Jan 9, 2011

time changes people,people change thoughts,thoughts change the rhythm of the day.


aku ada cerita,
tapi ini biasa-biasa saja.

orang fikir hidup aku cuma dengan dia,
orang kata fikiran aku merapu tak mengena
orang cakap bila dimarah,mulalah buat muka.
orang pesan,control lah mood kalau nak kawan sampai tua.

tentang hidup dengan dia,
aku bukan kenal dia semata,
kawan ramai,dia pun aku kadang lupa
jadi tak perlu nak kata,
"tak patut aku ambil dia"

fikiran aku memang macam gila,
bila serius,aku ketawa.
bila nak-kan someone,aku lari entah ke mana,
kononnya nak hilangkan stress,habuk pun tak ada.

orang marah,memang aku tak suka
tapi nak buat macam mana,aku teruk budaknya.
muka aku kadang nak buat selamba,
tapi masih kelihatan macam raksasa.

orang cari pasal,mood pun jadi celaka,
orang buat baik,mula-lah terkinja-kinja
selalu berubah,agak drastik caranya
harap-nya aku jumpa macam mana nak stay maintain macam orang biasa.

dalam masa yang sama,
aku bencikan satu perkara,
bila kita cuba nak baik-kan keadaan,
terus jadi huru hara.
bila kita nak cakap sesuatu yang menyakitkan,
orang menyampuk, "janganlah teruk sangat.jadi macam aku,selalu ingat kat Tuhan"

aku tak kisah orang nak tegur segala,
cuma masalahnya kat aku saja,
sama ada nak reject ataupun terima,
tapi jangan risau hey manusia
suara hati aku selalu terima apa yang baiknya,
cuma setan menghasut ajak masuk neraka.

untuk hari ni,permulaan yang biasa-biasa.
tak hidu lagi apa yang bahana,
harapnya baik-baik saja sampai ke malam tua,
nak maintain-kan keadaan tak sesenang yang korang jangka.
cuma yang perlu,berdoa kat Dia,
mohon supaya aku sentiasa dekat dengan-Nya,
kalau boleh biarlah sampai habis nyawa,
aku nak merasa berada di syurga milik-Nya.



*mak cakap,kalau tidur lepas subuh rezeki tak masuk,aku cuba nak terbeliakkan bijik mata,dah macam zombie aku rasa.mengantuk yang amatnya!


:)