the things that you say,

All the things that you do,

Makes me always happy and inspired,

No matter how far you are.



But sometimes the distance that separates us,

Makes me think "are we really meant for each other?"

This thousand miles that separates us,

Makes me cry and sad all the time.



Not being able to hug you,

To touch your face and to kiss you.

It makes my heart weak and rip.

But I tried to be strong each day.



The distance that separates us,

Never be the hindrance at all.

For our love for each other

Is true and real and nothing can compare.



I dream of one day you'll take me away,

Cause this life is for you and for me.

This is what I dream to see.

No matter the distance we have.
______________________________________________
Even though I am far from you..

I love you with all my strength.

Ask the sleepless nights I've spent for you..

Ask the miles I've walked for you..

Ask the kilometres that my love travels every second

Ask every single drop of tear I've shed for you..

Ask every drop of blood that came through my nose..

Ask all the days I've gone without eating..

Ask every single day since I've known you..

how much love I've given you.

I will stand by you, stand up for you.

On some days you will feel discouraged..

You will be tempted by the evil..

You will lose hope.

But remember, you sink I sink with you too.

But I won't let go.

I won't give up the fight, I'll go the distance.

p/s:
this is not mine,only that person know,where this come from,dan daripada siapa kepada siapa,you know it,right? ;)

adrenaline.

kita duduk se-kereta,kau drive selaju-laju yang terdaya,dan pernah kau berasa asing di tempat yang seharusnya kau terbiasa?

berasa menggeletar,tahap nervous yang melampau,diikuti heart-beat yang membuas,dan secara serentak,kau menjadi pucat.

segala sistem yang dah dirancang untuk bertindak,mati.

dan,pernah kau berasa seperti seekor makhluk asing yang mendadak melihat dunia?

nahh,terima kasih untuk kejutan.

simpan dalam-dalam,tanam jangan ada lubang,kambus biar tak dipandang.dan,hey kawan.kita se-sekolah,se-kantin,se-perhimpunan,se-rumah sukan.berhenti memandu,turunkan aku di sini. aku sesak dengan kau.aku mahu pulang,jumpa ibu dan ayah.kau boleh berambus.

Jan 18, 2011

puas (II)


cukup untuk yang kelmarin,semalam,hari ini,dan yang esok (tolong jangan ada)

aku fikirkan,
biarlah yang kelmarin,aku sendiri yang simpan,
kelmarin hari yang penuh dengan dongengan,nafsu setan;dan kain kafan.

--angan-angan yang di-suarakan kelmarin,rupa-rupanya mimpi ngeri yang kau mahukan kisah ini berakhir.
--tanpa kau sedar,kau heret aku ke dalam neraka,sampaikan aku merasa orang menghina aku di merata-rata.
--kau dah kafankan rindu aku senyap-senyap,dan kuburkan di sebelah katil kau,biar kau nyenyak.

tentang hal semalam,
tak perlu nak bawa ke depan.
biar yang semalam mati--
mati dengan segala perasaan yang membeban,
cukup--kau dah siat-siat aku lumat-lumat;
teruskan membawa aku ke penamat.

yang hari ini,
masih berlegar mencari aku yang sedang-sedang bersembunyi,
jangan hidu aku lagi;jangan panggil aku lagi,
sayang kau dah mati.
cinta kau,dah aku ke-bumi
tunggu bila aku benar-benar dah mati,baru kau nak menggali-

esok,kita buat seperti kau lelaki,aku lelaki.
kau perempuan,aku perempuan,
masing-masing ego meninggi,
masing-masing bawa haluan.
kau ke sana,dengan kekasih hati,
aku ke situ,dengan hidup baru.
kau berpacaran terus-terusan,
aku tetap dengan janji-janji yang dah kau berak-kan.
jangan risau,
nafsu untuk meminta dah aku padamkan,
nafsu untuk melangkah,makin aku gilap-kan.

dan setan,berhenti hasut aku menjadi perempuan murahan;yang memberi hati tanpa perlu menyimpan.

Jan 17, 2011

Pelacur Rindu,

duduk di kaki lima,
sambil menunggu lelaki-ke-berapa,
untuk bercerita segala apa yang ada;
yang penting soal cinta.

memakai baju berlengan pendek,
si perempuan ini tak lekas runsing,
juga mengenakan cardigan hitam,
masih terlihat ada senyum di-tshirt kuningnya.

lalu lelaki yang ditunggu,akhirnya munculkan diri,
di-bawa bersama sekeping kad hari jadi,
"untuk awak,maaf menunggu dari tadi."
"tapi hari saya lahir lambat lagi"

tangannya di-pegang erat oleh yang lelaki,
saling berpandangan,mungkin meminta di-perhati,
perempuan tak dengar apa cerita si lelaki,
yang terlintas, "momen begini akan mati"

sampai di suatu taman yang cukup lapang,
mendepa-kan tangan,minta di-sayang,
perempuan berundur ke belakang,
"sekarang ceritalah apa yang bikin malang."

kemudiannya,lelaki itu merebah di padang rumput;
yang menghijau,ditariknya sekali perempuan,dia turut.
di-ceritanya kisah yang dah-ke-seratus kali di-dengar,dan luput.
"teruskan lah bercakap,jangan biar menyerabut"

dan,di-tanya si perempuan,
"cinta kau dah di buang di tepi jalan?"
"tak,tapi dah jadi-kan santapan,"
"untuk siapa? si jantan?"
"tak,dia cuma setan."

yang lelaki men-cuba jadi penghibur hati,
terus mencuba,di-belai,di-puji,
dan perempuan tadi,hauskan realiti,
lalu,di-berikan hati,hati perempuan kepada si lelaki.




