Jan 20, 2011

Muntahkan Lagi.



"perempuan? masih ingat kat aku?"

"masih,mungkin. kau siapa?"

"aku orang yang pinjam segala macam daripada kau,aku pinjam suara kau,ketawa kau,senyuman kau,hati kau dan hidup kau."

"oh kau rupanya", sambil mengesat hingus di lengan baju,dan duduk di bangku yang terletak bertentangan dengan sungai,yang airnya dah tercemar dengan segala asap yang celaka daripada kilang di sebelah rumah Tok Wan.

"kau apa khabar ? lama tak nampak,hidup macam mana?",nada yang tak ada rasa bersalah,sedaya-upaya melabuhkan punggungnya di sebelah aku,di bangku kayu,yang dah nak mereput.

memandang ke langit yang sejuk-suam,mengharapkan akan ada bisik-bisik dari hujan,dan mengeluh,
"aku baik-baik saja.selalu baik-baik saja.tak pernah ada malapetaka,tak pernah pun rasa sengsara,semuanya indah-indah. hidup aku? sedang melangkah ke level yang lagi satu,tanpa perlu ada orang teriak-teriak soal kematangan,kedewasaan atau keghairahan"

kedengaran burung-burung kecil yang ber-paruh berwarna kuning,biru dan oren,menyanyi-nyanyi,di-sahut pula dengan suara garau dari enjin motokar dari rumah sebelah,memuntahkan kepulan asap pekat,likat dan lagi sekali,menjatuhkan maruah seorang manusia yang seharusnya memelihara bumi,bukan merosak-kan apa adanya.

"kau pula bagaimana? seronok hidup berlandaskan apa yang aku ada?",aku ajukan pula soalan kepada dia,yang dah senyap-diam dari tadi,seolah-olah Si Bisu yang cuma menggunakan mata,melilau-lilau,barangkali cuba menyesuaikan diri,dengan aku yang dah lama tunggu dia,sejak dulu lagi.

anak matanya terus berlari ke arah bibir aku yang merekah.merekah kerana kekurangan air,yang suhu bumi entah darjah celcius yang ke-berapa tingginya.

"seronok,seronok sangat.orang-orang semua sukakan hidup aku.ada yang berkata,mahu hidup seperti aku,yang meredah segala macam masalah,menghentam apa yang membeban di depan,menghentak apa yang perlu disangkal tanpa sedikitpun rasa menyesal,tapi puas".

gaya-nya menyampaikan cerita,seolah-olah sangat bahagia,sangat gembira,sehingga dia lupa,itu hidup siapa.itu kisah hidup siapa.itu siapa.

lalu aku mengemas-kini-kan rambut aku,yang ditutup rapi dan kemas oleh topi pemberian jiran belakang rumah aku,dengan alasan,ciri aku yang langsung tiada keperempuanan-nya,sambil meletakkan sedikit pujian,--kau kacak,teruskan begini.

"nampaknya,kau sangat sempurna dengan hidup kau,sampai sekarang ya?",aku menyambut jawapannya dengan soalan yang aku mahukan kepastian,bukan penindasan.

"sangat sempurna,tapi itu sementara.sementara sehinggalah mereka tahu,hidup aku cuma sekadar pura-pura,cuma sekadar orang kaya yang miskin ketawa,cuma sekadar anak Dato' yang senyum-nya tak punya maruah,cuma sekadar mempunyai kawan-kawan yang mengenakan t-shirt berjenama Roxy yang hanya meninggalkan kesan tapak kasut Bata", diterangnya dengan menghadiahkan aku linangan air mata,yang barangkali ini dah makin kering,tapi di-cuba keluarkan juga. (mungkin ini petanda dia sedih,atau terharu,mungkin celaru)

dan,
sepertinya langit yang sedang-sedang dalam mood yang meremang,menghadirkan rintik-rintik hujan (barangkali sebagai peneman,biar air mata dia tak kelihatan oleh aku yang kadang sikit pun tak punya perasaan pada orang yang sedemikian)

aku membetulkan topi usang aku,sambil menggenggam tangannya,dan terus memanjat tangga di pokok yang cuma tak jauh dari bangku tua tadi,tak jauh.

