Jan 26, 2011

Selipar&Rindu




she says, "for the princess of mine"

masa dulu-dulu,masa sedang hingus meleleh,dan sental kat lengan baju,aku keluar rumah cuma memakai selipar jamban. ke-mana-mana juga,walaupun ke majlis-majlis yang seharusnya aku pakai formal,aku tak ada kasut lain melainkan selipar berwarna hijau terang (yang dibeli di bangi semata-mata mahu sama dengan selipar milik abang & kakak.) bagi aku,itu selipar yang tercantik pernah aku pakai,pernah aku miliki.

KISAH SELIPAR HIJAU

tragedinya bermula sewaktu aku di tingakatan 4 (ya,enam belas tahun,dan seharusnya dan sewajarnya aku tahu bahawa penampilan sangat penting,tapi bagi aku itu sangat asing).
Superwoman aku,merangkap ibu kandung aku,ibu kepada 6 orang adik beradik, 4 hero dan 2 princess,beliau membawa aku,dan adik-adik serta diikuti oleh abang sulung,ke bangi,untuk menghantar abang pulang.

setibanya di bangi,dan di mall mana entah (lupa),ibu dan adik-adik dan (oh kakak ada sekali,setibanya di sana,ibu ambil kakak dari UPM dan ikot kami sekali), mereka ke mall,dan tinggal aku dengan si abang,di kedai yang menjual banyak selipar sedemikian (pelbagai warna) dan banyak patung beruang (berbulu bulu gebu),tapi aku tertarik dengan selipar berwarna hijau.

selesai membeli,pulang ke rumah dengan gembira,sangat gembira,kerana memiliki selipar yang sangat cantik.

tapi,hayat selipar sebegini tak lama.mungkin dia merajuk bila ibu kata,
"nampak selekeh pakai selipar dengan baju kurung,cuba lah pakai kasut"

"kasut?saya tiada kasut melainkan kasut yang macam kasut lelaki tuh"

dengan hampa,aku berjalan keluar dari kenderaan beroda 4 dan naik ke Pusat Tusyen Indera milik Sir Appu,dengan memakai selipar itu juga.

dan,
setelah itu,adik aku merampas takhta dengan meminjam selipar ini daripada aku,(berat badan boleh mempengaruhi ketebalan selipar tersebut) ,dan selipar aku menjadi semakin nipis dan melebar.
bila aku memakainya,seolah-olah itu saiz kaki ayah.atau dalam kata mudah,kasut McDonald.

lalu,aku dengan rasa sayu,meminta ibu membelikan sandle berwarna merah.dan,sayangnya,baru kali kedua aku memakai sandle terbabit, kawan aku memijak bahagian belakang semasa aku sedang rush nak naik ke tusyen,dan PUTUS.

balik ke rumah,cuba untuk gam-kan-nya,cuba cari gam uhu,gam gajah atau gam badak,tak jumpa.cuba-cuba.dan TAK BERJAYA,lalu aku kuburkan sandle ini di depan rumah sebelah tong sampah.

"maa.kasut saya putus,"
*alasan sebegini dah banyak kali diperdengarkan kepada ibu oleh adik bongsu aku yang gemar bermain bola memakai seliparnya.

KASUT SARUNG

dan,ter-wujudnya kasut sarung di atas sewaktu hari raya aidilfitri 2010,ya,sewaktu tingkatan 5,tujuh belas tahun. (masih buta fesyen,main bedal pakai dengan apa-apa.hinggakan rasa kekok nak pakai,sampai sanggup pinjam selipar akak untuk dipadankan dengan baju kurung untuk ke kenduri rumah jiran)

tapi,aku masih memiliki selipar yang aku beli di kedai bata,yang berharga cuma RM 12 tetapi sangat setia menemani aku,walaupun rasa tak padan dipakai dengan mana-mana baju,terutama baju kurung,tapi tetap aku pakai,sebab sangat selesa dan bebas. selipar yang aku punyai hingga hari ini sememangnya selipar budak lelaki. (tapi selipar tiada jantina,dan aku boleh pakai ikut suka)

kasut sarung di atas akan aku pakai kalau perlu,atau kalau selipar aku dah di-cemar duli oleh najis kucing (ini tragis dan sangat sakit hati).

kata kakak,
"kalau nak pakai kasut ini,kau kena pakai stoking.sebab kau kurus."

terima kasih akak (:

dan sekarang,
hingus masih meleleh,taip aku sental kat tisu bukan sapu tangan. :)

entah bagaimana,aku merasakan diri aku seorang Princess dengan hanya memakai kasut sarung tersebut;
walaupun dress up aku ala kadar.

dan,
tolong jangan tinggalkan aku sendirian,lagi.