Jan 16, 2011

awak,sangat sempurna.saya suka, :)



benda yang kita rasa baik,kadang cuma sementara.sangat sementara.

"awak,saya ada masalah," pertanyaan yang sangat simple,sangat ringkas,dah menjadikan cerita yang berangkaian--panjang.

"saya dah clash,i need someone to hear my problem,and i guess that someone is you,"

Si Telinga ni tanpa fikir panjang,tanpa rasa tak perlu nak mukaddimah panjang-panjang,lantas menerima masalah yang makin mencurah-curah ke lubang telinga nya yang kecil,dan gelap.(bak kata bella,telinga pun berak,)

mendengar,dan teruskan mendengar,
"saya tak ada sesiapa,melainkan awak.saya perlukan semangat awak,dorongan awak.saya perlukan awak," sambil memberi keizinan kepada tangisan untuk bercakap.

Si Telinga, orangnya masih tak matang,mentah,jarang fikir panjang,baginya,masalah orang biar jadi makanan siang,masalah dia,biar sendiri yang memanggang.

mungkin,dalam senyapnya,Si Telinga masih tak sedar,masih tak sedar dia sukakan Si Mulut, dia tak sedar,kerna kupingnya diberi pinjam kepada Si Suara,yang jauhh juga nun di sana.

tapi setelah beberapa lama,seminggu dua (barangkali), Si Suara dah tak perlukan lagi kuping Si Telinga, sayangnya, Si Telinga tetap menerus-dan-terus memberi pinjam kupingnya kepada Si Suara,dengan alasannya,
"kalau perlu,gunakan saya.kalau menyampah,buang saja.kalau tak suka,mamah-lah sampai ke tua"

dan,Si Telinga rasa dah terbiasa hidup tanpa kupingnya,kerana dia rasa dia tak perlukan kupingnya,kalau gegendang masih ada,masih bisa bergetar,dan terus menghantar.

lalu,hidupnya Si Telinga dengan Si Mulut, berjalan seperti biasa,malah makin luar biasa.
hingga pernah dan selalu,Si Mulut perdengarkan kepada Si Telinga,
"saya sayangkan awak,lebih daripada apa yang awak anggap,"

Si Telinga terus-menerus mendapat sayang (yang tak tahu itu kasih sayang,atau sekadar cuma bayang-bayang) ,tapi dalam hati Si Telinga,dianggapnya Si Mulut melebihi segala-galanya,melebihi Si Suara.

kehidupan yang makin gembira,makin ketawa,makin bersama,
membuat Si Telinga terus melupakan Si Suara,dan melekat erat pada Si Mulut,yang bicaranya manis,bahasanya tak sinis,harapannya tak sedikitpun berbau hamis,
semuanya sempurna bagi Si Telinga,yang seringnya mendengar setiap butir suka atau duka dari Si Mulut, yang hatinya terlalu tulus.

tapi,
yang hidup akan mati,
yang baru menjadi lama,
yang senyum hilang manisnya,
yang ketawa hilang puncanya,
yang mula ada akhirnya.
semua tak kekal lama,melainkan Dia,Yang Maha Esa.

Si Mulut, pantas dengan namanya mulut, kadang bukan guna hati untuk bercerita,bukan guna jujur untuk bercinta,bukan guna tulus untuk menyatakan apa adanya.
sudah pun di-kata,mulut akan ditutup bila di-soal di akhirat sana.
kerna apa? mulut tak lekang dari berbicara yang dusta kalau lupa siapa hatinya.

kegembiraan yang sementara cuma,adalah sebuah lukisan halus-halus,tanpa warna,cumanya karbon dari mata pena; hitam&putih,namun lukisan-nya tetap masih ada,masih dicorat-corat biar kelihatan sempurna di mata semua; di mata semua.

Si Telinga yang mendengar segala-macam perkara,dah mematikan sistem hatinya,dan memotong apa yang menyambung ke saluran dengarnya--getaran.

kepada Si Mulut; kau ada baik-nya,kau baik dalam meluahkan segala-gala yang tak di-punya Si Telinga, kau terbaik dalam membikin isi kandungan cerita,dan sekarang,menjadi najis dalam Si Telinga, najis--percuma.


Jan 15, 2011

happy family :)


jangan keluar,duduk rumah,jaga adik,jaga opah,
lupakan kawan,mereka sementara
abaikan teman-teman,abaikan segala,
yang ada dalam kepala,cuma keluarga.

kamu nak ke mana? dengan siapa?
selalu bikin darah berderau segala,
ubah lah perangai,jangan jadi setan saja,
jadi macam mereka,baik-baik belaka,
tak susah nak menjaga,jadi seperti yang terbaik saja.

yang penting berkat orang tua.kawan letak ke tepi,keluarga junjung tinggi-tingginya
mimik muka dah macam serigala,
cuba-cubalah jadi orang yang berguna
dah macam lelaki,keperempuanan langsung tak ada,
apa nak jadi? boleh hidup ke?

janganlah selalu sakiti mereka,
jadi seperti aku,yang meredakan amarah mereka,
tak pernah sikitpun kau peduli perasaan mereka,
kau anggap mereka bukan sesiapa?
habis kau datang dari mana?

tak payah nak cakap banyak-banyak,
kau tengok aku,jangan jadi macam aku,
kita tak pernah bercakap banyak,
tak payah nak bikin sejarah,
"lari dari rumah"

tak ada nak cakap apa,
cuma hormatlah kami,itu dah sempurna,
tak perlu nak menengking,tinggi suara segala,
kami pun manusia,macam kau juga.
berhentilah menjadi "penjual ikan",
lihat,orang lain nak kan kehidupan,
seperti kami,kami bukan banduan.

