Jan 12, 2011

Puas.

eh Sayang, aku lupa nak kenalkan kau kat teman-teman aku. mereka selalu ada dengan kita, (atau mungkin dengan aku saja)

ini namanya Cinta.
dia tak pernah lekang bila aku mula mula kenal kau,
kami makin lama,makin akrab,makin rapat.
kalau boleh,rasa-nya seperti mahu junjung tinggi melangit,
tapi aku punya kau.

ini pula nama dia Cemburu,
dia ini bahaya sedikit,
selalu muncul bila kau tak ada,
selalu ada bila kau dengan mereka-mereka,
jarang-jarang ada bila kita bertentang mata.
tapi,sayangnya,dia selalu menyakiti aku,dan kau tak pernah tahu :)

dan ini pula namanya Rindu.
sejak kita kenal nama,sejak itu dia jadi kawan aku.
dia sama macam Cinta, tak pernah pun tinggalkan aku.
selalu ada,tambahan bilamana kau tak di sisi aku.
dia ini kadang-kadang bikin aku sakit,
tapi macam biasa,kau tak pernah nak ambil tahu.

dan sekarang,mereka semua dah tak ada sayang,semua dah terbang,tinggalkan aku seorang.
yang ada dengan aku,cuma Senyuman. dan aku puas,sebab dahulunya,dia tak pernah kunjungi aku,dan sekarang,aku rasa puas :)

Senyuman yang mendampingi aku,tak menyakiti aku,sedikit pun tak,dan sayangnya juga,kau tak pernah mahu tahu.

dan Sayang, aku dah tukarkan nama kau menjadi Terbuang.
jaga diri baik-baik ya,Si Layang-Layang.