Jan 11, 2011

kulit tengkorak.

satu hari nanti, masing-masing dah ada jalan hidup sendiri, sama ada nak terbang, berlari, berjalan atau biasa-biasa saja. dan, satu hari nanti juga, masing-masing akan lupa apa yang selalu dikatakan 'bersama'. waktu di sekolah, sama-sama ke kantin, sama-sama pergi latihan suka, sama-sama merentas desa, sama-sama buat peraturan sekolah sendiri, sama-sama duduk dalam kelas, sama-sama kena marah dengan cikgu, sama-sama buat janji,


"kita kawan baik sampai mati. aku tak kan biarkan kau sorang-sorang. kita akan sama-sama harungi segala haru-biru kat dunia ni"

sedangkan lembu pun boleh terlepas daripada tali,
inikan pula manusia yang bila-bila masa boleh memungkiri janji :')

________________________________________________


ramai kawan,tak sama dengan seorang sahabat.
ramai kawan,boleh menggandakan jumlah lawan.

dan,pernah sekali aku bersembang dengan seorang kawan,

Kawan : nanti,kalau kau jumpa aku di luar sana,tegur-tegurlah,walaupun aku tengah mengemis.

Aku : kenapa kau nak mengemis ?

Kawan : maksud aku, walaupun tak tinggi mana pekerjaan aku,walaupun hidup aku dah
sedaif-daif nya, makan pun ala kadar, tegur-tegurlah aku.

Aku : kenapa kau sendiri yang tak tegur?

Kawan : kau nak ke tegur orang macam aku nanti ?

Aku : kenapa kau perlu fikir kau akan menjadi orang paling jelik?

Kawan : aku tak suka bila kita cuma berkawan yang standard-standard tinggi, aku nak ingatkan
kawan aku sendiri, roda boleh berputar.laju atau perlahan. kita boleh berada di atas
kita juga boleh berada paling bawah. waktu itu,kita dipijak pijak.

Aku : aku selalu doakan kita semua mendapat yang terbaik dalam hidup.semua.

Kawan : bila dah dapat yang terbaik, kita kadang jadi lupa diri. aku takut :)

Aku : kalau macam tu, kita sama-sama janganlah pernah lupa,walaupun sekali pada Yang Maha
Mencipta.

Kawan : dan lagi satu, kalau aku mati , dan aku sebatang kara, boleh kau tolong kafankan?

Aku : aku risau, kalau-kalau Tuhan ambil nyawa aku dulu.

Kawan : . . . . . . . . . . . . . . . . .