________________________________________________


yang bahagia,tak semestinya selalu gembira,tak semestinya selalu ketawa. maafkan segala macam yang ada pada aku,yang mungkin meng-gila. kita hidup tak semuanya sempurna, hidup tak semuanya baik-baik belaka,tapi kita boleh jadikannya sempurna dengan apa adanya,boleh jadikan baik-baik saja dengan apa adanya, itu,kasih sayang yang ditunjukkan dalam pelbagai cara, kasih sayang yang kadang aku tak nampak bayangnya,tapi aku rasa :)

terimakasih menyayangi aku,hingga aku ke-tua,maafkan segala macam yang dah bikin kalian terluka,bukan sengaja,bukan sengaja. apa-apa pun,aku tahu,sayang kalian pada aku ,sikitpun tak pernah kurang, sikitpun tak pernah terbuang :)

Jan 13, 2011

my wishes on YOUR birthday,



I WISH;

i dont even know you, not even your name.

i could control myself from falling in love with you,on that day.

your number would never exist in my phone memory & my mind.

you dont make a step to proceed the next love's letter,and send to me.

i would not agree to meet you at there, being speechless while you are staring at me with your brownish eyes.

i could only text you only at night wishing sweet dreams,not till the midnight telling a dream.

my friends would not tease me with you,that made me feel you like me more than i do.

i could hide my feelings toward you by not giving the teddy of mine,that now you have uploaded it in your facebook.

i would not wake up early in the morning just to cook spaghetti for you,your favorite's one,and hearing you say "it is delicious,will you make another one,my dear?"

i would never bake that worst cheese cake,that you had eaten by knowing my love not that too worst.

i would not still saving the letters you wrote to me,and your photo still in my wallet.

i could stop my heart from missing you,my mind from thinking about you,my lips from saying your name.

i could delete your photos you sent to me before,before i knew you still love me like i do miss you.


and,
i wish

i could avoid myself from knowing you are taken.

i wish i can wish you "HAPPY BIRTHDAY" and
telling you i miss your messy smile,your messy love.
14th January 2011




i really really wish,you will read these,and send me a message "thanks for the wishes,Zimbabwe misses you a lot, "

Kalau aku Lelaki,


aku mungkin bukan yang sekarang, yang sentiasa ada di rumah,pagi petang siang malam. aku mungkin orang yang ter-degil dalam dunia, yang barangkali sedikitpun tak pernah dengar kata orang tua. mungkin aku tak kan jumpa orang-orang yang seperti sekarang, yang selalu capai tangan aku bila aku tersungkur dalam lumpur.

aku mungkin bukan di landasan sekarang,
memang kadang lurus,kadang terpesong sedikit,tapi masih yang memanjang,yang tahu jalan pulang. aku juga mungkin dah permainkan ramai perempuan-perempuan,macam lelaki yang lain, yang di masa remajanya sekarang,cuma mahukan KEBEBASAN,KENIKMATAN.
dan,aku akan di-benci perempuan-perempuan.

aku tak mungkin akan habiskan banyak waktu dengan lukisan,atau tulisan,
aku mungkin akan teruskan meneroka apa ada kat luar sana,teruskan menjelajah apa yang kadang tak perlu dijelajah,atau cuba-cuba menjajah.

dan barangkali buku-buku aku letak ke tepi (sekarang pun ala kadar ada di sisi)
aku mungkin utamakan yang kawan-kawan yang entah datang dari mana,yang aku kutip dari lorong mana,aku pun tak tahu,

aku mungkin tak akan ada sesuatu yang aku panggil "diari" , aku akan lepaskan segala macam amukan, terus kepada orang yang bikin aku marah. dan,mungkin juga, aku akan sering-sering ambil keputusan "nak lari rumah!" , dan bawa sehelai baju dan seluar panjang.atau short.

dan kerana kemungkinan-kemungkinan tersebut, Tuhan jadikan aku seorang PEREMPUAN :)

dan,aku bersyukur menjadi perempuan, walau cuma nama aku boleh ditulis tak sampai sesaat :)

Jan 12, 2011

Puas.

eh Sayang, aku lupa nak kenalkan kau kat teman-teman aku. mereka selalu ada dengan kita, (atau mungkin dengan aku saja)

ini namanya Cinta.
dia tak pernah lekang bila aku mula mula kenal kau,
kami makin lama,makin akrab,makin rapat.
kalau boleh,rasa-nya seperti mahu junjung tinggi melangit,
tapi aku punya kau.

ini pula nama dia Cemburu,
dia ini bahaya sedikit,
selalu muncul bila kau tak ada,
selalu ada bila kau dengan mereka-mereka,
jarang-jarang ada bila kita bertentang mata.
tapi,sayangnya,dia selalu menyakiti aku,dan kau tak pernah tahu :)

dan ini pula namanya Rindu.
sejak kita kenal nama,sejak itu dia jadi kawan aku.
dia sama macam Cinta, tak pernah pun tinggalkan aku.
selalu ada,tambahan bilamana kau tak di sisi aku.
dia ini kadang-kadang bikin aku sakit,
tapi macam biasa,kau tak pernah nak ambil tahu.

dan sekarang,mereka semua dah tak ada sayang,semua dah terbang,tinggalkan aku seorang.
yang ada dengan aku,cuma Senyuman. dan aku puas,sebab dahulunya,dia tak pernah kunjungi aku,dan sekarang,aku rasa puas :)

Senyuman yang mendampingi aku,tak menyakiti aku,sedikit pun tak,dan sayangnya juga,kau tak pernah mahu tahu.

dan Sayang, aku dah tukarkan nama kau menjadi Terbuang.
jaga diri baik-baik ya,Si Layang-Layang.

tumblr sejenis cuka.

