Jan 4, 2011

juniors,






"gila sombong,kerek.bajet bagus.!"

dah lumrah,bila ada pelajar yang anti-pengawas.pengawas yang macam aku.
tapi tak apa, kita sekolah di sekolah yang sama-sangat sama.
tapi sayangnya, 1 kelas tak suka-kan aku jaga kelas korang,dan,makin korang tak suka,makin sukalah tugas tu ditampal di papan kenyataan memaparkan aku DITUGASKAN di kelas korang.

mula-mula,rasa menyampah.sebab.budak yang sama buat kesalahan,orang yang sama mencarut kat aku, pelajar yang sama lawan mata dengan aku,perempuan yang sama cuba nak lawan aku,tapi semua tak ada effect.

pernah satu hari,lepas aku ronda kelas korang.suruh korang keluar macam biasa,
korang jalan belakang aku.satu group yang sangat menyampah dengan aku (sampai bila?)

"aku rasa kalau ada penukul sekarang,aku nak je hempuk kepala pengawas depan aku ni"
"tak apa weyh,bilik KH ada penukul,nak aku ambikkan?"
"menyampah aku tengok dia"
"bla laa weyh.bajet"

satu group cakap macam tu belakang aku,satu group dan aku sorang.
mungkin kalau sampai ajal,aku mungkin dah MATI kat situ,mati kena BELASAH.
tapi Tuhan selalu ada,sentiasa ada.
cakap lah berbuih-buih mulut korang dengan perkataan-perkataan yang macam sangat TINGGI standard nya, cakap lah.

prinsip aku cuma satu,
"aku tugas kerana Allah.buat apa nak takut kat budak-budak hingusan macam korang.setakat cakap lebih nak buat apa? setakat nak tunjuk HERO depan member-member apa guna? setakat nak MENG-UPGRADE kan mutu bahasa tandas korang tu nak buat apa?"

dan,
ada beberapa rakan pengawas yang dah inform kat aku awal-awal,
"kak lina,semua budak kelas ni benci gila kat kak lina,jaga-jagalah"

dan,lepas dia cakap,
aku usha budak-budak kelas yang aku jaga,
masing-masing tengok aku (dengan penuh rasa nak cekik) dan pandang depan,

kenapa tak usha aku sampai perhimpunan dah habis?

jaga kelas korang,aku tak penat.aku tak takut,dan aku sikit pun tak rasa "i should leave this class"

tak,
sebab.S/U bagi aku rangsangan, "tak kan nak mengalah? kau tak akan ,kan?"
*terimakasih sue :)

Penolong Pengawas II pernah sembang dengan aku,
"kak lina,sorry.sebab buat asyik tugaskan kak lina kat kelas dorang.serius,kak lina sorang je boleh handle dorang"

*kalau itu satu semangat,aku dah memang selalu bersemangat.

aku tulis ini sebab aku rindu nak tengok ragam korang,rindu nak dengar perkataan-perkataan BARU yang korang lontarkan kat aku tiap-tiap pagi perhimpunan.RINDU :)

dan,
lagi satu hal.
kalau dah jadi pengawas.kena berani kan?
tapi
aku menggigil bila tahu aku ditugaskan di BLOK A
pfftt. !

BLOK A - blok yang paling menggerunkan aku,sangat.

*tak tahu macam mana nak terangkan dengan lebih terperinci dalam blog ini,sebab susah.

apa yang perlu diketahui,
di situ ada tangga menuju ke menara,
ada digantung gambar-gambar zaman berapa puluh-an,gambar-gambar pengetua dahulu hingga kini,
dan
yassin (ini rasa aman sikit)

dah-dah.
aku rindu sekolah.
sangat.