Jan 1, 2011

tak ada tajuk,tak bermakna aku tak akan post.

nak cakap tentang cinta, aku sendiri pun tak reti nak menafsir apa cinta,siapa cinta,di mana cinta,untuk apa cinta,mengapa cinta,bagaimana cinta,bila cinta,cantik kah cinta,buruk kah cinta,atau mutasi kah cinta.


aku tak tahu.


mungkin atas dasar aku dah menjadi pembenci cinta,pemberi cinta,pengemis cinta atau penunggu cinta.

atau juga,

kerana

aku bukan di-cinta,aku tak di-minta untuk di-cinta,aku tak diberi peluang untuk di-cinta.

atau,mungkin juga kerana

aku terjumpa sesuatu yang mengerikan,atau yang dasyat dalam cinta.


aku masih tak tahu.


atau,

aku rasa aku tak perlu memahami segalanya tentang cinta,

aku rasa aku cuma menjadi pemerhati cinta,

pencetus cinta atau barangkali

penamat cinta.


aku sendiri jadi confuse.


kenapa nak pertikaikan aku yang tak tahu sesuatu,atau seseorang bernama cinta?

cinta itu orang atau barang?

cinta itu mimpi atau realiti?

cinta itu sejenis makanan ?


kalau tanya dia,dia jawab,

"cinta itu orang kalau si pemilik merasakan dia harus hidup"

"cinta itu barang kalau si pemilik merasakan dia harus dijual&dibeli"

"cinta itu mimpi kalau si pemilik merasakan dia harus menjadi indah"

"cinta itu realiti kalau si pemilik merasakan dia harus ditunjukkan"

"cinta itu sejenis makanan kalau si pemilik merasakan dia harus menjadi pemuas nafsu"


kerana jawapan dia,

aku tak rasa cinta itu apa-apa,mahupun sesiapa.


bukan kerana aku sedang/sudah putus cinta,

bukan juga kerana aku mahu menghapus kepercayaan orang tentang cinta,

tapi,

cinta tak salah apa-apa.

pengguna yang menjadi punca,

punca mengapa cinta kadang di-anggap ruang untuk bernafas,atau mati.


alasan orang sangat rapuh;

"kenapa bunuh diri?"

"sebab dia putus cinta."


"kenapa dia potong nadi?"

"sebab dia putus cinta"


"kenapa dia buang bayi?"

"sebab dia bercinta"


"kenapa dia kata asyik nak mati?"

"sebab dia penat bercinta"


kenapa si pelaku tak jawab,

"sebab dia tak hargai apa yang Tuhan bagi."

"sebab dia tak pernah minta kat Tuhan untuk berikan dia cinta-Nya,cuma asyik menagih cinta manusia"


mungkin dia tak jawab macam itu sebab

dia lupa,dia lupa dari mana datangnya cinta,

kalau dia cakap dari nafsu, aku tak tahu nak kata apa.

kalau dia cakap dari Tuhan,aku rasa dia tak kan buat kerja yang sangat memalukan.


aku menulis,untuk ingatan diri aku sendiri,sebab aku selalu lupa&alpa.

aku selalu lupa aku masih ada peluang untuk rebut cinta Dia,

aku selalu alpa,alpa bilamana aku dah dapat cinta dari manusia,aku lupa nak cakap syukur atau sekurang-kurangnya aku berdoa untuk suburkan cinta aku pada Dia, aku tak buat.