When A Monster Has A Notebook

tumblr aku yang paling-paling teruk -,- tak tahu guna,serius.yang tahu REBLOG REBLOG dan REBLOG, tapi, gambar-gambar sangat cantik :)
hari ini terjumpa gambar-gambar dari TUMBLR YANG PALING AKU SUKA LAWATI , nak reblog, tapi aku click kat gambar-gambar dia, muncul FLICKR ,aww,SANGAT CANTIK !

i heart her tumblr, Elmo De' Monster ,sebab CANTIK .

kesimpulannya di sini, manusia semua sukakan yang cantik, tapi bagi aku, pelik itu cantik :) termasuk TUMBLR =,='

Jan 11, 2011

kulit tengkorak.

satu hari nanti, masing-masing dah ada jalan hidup sendiri, sama ada nak terbang, berlari, berjalan atau biasa-biasa saja. dan, satu hari nanti juga, masing-masing akan lupa apa yang selalu dikatakan 'bersama'. waktu di sekolah, sama-sama ke kantin, sama-sama pergi latihan suka, sama-sama merentas desa, sama-sama buat peraturan sekolah sendiri, sama-sama duduk dalam kelas, sama-sama kena marah dengan cikgu, sama-sama buat janji,


"kita kawan baik sampai mati. aku tak kan biarkan kau sorang-sorang. kita akan sama-sama harungi segala haru-biru kat dunia ni"

sedangkan lembu pun boleh terlepas daripada tali,
inikan pula manusia yang bila-bila masa boleh memungkiri janji :')

________________________________________________


ramai kawan,tak sama dengan seorang sahabat.
ramai kawan,boleh menggandakan jumlah lawan.

dan,pernah sekali aku bersembang dengan seorang kawan,

Kawan : nanti,kalau kau jumpa aku di luar sana,tegur-tegurlah,walaupun aku tengah mengemis.

Aku : kenapa kau nak mengemis ?

Kawan : maksud aku, walaupun tak tinggi mana pekerjaan aku,walaupun hidup aku dah
sedaif-daif nya, makan pun ala kadar, tegur-tegurlah aku.

Aku : kenapa kau sendiri yang tak tegur?

Kawan : kau nak ke tegur orang macam aku nanti ?

Aku : kenapa kau perlu fikir kau akan menjadi orang paling jelik?

Kawan : aku tak suka bila kita cuma berkawan yang standard-standard tinggi, aku nak ingatkan
kawan aku sendiri, roda boleh berputar.laju atau perlahan. kita boleh berada di atas
kita juga boleh berada paling bawah. waktu itu,kita dipijak pijak.

Aku : aku selalu doakan kita semua mendapat yang terbaik dalam hidup.semua.

Kawan : bila dah dapat yang terbaik, kita kadang jadi lupa diri. aku takut :)

Aku : kalau macam tu, kita sama-sama janganlah pernah lupa,walaupun sekali pada Yang Maha
Mencipta.

Kawan : dan lagi satu, kalau aku mati , dan aku sebatang kara, boleh kau tolong kafankan?

Aku : aku risau, kalau-kalau Tuhan ambil nyawa aku dulu.

Kawan : . . . . . . . . . . . . . . . . .











Last



red;
may be the blood,may be the luck.
but sometime i think it is SUCK.

orange;
little monster may look different as it is in jocund,
or perhaps i want it to be in the loser mood.

yellow;
sounds good,and the happier moment i want it to be,
but people think you are dirty.

green;
full of peace,
but still i hate peas.

blue;
wont forget how long you have been up there,
but then you are in black,i cant still accept the fact.

indigo;
i dont even know you,not even the colour,
i wish i can split it on my paper,in accident or a second.

purple;
too dark to be mine,gloomy all day long,
people still love you,but i cant be one of the lover,
as i have to listen "it is a colour"

________________________________________

rainbow is not always clear,
not always here.
it appears then disappears.

it is an illusion
but still has a function;
people will smile and have no reason
no reason to wet by tears.

i have a colour,
only a colour.
but it has many layers,
i called it "silver lining"

every cloud has a silver lining



suka hati la nak post apa =,=

Jan 10, 2011

Perempuan vs Student ;p

Kisah budak-budak sekolah,yang sedang mem-bajet sudah matang,sedang mem-bangga sudah cantik, sedang meng-upgrade-kan kebajetan untuk menjadi hot. dan tak lupa juga budak-budak perempuan yang sedang nak men-dewasa-kan percakapan, meng-aplikasi-kan kematangan dalam setiap perbuatan,yang kadang-kadang boleh meng-huru-hara-kan keadaan yang sediakala sudah tenang.

cerita ni berlaku di kawasan-kawasan yang sudah di-label

"KAWASAN LARANGAN.PEREMPUAN TIDAK DIBENARKAN BERKELIARAN"

tapi,dah lumrah. makin di larang,makin dibuat.senang-senang,tak payah cakap apa-apa,tunggu akibat,habis cerita. :D

begini,
ada satu group,group yang boleh-lah di-kategori-kan sebagai group yang CANTIK. aww =.='

ahli-ahli group tersebut terdiri daripada beberapa orang perempuan,ya PEREMPUAN sahaja,lelaki tidak dibenarkan,melainkan mereka mempunya teman lelaki JAMBU.
*mereka memang ada,masing-masing ada,tapi si JAMBU-JAMBU berkenaan tidak berada di dalam group,kerana mereka parti bebas.

