Jan 22, 2011

Sangkut.

Hari ini, 23 Januari 2011, telefon aku menjerit,dan reminder mengenai kau terpacul keluar di skrin bukan sentuh telefon bimbit aku.

dan,sepantas wabak yang merebak, ingatan aku terus-menerus ke arah kau--yang berdiri tak jauh dari padang bola sepak,memakai short,berserta t-shirt lengan pendek berwarna kuning yang mempunyai design smiley di tepi lengan.selipar? kau tak pakai selipar,kau berkaki ayam sambil tangan kau memegang sepuntung rokok yang dah terbakar sendiri,dan teruskan bersendiri tanpa kau menghisap dari tadi.

mana mungkin hati aku menjadi senyap,kan? lalu,aku bikin dialog untuk hati aku,yang ber-monolog,
"kalau aku ke sana,kebarangkaliannya ada dua. sama ada dia senyum atau aku akan jadi gila"

tanpa perlu menghiraukan kebarangkalian yang kedua, aku terus mencapai cardigan yang dah berapa minggu tak basuh,dan seluar jeans milik kawan aku yang aku pinjam sejak dua tahun yang lepas,
"ibu, saya nak ke padang sekejap!"

--berjalan agak perlahan,seakan-akan semut mengajak berlumba,dan pemenangnya siput babi yang baru keluar dari celah-celah batu di rumah Mak Temah.

*ada sound effect (kreeekkkk) --lehernya pusing ke kanan menoleh aku yang sedang cuba menyembunyikan bunyi bising tapak kasut aku, dan,
kembali lehernya menoleh ke tempat asal,seperti tak kenal siapa aku,yang dah menjadi jirannya sejak 18 tahun.

dan,langkah aku berhenti di situ,selang cuma 10 langkah daripada kedudukan dia berdiri sekarang.

masing-masing senyap.cuma yang kedengaran ialah suara 5 orang kanak-kanak yang bermain aci kejar,dan aku tak tahu siapa kejar siapa,kerana kelima-lima nya melarikan diri.
itu aci kejar atau ,ohh,ada anjing yang mengejar mereka.
"teruskan berlari," hati aku teruskan bermonolog.

"mana selipar kau?",suara aku mula menghampiri gegendang telinganya.

"atas pokok," diringkaskan jawapannya,dalam nada yang bersahaja.

lalu aku mendongak ke atas,mengharapkan apa yang dikatakannya itu betul,tapi yang kelihatan,cuma daun yang merimbun,dan sarang burung.mana seliparnya?

"kau buat apa kat sini?," suaranya yang dah lama tak menggarap ketenangan aku sudah mula cuba menjadi suatu keghairahan yang baru.

tanpa tersekat-sekat,aku lontarkan jawapan yang aku sering persoalkan, "hari ini hari kau."

dia bergerak dalam keadaan slow motion ,memandang ke arah aku,dan kaki nya diangkat,dan dihentak di dalam lopak air,terpercik di cardigan aku.seolah-olah kakinya sangat berat dan malas untuk bercakap,bercakap dengan tanah.

"baju kau dah kotor,HA HA HA!", anak tekaknya yang bergantung mula bergerak langsung dengan ketawanya yang dah rosak,

"kau ketawa?"

"tak,aku tengah senyum,tak dengar?," soalan aku dijawabnya dengan penuh rasa tak bersalah,dan disalut dengan sinis yang sedang-sedang.

**dalam slow motionnya,jasadnya dah sampai di sebelah aku,dan terasa bahunya bergesel dengan lengan aku.

"kita duduk jom!",serentak.

5 orang budak-budak yang berlari-lari tadi sempat memandang ke arah kami yang duduk di atas rumput yang berlecah.

aku merangkul pinggangnya dan menariknya rapat ke sisi aku,
"kau tahu hari ini hari kau?,"

dan,
dia memegang tangan aku,dan meletakkannya di peha aku,sambil menjarakkan sedikit,memberi ruang sedepa antara kami.

"hari ini bukan hari jadi aku,kau salah orang barangkali," suaranya membisik kasar sipi-sipi di kuping telinga aku.

"betul,hari ini bukan hari jadi kau,bukan hari lahir kau,dan bukan hari ibu kau mengeluarkan kau dari perutnya," aku menyambut sambil memandang bibir nya yang sedang membeku,sedang membisu,tapi seperti mahu memberitahu aku sesuatu.

rahangnya bergerak,"habis,kenapa hari ini hari aku?kenapa tak cakap hari ini hari Ahad?,"

"sebab,hari ini tarikhnya 23 Januari," nada aku semakin sayu,cuba-cuba mahu ingatkan dia tentang kisah di tanggal ini,tentang tarikh ini,tentang bulan ini.

dia dah lupa,tentang 23.tentang Januari.

jersi yang tertera nombor 23, yang aku hadiahkan kepada dia,kerana dia telinga aku,dia mulut aku.
pada imaginasi aku sendiri dan dia juga setuju, 2 itu seperti telinga (perhatikan betul betul) dan 3 itu seperti mulut,iras-iras mulut ikan, (lihat teliti-teliti)

dan,Januari,
sama-sama beranggapan Januari itu satu,dan hati kami cuma satu,untuk yang satu.

dan,23 Januari juga, tanggal aku menjadi seorang yang gila,dan dia menjadi seorang yang buta.

"aku cakap aku cintakan kau.dan,waktu itu juga,kau tak percaya.kau tampar muka aku,kau caci maki aku,sebab kau kata cinta akan buat orang jadi pendusta,orang jadi durjana,dan cinta akan buat semua rasa jadi celaka," bertubi-tubi aku ulang-tayang peristiwa ngeri,yang merupakan hari jadi aku,sendiri.

dia lantas memotong dialog aku dan menyambung,
"Sayang,kau perempuan,dan aku lelaki.aku cintakan kau kerana hati,yang lain mahukan kau untuk penuhi nafsu laki-laki. aku mahukan kau yang sedang sunyi,mereka mahukan kau kerna mereka sepi.aku tunggu kau sampai aku mati,mereka tunggu kau sampai kau kahwin dengan seorang lelaki,kalau kau berani tunjukkan identiti," dan terus menyambung,

"ini lagu yang kau nyanyikan kat aku selepas aku hentam kau berkali kali.dan,kau lihat sendiri,aku tak berani.aku memakai short abang aku,t-shirt adik aku,dan rokok ayah aku."

"kau tak pakai short,tapi abang kau potong seluar panjang kau,supaya kau tak akan ada teman lelaki. dan rokok.itu cuma saja-saja kau pegang,bibir kau masih merah,nafas kau masih yang bermaruah," aku suarakan hati aku yang meronta-ronta mahu dia tahu aku ini seorang penunggu,aku ini seorang perindu.aku ini lelaki yang terlalu mahukan kau di sisi,menjadi permaisuri di hati.