Jan 27, 2011

Hingus meleleh

entah tak tahu kenapa,tiba-tiba teringatkan kau;

kita selalu lepak kedai mamak sama-sama,
"hey machaa! roti canai 3,teh 'o' ais 2 !" --kau tak pernah biar aku habiskan sekeping roti canai,sebab kau kata nanti aku gemuk,padahal kau tengah lapar. =,='

waktu petang-petang,kita jarang duduk rumah.kau selalu jerit dari bawah,dan kepala aku terpacul kat tepi tingkap,
"weii,keluar jom! bosan!"
dan, dengan tergesa-gesanya,sampaikan kadang-kadang lupa nak solat Asar,sebab baru terjaga dari tidur,aku keluar ke rumah dan kadang-kadang selipar yang aku pakai sebelah lain,sebelah lain.hasilnya,kau ketawakan aku terbahak-bahak,sampaikan kau jerit kat semua orang yang kau kena kejar dengan orang gila,padahal kau lari sebab takut kena baling kasut dengan aku.

bila kita keluar sama-sama,ke padang,kita tak main bola sepak;kita tak join sekali dengan kawan-kawan sekolah kita; tapi kau ajar aku panjat pokok dan baling buah rambutan kat orang yang lalu lalang. hinggakan Tok Ketua kampung nak buang kita dua-dua ke-luar dari kampung,tapi macam mana dia nak buang sedangkan kau anak dia.

pernah juga kita lari dari rumah sama-sama,sebab kononnya nak mogok tak dapat keluar ke pekan dengan kawan-kawan;
kau cuma bawa 3 ketul kuih yang kau ambil dari rumah sebelah,dan aku tak bawa apa-apa,melainkan beg sandang aku yang dalam nya cuma ada barang-barang melukis;yang tak boleh dimakan,dilahap atau dijadikan ikan bakar.

kita tak lari jauh-jauh,kita cuma lari kat nun,atas pokok.panjat dan duduk atas dahan yang agak dah berumur,tapi mampu menampung kita berdua yang berat macam dinosaur.

"nanti,kalau dah besar,kau jangan lupakan aku,sebab aku tak nak kau lupakan aku," kau bercakap sambil ketawa memandang bulan yang cuma separa.

"HAHA! buat apa aku nak ingat kat kau? kau ajar aku bukan-bukan,tapi jangan risau,aku tak kan lupa nama panjang kau apa," aku menjawab tanpa rasa-bersalah.

"kau nak tahu sesuatu tak?," dia memulakan dialognya sambil mengajak aku turun dari atas pokok dan duduk di bawah.bawah pokok yang merimbun.

aku capai tangannya, "kalau aku cakap aku tak nak tahu pun,kau akan bagitahu jugak,dan aku tak tahu sebab apa,"

aku dan dia bersandar di batang pokok,sebelah-menyebelah,

"bak sini buku lukisan kau,dan pensil",dia meminta,dan tanpa aku bagi izin,dia menyelongkar beg sandang aku.

"kau nak buat apa?"

"shh,diam."dia memotong percakapan aku.
dan,dia menunjukkan lukisan ini kepada aku,sambil sengih-sengih,
"nah,dah siap."

"ini ke yang kau nak aku tahu? dan,ini apa?," aku memandang tepat ke arah lukisan yang agak kaku,tak bergerak.

"semalam aku mimpi.dalam mimpi tu,ada sorang perempuan,tapi yang aku tahu,perempuan tu macam orang bisu,dia tak cakap apa-apa pun dalam mimpi aku," dia bercerita dengan penuh semangat,sambil menggigit sedikit demi sedikit kuih yang dibawanya,tanpa mempelawa aku.

aku slow-slow dan mencuba untuk mengambil kuih yang ada di sebelahnya,tapi dia cepat detect,lantas tangan aku diketuk dengan buku limanya yang agak besar daripada aku,

"oii dengar lah,aku nak cerita! siapa suruh kau tak bawak makanan!," dia menjerit dan tersembur-sembur ke muka aku.aku mengomel sendiri, "kedekut"

dan,tanpa rasa sikitpun simpati ke atas aku,dia bersambung cerita tentang mimpinya,
"kau nak tahu tak? perempuan yang aku mimpikan tu,ada iras-iras muka kau,senyuman dia pun macam kau,dan yang aku tak boleh lupa,dia comot.comot macam kau!",sambil mengetuk dahi aku.

"nahh,bukak mulut,aku suapkan," dia mempelawa aku makan kuihnya,yang dah separuh dimakan oleh dia.

"aku nak yang baru laa!," belum sempat aku habiskan jeritan aku,dia menutup mulut aku,dan menyuruh aku diam,dan buka mulut.

aku renung mata dia,dan dia menyuapkan kuih itu kepada aku,
"lain kali,kalau orang nak suap,jangan banyak cakap.nanti kau dah besar,tak ada siapa-siapa yang suap kau,rugii," nadanya nampak sayu,tapi senyuman dia tak pernah layu.

"sedap?,"

"tak!,"

"atau kau nak rasa lagi?,"

"tak nak!,"

"suka hati kau lah,kau tak nak,aku habiskan,lalalalala,~"

dalam hati,aku rasa nak tempeleng kepala dia,tapi.,sampai bila aku nak berkasar dengan orang yang aku suka?ahhh,dia bukannya tahu pun aku sukakan dia,

"hah! alang-alang kau tengah merajuk,aku nak sambung balik pasal lukisan ini,terbengkalai aku rasa cerita yang aku ceritakan kat kau," masih tanpa rasa apa-apa dia bersahaja bercakap.

malam makin lama,makin gelap,dan bulan makin lama,dah makin menerang,bintang-bintang aku tak nampak,satu pun tak ada,yang ada cahaya kelip-kelip.

dia mungkin tersedar yang aku sedang mengelamun,dan dia tutup mata aku dari belakang,dan tangan aku meng-hempuk kepalanya tanpa was-was.

"aduhh ! weyy sakit laaa!," dia menjerit,dan menyambung,
"sekejap,aku nak surprise kat kau,kejap eh,pejam mata kau,"

aku pejamkan mata,dan berharap dia akan menangkap kunang-kunang,tapi,,,

"dahh,buka cepat!,"

mana kunang-kunang?

"rantai ni kau simpan baik-baik.dah lama sebenarnya aku nak bagi,tapi selalu tak ada masa," dia senyum dan ,setelah selesai dia memakaikannya ke leher aku,

"lain kali,kalau aku ajak kau lari dari rumah,kau jangan lupa bawak makanan tahu?!!," dia menjelir lidah ke arah aku.

sampai saat ini,aku masih belum ada peluang untuk memberitahu yang aku sukakan kau,sejak kali pertama kau senyum kat aku,waktu aku mula-mula pindah ke kampung ini.dan sekarang,aku masih tak tahu kau di mana,tengah buat apa,dan adakah kau masih memakai baju yang sama? baju t-shirt berwarna merah,dan seluar tiga suku.

ayat kau yang aku tak boleh lupa,dan tak kan aku lupa,
"perempuan dalam mimpi itu sebenarnya kau,dan simpan lukisan ini baik-baik.kita mungkin berlainan darjat,kedudukan atau keturunan,tapi perasaan aku tak membezakan semuanya,kerana kau tetap perempuan comot yang sama,yang aku suka,"

awak,kat mana sekarang? harap awak membaca,dan saya terlalu merindui awak,