hendak dijadikan cerita, jambu-jambu tersebut merupakan pelajar dari sekolah yang HOT, eww =.='

jadinya,kesimpulan aku,perempuan-perempuan cantik itu famous gara-gara ber-pacar-an dengan pelajar sekolah tersebut. *memandai je aku buat kesimpulan -,-' (normal-normal)

aku yang dah biasa ketinggalan segala macam yang dah maju ke-depan,memang dah terbiasa rehat sorang-sorang kat kantin. duduk sorang-sorang kat meja yang boleh muat 6-8 orang budak,menyerlahkan lagi ke-lurus bendul-an aku. *bajet meja aku sorang.

bila- dah duduk sorang-sorang, ke-peka-an telinga terhadap sesuatu yang baru,atau sedang di-buat buat baru,makin memuncak hebatnya. segala macam perbualan,pergaduhan mahupun percintaan sesama jantina pernah hinggap di kuping telinga aku yang agak degil nak dengar nasihat orang.

dan,yang menariknya,bilamana aku TER-dengar salah seorang ahli tersebut berkata,
"aku sebenarnya pasang banyak.sorang budak sekolah tu,sorang lagi nun jauh kt ipoh."

*tak banyak pun,dua je,bukannya empat -.-'

SEKEJAP.SEBENARNYA AKU NAK CERITA CARA MEREKA MEM-PAMER-KAN KE-PEREMPUAN-AN MEREKA DI DEPAN AKU

baiklah,
begini.
sudah ditakdirkan aku ni tak ada lah macam perempuan lain, jauh panggang dari api. tapi tak apa, itu buat aku rasa gembira,sebab aku limited edition :D

sedang aku selalu terserempak dengan mereka berkumpulan atau mereka berseorangan atau berpasangan, selalu jugak lah mereka menyakat aku ,

"kau perempuan ke wey? tak nampak apa-apa pun.betul kau perempuan?" sambil gelak macam nak terkeluar anak tekak, *kalau tersembur kat aku,aku sembelih sorang hidup-hidup.

aku pun tengoklah mereka dengan pandangan yang tak bersalah,
"kalau aku bukan perempuan,mak ayah aku tak kan nak sekolahkan aku kat sini, mesti mereka terus sekolahkan aku kat sekolah balak korang,sure korang rebutkan aku,HEH"
dan aku terus berlalu pergi dengan meninggalkan plastik gula-gula dalam poket salah seorang daripada mereka.

dan terus-menerus aku menerima PUJIAN daripada mereka,
"cuba tengok dia,tak macam kita,macam manalah dia boleh hidup ehh,kesiann"
"tengok aku,terbaikk,pujaan jejaka malayaa"

*malaya koleja ke? HAHA! -,-'

puhh,bila di tusyen pula, dorang dress up mengalahkan datin kat area rumah aku. nasiblah dorang tak pakai rantai besar yang berat.HAHA :P

*tapi kan,kalau dorang tak buat macam tu,tak kutuk aku,tak mem-bajet dengan aku,aku tak kan sengih sorang-sorang.serius ! :)

paling aku tak tahan,bila mereka berada di sekolah jejaka mereka,control macho je semua,last-last tersadung kat batu, *waktu tu aku tak gelak,aku tolong kan? HAHA! *sorry -,-

entahlah, bila dah remaja,dan dah nak dewasa, macam-macam benda nak cuba,nak jadi,sampai lupa nak jadi diri sendiri, bila dengan kawan-kawan yang masing-masing naik kepala, (yang ni bahaya) sebab, kita tak akan pernah nak tunjuk siapa diri kita,masing-masing sembunyikan identiti diri, sampailah balik rumah, *tak penat ke?

tapi tak apa, itu cara sendiri nak cari warna dalam hari,nak mempelbagaikan warna dalam sehari,
*we can't buy happiness,STEAL it ;D

dan apa-apa pun,aku rindu nak dengar kutukan-kutukan yang melampaui batas daripada korang,rindu nak tengok anak mata korang bergerak dari atas sampai ke bawah bila tengok aku, rindu nak dengar perbalahan atau perbahasan korang mengenai jejaka idaman korang masing-masing. sangat rindu. :)

aku tahu persahabatan kita secara tak sengaja, sangat kebetulan, dan sangat menggelikan anak tekak aku.HAHA ;)

terima kasih untuk momen-momen yang korang sendiri tak perasan,itu satu hadiah untuk aku,
i appreciate those things,guys <3


Jan 9, 2011

time changes people,people change thoughts,thoughts change the rhythm of the day.


aku ada cerita,
tapi ini biasa-biasa saja.

orang fikir hidup aku cuma dengan dia,
orang kata fikiran aku merapu tak mengena
orang cakap bila dimarah,mulalah buat muka.
orang pesan,control lah mood kalau nak kawan sampai tua.

tentang hidup dengan dia,
aku bukan kenal dia semata,
kawan ramai,dia pun aku kadang lupa
jadi tak perlu nak kata,
"tak patut aku ambil dia"

fikiran aku memang macam gila,
bila serius,aku ketawa.
bila nak-kan someone,aku lari entah ke mana,
kononnya nak hilangkan stress,habuk pun tak ada.