"nah orang kaya,harap kau tak demam hanya kerana hujan yang dah menghancurkan make-up kau tadi.harap kau selesa atas rumah pokok ini," dengan selamba aku melemparkannya tuala kecil sambil memerhatikan tiap-tiap titis hujan yang berlumba-lumba untuk sampai ke tanah.

"terima kasih,aku harap aku seperti kau,yang dah kebal."

kebal kerana terbiasa,itu sesuatu yang indah dari Dia,sangat indah.dan,aku tersenyum sendiri sambil melihat telatah anak-anak Pak Seman,yang bermain di lopak air,mengotorkan baju dan ketawa.

"dah kering baju kau? baju baru kan?",aku mencelah dalam rinti-kan hujan yang makin melebat ,sambil memandang ke arah dia,yang bersila,memerah tuala.

"biarlah basah.ya,baju baru.abang aku belikan semalam,dia baru pulang dari Paris," dengan nada yang sangat perlahan,dan aku rasa mungkin kalau dia mahu bercakap lagi,akan aku bikin speaker,biar aku dengar dengan lancar.

oh Paris,cantiknya nama Paris. kekasih dia?,terdetik dalam hati aku untuk bertanya,tapi seperti orang bodoh kalau aku suarakannya,kerna mungkin orang seperti dia kenal Paris itu sebuah tempat,bukan orang,bukan perempuan,dan bukan lelaki.

"nanti kalau kau rasa nak balik,kau cakaplah.ada payung,dan baju hujan.semua aku dah siapkan,untuk kau."

"tak penat ke jadi bodyguard saya?",
secara serentak berderau aku rasa,seperti aku sedang menunggu hukuman digantung sampai mati.

"jadi apa pun aku tak kisah,asal orang yang aku jaga,orang yang aku suka,baik-baik saja", jawapan yang aku keluarkan seperti dah mencabut kejantanan aku,sedangkan aku cuma perempuan.

"kalau ayah saya tahu awak perempuan,mesti dia tak-kan upah awak untuk jaga anak lelaki dia satu-satunya,mana ada perempuan melindungi lelaki", dan,menghampiri aku,yang dah duduk tersadai di dahan pokok,menikmati suara-suara hujan,bau hujan,dan sentuhan hujan.
dan,duduk membelakangkan aku,bersandar di belakang aku.

"dan,mungkin kalau ayah saya tahu yang selama ini awak terima tugas menjaga saya semata-mata kerna sukakan saya,awak akan dipecat,"

"kalau tak ada perempuan yang melindungi lelaki,ibu awak tak pernah dan tak boleh melindungi awak sejak awak lahir? siapa yang kandung awak 9 bulan? dari sekecil-kecil daging,dijaga sampai terbentuk jadi manusia,siapa? ayah awak?",
sambil menutup mata aku,membayangkan aruah Nek Wan,yang kematian semata-mata melindungi cucu-nya dari terhempap batu besar,dari tempat pembinaan. terima kasih Nek.

"sampai bila awak nak bersembunyi? awak mungkin boleh hidup dengan kehidupan awak,yang memang saya dah pinjam,dan hilang.itu hidup awak,yang dah menghidupkan hati awak,jiwa awak.perasaan awak bagaimana? sampai bila?"

hujan makin lama,makin lebat.Tuhan seperti nak mengurung aku dan dia,di sini,seperti mahu aku langsaikan ,hidupkan kembali perasaan aku yang dah lama mati.

untuk penamat cerita,aku paling tak suka. biar yang pengakhiran nya tergantung di sini,bersama dia dan hujan yang melebat.
maafkan aku kerana menjadi perempuan yang lelaki,yang menyukai kau,lelaki yang perempuan.



::PENAMAT KAU BIKIN SENDIRI,AKU NAK JALAN CERITA YANG HIDUP,HIDUP WALAU AKU MATI::