Jan 20, 2011

adrenaline.

kita duduk se-kereta,kau drive selaju-laju yang terdaya,dan pernah kau berasa asing di tempat yang seharusnya kau terbiasa?

berasa menggeletar,tahap nervous yang melampau,diikuti heart-beat yang membuas,dan secara serentak,kau menjadi pucat.

segala sistem yang dah dirancang untuk bertindak,mati.

dan,pernah kau berasa seperti seekor makhluk asing yang mendadak melihat dunia?

nahh,terima kasih untuk kejutan.

simpan dalam-dalam,tanam jangan ada lubang,kambus biar tak dipandang.dan,hey kawan.kita se-sekolah,se-kantin,se-perhimpunan,se-rumah sukan.berhenti memandu,turunkan aku di sini. aku sesak dengan kau.aku mahu pulang,jumpa ibu dan ayah.kau boleh berambus.