orang marah,memang aku tak suka
tapi nak buat macam mana,aku teruk budaknya.
muka aku kadang nak buat selamba,
tapi masih kelihatan macam raksasa.

orang cari pasal,mood pun jadi celaka,
orang buat baik,mula-lah terkinja-kinja
selalu berubah,agak drastik caranya
harap-nya aku jumpa macam mana nak stay maintain macam orang biasa.

dalam masa yang sama,
aku bencikan satu perkara,
bila kita cuba nak baik-kan keadaan,
terus jadi huru hara.
bila kita nak cakap sesuatu yang menyakitkan,
orang menyampuk, "janganlah teruk sangat.jadi macam aku,selalu ingat kat Tuhan"

aku tak kisah orang nak tegur segala,
cuma masalahnya kat aku saja,
sama ada nak reject ataupun terima,
tapi jangan risau hey manusia
suara hati aku selalu terima apa yang baiknya,
cuma setan menghasut ajak masuk neraka.

untuk hari ni,permulaan yang biasa-biasa.
tak hidu lagi apa yang bahana,
harapnya baik-baik saja sampai ke malam tua,
nak maintain-kan keadaan tak sesenang yang korang jangka.
cuma yang perlu,berdoa kat Dia,
mohon supaya aku sentiasa dekat dengan-Nya,
kalau boleh biarlah sampai habis nyawa,
aku nak merasa berada di syurga milik-Nya.



*mak cakap,kalau tidur lepas subuh rezeki tak masuk,aku cuba nak terbeliakkan bijik mata,dah macam zombie aku rasa.mengantuk yang amatnya!


:)

Jan 8, 2011

bilamana tak ada sedikitpun rasa menerima :)

ada kawan aku,kawan aku yang tak percaya kan Tuhan.

katanya,
"aku tak percayakan Dia !
aku dah minta dan terus minta,
satu pun Dia tak kabul jadi nyata !"

apa kau tak puas ,kawan? apa?
apa yang Tuhan tak bagi selama kau bernyawa?
cuba cerita,
cuba cerita.

dia berkata dengan selamba,
"aku minta bagi aku bahagia !
tapi Dia hadiahkan aku dua orang tua,
yang selalu minta aku sujud pada-Nya!
mana bahagia? mana gembira?
aku tak nampak,ini derita !"

teruskan berkata,
laungkan semua.
cerita kau,teruskan saja.
aku di sini,menguping telinga.

lirikan matanya terus bersahaja,
"aku minta cinta sempurna!
yang aku dapat cuma cinta yang menghina!
diberi lelaki yang entah dari mana,
suruh di-sayang,tapi tak rasa!
suruh mem-belai, seperti aku perempuan gila!"

masih tak puas nak jeritkan celaka?
habiskan semua,semua yang menggila,
sampai kau rasa, "aku dah puas marahkan Dia!"

bibirnya digerak,nadanya sedang men-durjana
"aku suruh Dia berikan semua!
semua yang dipunya hamba-hambaNya.
yang aku genggam cuma bahana.
segalanya tak normal macam orang biasa."

sekarang kau pejamkan mata,
pinjamkan aku sedikit masa.

"kau tak sujud,bagaimana kau meminta?
kau cintakan dunia,bagaimana akhirat sana?
kau nak harta berjuta,mampu di-bawa masuk syurga?"

kawan,
Tuhan itu adil-seadil-adilnya.
kau minta bahagia,dia anugerahkan kau ibu bapa,
ibu bapa yang mahukan kau tenteram di akhirat sana.

Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk kau dan semua.
kau nak-kan cinta,diberikan kau seorang jejaka,
jejaka yang tak alpa-kan kau dari ingati-Nya.

Tuhan itu dah lengkapkan kita semua,
kau mahu segalanya, di-nikmatkan kau yang biasa-biasa,
biasa-biasa yang mahukan kau bersyukur apa adanya.

sekarang,bukakan mata.

"kenapa menangis?"

"aku hamba dia yang derhaka."

"Tuhan itu dah bukakan kau ruang,ruang semula.
kalau kau tak cerita,kau akan terus me-neraka."

"apa Dia sanggup terima taubat aku yang celaka?"

"Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang senantiasa.
percayakan Dia,itu kuncinya"


cuma nak ingatkan diri aku yang terkadang lupa pada Dia.


Jan 4, 2011

juniors,






"gila sombong,kerek.bajet bagus.!"

dah lumrah,bila ada pelajar yang anti-pengawas.pengawas yang macam aku.
tapi tak apa, kita sekolah di sekolah yang sama-sangat sama.
tapi sayangnya, 1 kelas tak suka-kan aku jaga kelas korang,dan,makin korang tak suka,makin sukalah tugas tu ditampal di papan kenyataan memaparkan aku DITUGASKAN di kelas korang.

mula-mula,rasa menyampah.sebab.budak yang sama buat kesalahan,orang yang sama mencarut kat aku, pelajar yang sama lawan mata dengan aku,perempuan yang sama cuba nak lawan aku,tapi semua tak ada effect.

pernah satu hari,lepas aku ronda kelas korang.suruh korang keluar macam biasa,
korang jalan belakang aku.satu group yang sangat menyampah dengan aku (sampai bila?)

