Jan 8, 2011

bilamana tak ada sedikitpun rasa menerima :)

ada kawan aku,kawan aku yang tak percaya kan Tuhan.

katanya,
"aku tak percayakan Dia !
aku dah minta dan terus minta,
satu pun Dia tak kabul jadi nyata !"

apa kau tak puas ,kawan? apa?
apa yang Tuhan tak bagi selama kau bernyawa?
cuba cerita,
cuba cerita.

dia berkata dengan selamba,
"aku minta bagi aku bahagia !
tapi Dia hadiahkan aku dua orang tua,
yang selalu minta aku sujud pada-Nya!
mana bahagia? mana gembira?
aku tak nampak,ini derita !"

teruskan berkata,
laungkan semua.
cerita kau,teruskan saja.
aku di sini,menguping telinga.

lirikan matanya terus bersahaja,
"aku minta cinta sempurna!
yang aku dapat cuma cinta yang menghina!
diberi lelaki yang entah dari mana,
suruh di-sayang,tapi tak rasa!
suruh mem-belai, seperti aku perempuan gila!"

masih tak puas nak jeritkan celaka?
habiskan semua,semua yang menggila,
sampai kau rasa, "aku dah puas marahkan Dia!"

bibirnya digerak,nadanya sedang men-durjana
"aku suruh Dia berikan semua!
semua yang dipunya hamba-hambaNya.
yang aku genggam cuma bahana.
segalanya tak normal macam orang biasa."

sekarang kau pejamkan mata,
pinjamkan aku sedikit masa.

"kau tak sujud,bagaimana kau meminta?
kau cintakan dunia,bagaimana akhirat sana?
kau nak harta berjuta,mampu di-bawa masuk syurga?"

kawan,
Tuhan itu adil-seadil-adilnya.
kau minta bahagia,dia anugerahkan kau ibu bapa,
ibu bapa yang mahukan kau tenteram di akhirat sana.

Tuhan itu tahu apa yang terbaik untuk kau dan semua.
kau nak-kan cinta,diberikan kau seorang jejaka,
jejaka yang tak alpa-kan kau dari ingati-Nya.

Tuhan itu dah lengkapkan kita semua,
kau mahu segalanya, di-nikmatkan kau yang biasa-biasa,
biasa-biasa yang mahukan kau bersyukur apa adanya.

sekarang,bukakan mata.

"kenapa menangis?"

"aku hamba dia yang derhaka."

"Tuhan itu dah bukakan kau ruang,ruang semula.
kalau kau tak cerita,kau akan terus me-neraka."

"apa Dia sanggup terima taubat aku yang celaka?"

"Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang senantiasa.
percayakan Dia,itu kuncinya"


cuma nak ingatkan diri aku yang terkadang lupa pada Dia.