Jan 10, 2011

Perempuan vs Student ;p

Kisah budak-budak sekolah,yang sedang mem-bajet sudah matang,sedang mem-bangga sudah cantik, sedang meng-upgrade-kan kebajetan untuk menjadi hot. dan tak lupa juga budak-budak perempuan yang sedang nak men-dewasa-kan percakapan, meng-aplikasi-kan kematangan dalam setiap perbuatan,yang kadang-kadang boleh meng-huru-hara-kan keadaan yang sediakala sudah tenang.

cerita ni berlaku di kawasan-kawasan yang sudah di-label

"KAWASAN LARANGAN.PEREMPUAN TIDAK DIBENARKAN BERKELIARAN"

tapi,dah lumrah. makin di larang,makin dibuat.senang-senang,tak payah cakap apa-apa,tunggu akibat,habis cerita. :D

begini,
ada satu group,group yang boleh-lah di-kategori-kan sebagai group yang CANTIK. aww =.='

ahli-ahli group tersebut terdiri daripada beberapa orang perempuan,ya PEREMPUAN sahaja,lelaki tidak dibenarkan,melainkan mereka mempunya teman lelaki JAMBU.
*mereka memang ada,masing-masing ada,tapi si JAMBU-JAMBU berkenaan tidak berada di dalam group,kerana mereka parti bebas.

hendak dijadikan cerita, jambu-jambu tersebut merupakan pelajar dari sekolah yang HOT, eww =.='

jadinya,kesimpulan aku,perempuan-perempuan cantik itu famous gara-gara ber-pacar-an dengan pelajar sekolah tersebut. *memandai je aku buat kesimpulan -,-' (normal-normal)

aku yang dah biasa ketinggalan segala macam yang dah maju ke-depan,memang dah terbiasa rehat sorang-sorang kat kantin. duduk sorang-sorang kat meja yang boleh muat 6-8 orang budak,menyerlahkan lagi ke-lurus bendul-an aku. *bajet meja aku sorang.

bila- dah duduk sorang-sorang, ke-peka-an telinga terhadap sesuatu yang baru,atau sedang di-buat buat baru,makin memuncak hebatnya. segala macam perbualan,pergaduhan mahupun percintaan sesama jantina pernah hinggap di kuping telinga aku yang agak degil nak dengar nasihat orang.

dan,yang menariknya,bilamana aku TER-dengar salah seorang ahli tersebut berkata,
"aku sebenarnya pasang banyak.sorang budak sekolah tu,sorang lagi nun jauh kt ipoh."

*tak banyak pun,dua je,bukannya empat -.-'

SEKEJAP.SEBENARNYA AKU NAK CERITA CARA MEREKA MEM-PAMER-KAN KE-PEREMPUAN-AN MEREKA DI DEPAN AKU

baiklah,
begini.
sudah ditakdirkan aku ni tak ada lah macam perempuan lain, jauh panggang dari api. tapi tak apa, itu buat aku rasa gembira,sebab aku limited edition :D

sedang aku selalu terserempak dengan mereka berkumpulan atau mereka berseorangan atau berpasangan, selalu jugak lah mereka menyakat aku ,

"kau perempuan ke wey? tak nampak apa-apa pun.betul kau perempuan?" sambil gelak macam nak terkeluar anak tekak, *kalau tersembur kat aku,aku sembelih sorang hidup-hidup.

aku pun tengoklah mereka dengan pandangan yang tak bersalah,
"kalau aku bukan perempuan,mak ayah aku tak kan nak sekolahkan aku kat sini, mesti mereka terus sekolahkan aku kat sekolah balak korang,sure korang rebutkan aku,HEH"
dan aku terus berlalu pergi dengan meninggalkan plastik gula-gula dalam poket salah seorang daripada mereka.

dan terus-menerus aku menerima PUJIAN daripada mereka,
"cuba tengok dia,tak macam kita,macam manalah dia boleh hidup ehh,kesiann"
"tengok aku,terbaikk,pujaan jejaka malayaa"

*malaya koleja ke? HAHA! -,-'

puhh,bila di tusyen pula, dorang dress up mengalahkan datin kat area rumah aku. nasiblah dorang tak pakai rantai besar yang berat.HAHA :P

*tapi kan,kalau dorang tak buat macam tu,tak kutuk aku,tak mem-bajet dengan aku,aku tak kan sengih sorang-sorang.serius ! :)

paling aku tak tahan,bila mereka berada di sekolah jejaka mereka,control macho je semua,last-last tersadung kat batu, *waktu tu aku tak gelak,aku tolong kan? HAHA! *sorry -,-

entahlah, bila dah remaja,dan dah nak dewasa, macam-macam benda nak cuba,nak jadi,sampai lupa nak jadi diri sendiri, bila dengan kawan-kawan yang masing-masing naik kepala, (yang ni bahaya) sebab, kita tak akan pernah nak tunjuk siapa diri kita,masing-masing sembunyikan identiti diri, sampailah balik rumah, *tak penat ke?

tapi tak apa, itu cara sendiri nak cari warna dalam hari,nak mempelbagaikan warna dalam sehari,
*we can't buy happiness,STEAL it ;D

dan apa-apa pun,aku rindu nak dengar kutukan-kutukan yang melampaui batas daripada korang,rindu nak tengok anak mata korang bergerak dari atas sampai ke bawah bila tengok aku, rindu nak dengar perbalahan atau perbahasan korang mengenai jejaka idaman korang masing-masing. sangat rindu. :)

aku tahu persahabatan kita secara tak sengaja, sangat kebetulan, dan sangat menggelikan anak tekak aku.HAHA ;)

terima kasih untuk momen-momen yang korang sendiri tak perasan,itu satu hadiah untuk aku,
i appreciate those things,guys <3