"aku rasa kalau ada penukul sekarang,aku nak je hempuk kepala pengawas depan aku ni"
"tak apa weyh,bilik KH ada penukul,nak aku ambikkan?"
"menyampah aku tengok dia"
"bla laa weyh.bajet"

satu group cakap macam tu belakang aku,satu group dan aku sorang.
mungkin kalau sampai ajal,aku mungkin dah MATI kat situ,mati kena BELASAH.
tapi Tuhan selalu ada,sentiasa ada.
cakap lah berbuih-buih mulut korang dengan perkataan-perkataan yang macam sangat TINGGI standard nya, cakap lah.

prinsip aku cuma satu,
"aku tugas kerana Allah.buat apa nak takut kat budak-budak hingusan macam korang.setakat cakap lebih nak buat apa? setakat nak tunjuk HERO depan member-member apa guna? setakat nak MENG-UPGRADE kan mutu bahasa tandas korang tu nak buat apa?"

dan,
ada beberapa rakan pengawas yang dah inform kat aku awal-awal,
"kak lina,semua budak kelas ni benci gila kat kak lina,jaga-jagalah"

dan,lepas dia cakap,
aku usha budak-budak kelas yang aku jaga,
masing-masing tengok aku (dengan penuh rasa nak cekik) dan pandang depan,

kenapa tak usha aku sampai perhimpunan dah habis?

jaga kelas korang,aku tak penat.aku tak takut,dan aku sikit pun tak rasa "i should leave this class"

tak,
sebab.S/U bagi aku rangsangan, "tak kan nak mengalah? kau tak akan ,kan?"
*terimakasih sue :)

Penolong Pengawas II pernah sembang dengan aku,
"kak lina,sorry.sebab buat asyik tugaskan kak lina kat kelas dorang.serius,kak lina sorang je boleh handle dorang"

*kalau itu satu semangat,aku dah memang selalu bersemangat.

aku tulis ini sebab aku rindu nak tengok ragam korang,rindu nak dengar perkataan-perkataan BARU yang korang lontarkan kat aku tiap-tiap pagi perhimpunan.RINDU :)

dan,
lagi satu hal.
kalau dah jadi pengawas.kena berani kan?
tapi
aku menggigil bila tahu aku ditugaskan di BLOK A
pfftt. !

BLOK A - blok yang paling menggerunkan aku,sangat.

*tak tahu macam mana nak terangkan dengan lebih terperinci dalam blog ini,sebab susah.

apa yang perlu diketahui,
di situ ada tangga menuju ke menara,
ada digantung gambar-gambar zaman berapa puluh-an,gambar-gambar pengetua dahulu hingga kini,
dan
yassin (ini rasa aman sikit)

dah-dah.
aku rindu sekolah.
sangat.


"heshh,ESAH lainn" ;)



disebabkan kau tak nak nama kau dipaparkan,jadi aku letak gambar kau, *saya curi kat blog awak.HAHA ;D
dia suruh saya buang gambar =,=


aku tak tahu nak cakap mimpi atau tak,
sebab hakikatnya TAK =,=
kalau aku mimpi,sure aku tak kan ingat,sebab aku jenis malas nak ingat mimpi yang tak ada kaitan,melainkan aku mimpi tentang rumah pokok,laut atau segala benda yang sangat abstrak yang aku sendiri tak tahu nak olah,sebab mimpi aku bukan mimpi budak normal.

petang-petang macam ni agak sayu dan kuyu,
hujan tak,mendung tak,matahari tegak je atas bumbung rumah.
tengah khusyuk flashback balik tentang memoir-memoir 2010, *agak banjir la dalam mata aku,
tiba-tiba,
shin chan menyalak,menjerit,phone aku berbunyi,
dan,
dia call,
agak BERBUNGA. *wink wink

dan,kami bersembang.
soalan pertama dia,
"tengah buat apa? menangis eh?"

=,='

kenapa dalam banyak banyak perbuatan,kau teka menangis.
kenapa dalam banyak banyak jawapan yang salah,kau jawab yang betul?

tak apa,
sixth sense kau selalu betul, =,=

tengah sembang-sembang,ketawa ketawa,
tiba-tiba dia cakap pasal something yang buat aku GERAM.
agak GERAM padahal benda nya tak ada lah sangat.

entah macam mana,aku teringat,dan aku cakap,
"hesh,esah lainnn!"
*skrip halimah jongang.

brr.dia marah.HAHAHA!
jangan ingat saya lupa yaa ;DD

*senjata rahsia nak buat dia geram balik, ;p

dah lama gila tak dengar kau ketawa&kutuk aku habis-habisan,
dan dah lama juga aku tak buat kau bengang,
*siapa suruh kutuk saya kann? ;)

agak kelakar&sangat sangat kelakar,
bilamana kau cakap,
"hah! yelah! semua salah saya! kalau ada si tqa,si shaika ,semua salahkan saya!"
dan, dalam masa kau nak marah,terus tak jadi,HAHA!

dan,
boleh pulak kau salahkan soalan aku -,-'

nada soalan aku tak ada lah nada mara
"can you explain?" macam tu je soalannya,tak ada lah nada marah.

dan kau cakap
"so,salah PENADA lah ni?"

ya lah tu! :D

btw,
sebenarnya kau dah bagi AMARAN KERAS supaya jangan POST apa-apa pasal kau dalam blog,
tapi macam aku cakap,
aku degil,YOU KNOW ME right? ;)

*macam yang kau cakap,jangan nak beputitis-puitis kalau nak post,jangan nak ber-awan-awan,langit ke bintang ke,

dan,
hasilnya,tak ada kan aku berpuisi dalam ni? :D

dan dan,
terima kasih sebab hari ini kau sangat semangat bila call aku
i appreciate that ;)

awak cakap saya kecil,tak apa,tak apa.
budak yang awak cakap kecil ni tak takut LIPAS TERBANG ,tahuu? *wink wink

Jan 2, 2011

yes you are :)


He is not a tourism guide,
but he stills shows me the right way how to walk&run
without cares people talking behind.

