Jan 1, 2011

kau merana,dia bahagia.kau merasa,dia ketawa.masing-masing tak kenal siapa sebenarnya mereka.

Tuhan dah tunjukkan aku
sebuah pentas lakonannya;
Si Orang dan Si Durjana.

yang Si Durjana
dianugerah segala macam nikmat-Nya
bersama wangian harta tak terkira
tak lupa boneka yang mengelilinginya.

muncul Si Orang yang dirinya
sempurna buat yang lemahnya
cukup semua di kiri kanan dosa dan bebannya
dihias pula berlian buatan mata sayunya.

sedang asyik sama-sama rapatkan rasa
sedang leka dibuai belaian manja
dengan emas yang menyaluti janji keduanya
berkilauan dek panahan cinta,
yang mana;
kedua-duanya terlupa
soal pentas yang memapar
pelbagai celaka di sisi
sorakan penonton aib-kan konklusi
penamat berakhir tinggallah Si Benci.