Jan 18, 2011

puas (II)


cukup untuk yang kelmarin,semalam,hari ini,dan yang esok (tolong jangan ada)

aku fikirkan,
biarlah yang kelmarin,aku sendiri yang simpan,
kelmarin hari yang penuh dengan dongengan,nafsu setan;dan kain kafan.

--angan-angan yang di-suarakan kelmarin,rupa-rupanya mimpi ngeri yang kau mahukan kisah ini berakhir.
--tanpa kau sedar,kau heret aku ke dalam neraka,sampaikan aku merasa orang menghina aku di merata-rata.
--kau dah kafankan rindu aku senyap-senyap,dan kuburkan di sebelah katil kau,biar kau nyenyak.

tentang hal semalam,
tak perlu nak bawa ke depan.
biar yang semalam mati--
mati dengan segala perasaan yang membeban,
cukup--kau dah siat-siat aku lumat-lumat;
teruskan membawa aku ke penamat.

yang hari ini,
masih berlegar mencari aku yang sedang-sedang bersembunyi,
jangan hidu aku lagi;jangan panggil aku lagi,
sayang kau dah mati.
cinta kau,dah aku ke-bumi
tunggu bila aku benar-benar dah mati,baru kau nak menggali-

esok,kita buat seperti kau lelaki,aku lelaki.
kau perempuan,aku perempuan,
masing-masing ego meninggi,
masing-masing bawa haluan.
kau ke sana,dengan kekasih hati,
aku ke situ,dengan hidup baru.
kau berpacaran terus-terusan,
aku tetap dengan janji-janji yang dah kau berak-kan.
jangan risau,
nafsu untuk meminta dah aku padamkan,
nafsu untuk melangkah,makin aku gilap-kan.

dan setan,berhenti hasut aku menjadi perempuan murahan;yang memberi hati tanpa perlu menyimpan.