He is not a professor,
but he stills teaches me the good manner,
without let people see me with free hair,un-dressed.

He is not an engineer,
but he gives me the best machine,
"follow the rule,you will never be wrong"

He is not a doctor,
but he keeps on asking me
"have you eaten? have you tidy your room? have you washed the dishes? have you studied today?"

He is not a lecturer,
but he gives me too much notes
too much reminders,
"if i see you hang out with boys,i will just let you stay at home.no more friends"

He is not a CEO,
but he demands me,gives me money,gives me a place to stay,
and keeps on saying
"i demand you to do all the works,why dont you do those things?"

He is not a Prime Minister,
but he lets me free from war,
lets me study in a great school,
even he doesnt not have much time to be together with me.

for the first time,
he hugs me in a hall when the motivator asked my friends and I to find our parents
and made promises to them,
i came to him and i guessed "would he hug me?"
and
yes he did :')

His salary is not too much,
his occupation is just a teacher,
and because of these,
he is the great father i ever had.

*even sometime i do hate him. im sorry daddy.

Jan 1, 2011

tak ada tajuk,tak bermakna aku tak akan post.

nak cakap tentang cinta, aku sendiri pun tak reti nak menafsir apa cinta,siapa cinta,di mana cinta,untuk apa cinta,mengapa cinta,bagaimana cinta,bila cinta,cantik kah cinta,buruk kah cinta,atau mutasi kah cinta.


aku tak tahu.


mungkin atas dasar aku dah menjadi pembenci cinta,pemberi cinta,pengemis cinta atau penunggu cinta.

atau juga,

kerana

aku bukan di-cinta,aku tak di-minta untuk di-cinta,aku tak diberi peluang untuk di-cinta.

atau,mungkin juga kerana

aku terjumpa sesuatu yang mengerikan,atau yang dasyat dalam cinta.


aku masih tak tahu.


atau,

aku rasa aku tak perlu memahami segalanya tentang cinta,

aku rasa aku cuma menjadi pemerhati cinta,

pencetus cinta atau barangkali

penamat cinta.


aku sendiri jadi confuse.


kenapa nak pertikaikan aku yang tak tahu sesuatu,atau seseorang bernama cinta?

cinta itu orang atau barang?

cinta itu mimpi atau realiti?

cinta itu sejenis makanan ?


kalau tanya dia,dia jawab,

"cinta itu orang kalau si pemilik merasakan dia harus hidup"

"cinta itu barang kalau si pemilik merasakan dia harus dijual&dibeli"

"cinta itu mimpi kalau si pemilik merasakan dia harus menjadi indah"

"cinta itu realiti kalau si pemilik merasakan dia harus ditunjukkan"

"cinta itu sejenis makanan kalau si pemilik merasakan dia harus menjadi pemuas nafsu"


kerana jawapan dia,

aku tak rasa cinta itu apa-apa,mahupun sesiapa.


bukan kerana aku sedang/sudah putus cinta,

bukan juga kerana aku mahu menghapus kepercayaan orang tentang cinta,

tapi,

cinta tak salah apa-apa.

pengguna yang menjadi punca,

punca mengapa cinta kadang di-anggap ruang untuk bernafas,atau mati.


alasan orang sangat rapuh;

"kenapa bunuh diri?"

"sebab dia putus cinta."


"kenapa dia potong nadi?"

"sebab dia putus cinta"


"kenapa dia buang bayi?"

"sebab dia bercinta"


"kenapa dia kata asyik nak mati?"

"sebab dia penat bercinta"


kenapa si pelaku tak jawab,

"sebab dia tak hargai apa yang Tuhan bagi."

"sebab dia tak pernah minta kat Tuhan untuk berikan dia cinta-Nya,cuma asyik menagih cinta manusia"


mungkin dia tak jawab macam itu sebab

dia lupa,dia lupa dari mana datangnya cinta,

kalau dia cakap dari nafsu, aku tak tahu nak kata apa.

kalau dia cakap dari Tuhan,aku rasa dia tak kan buat kerja yang sangat memalukan.


aku menulis,untuk ingatan diri aku sendiri,sebab aku selalu lupa&alpa.

aku selalu lupa aku masih ada peluang untuk rebut cinta Dia,

aku selalu alpa,alpa bilamana aku dah dapat cinta dari manusia,aku lupa nak cakap syukur atau sekurang-kurangnya aku berdoa untuk suburkan cinta aku pada Dia, aku tak buat.


kau merana,dia bahagia.kau merasa,dia ketawa.masing-masing tak kenal siapa sebenarnya mereka.

Tuhan dah tunjukkan aku
sebuah pentas lakonannya;
Si Orang dan Si Durjana.

yang Si Durjana
dianugerah segala macam nikmat-Nya
bersama wangian harta tak terkira
tak lupa boneka yang mengelilinginya.

muncul Si Orang yang dirinya
sempurna buat yang lemahnya
cukup semua di kiri kanan dosa dan bebannya
dihias pula berlian buatan mata sayunya.

sedang asyik sama-sama rapatkan rasa
sedang leka dibuai belaian manja
dengan emas yang menyaluti janji keduanya
berkilauan dek panahan cinta,
yang mana;
kedua-duanya terlupa
soal pentas yang memapar
pelbagai celaka di sisi
sorakan penonton aib-kan konklusi
penamat berakhir tinggallah Si Benci.