Feb 10, 2011

Bedtime Story


cerita bedtime story,sebelum terlelap dan terlena dibuai mimpi yang entah apa-apa.

Snow White & Seven Dwarfs


secara zahirnya,tak mungkin lah aku snow WHITE sebab im BROWN.
(tapi tak sedap snow brown,dah macam mary brown)

aku tak ada 7 orang kerdil,tapi aku ada 7 dan lebih daripada 7 kawan-kawan.
mungkin waktu aku makan apple,dorang makan sekali,kami memang duk selalu melantak sama-sama.dah memang style kami;sorang makan,semua perlu merasa.
(kalau macam tu,semua pengsan)
tapi idok pun. semua sehat-sehat belaka,terbungkang ada la
(sebiji epal tak kenyang,sungguh,jadi tak jadi pengsan,kami bangun balik).


mak tiri?
aku tukar watak,jadi Cigu Irdawati,
bekas guru kelas kami 5 Science 1 yang mengajar sivik,
suaminya ajar kami fizik.
(selalu tersasul bawa buku,jadual tulis sivik,bawak buku fizik dan sebaliknya)

ditukarkan lagi jalan cerita,
Cikgu kami tak racun pakai epal,
Cikgu kami pakar buat kek segala,
yang pernah dibuatnya untuk kami
Blueberry Cheese Cake & Carrot Cheese Cake
(terliur terliur terliur).
Cikgu dengan penuh tragisnya menyumbat segala macam kek ke dalam mulut kami
(kononnya watak jahat,tapi tak.dia suap kami penuh gembira)
salah istilah,bukan menyumbat,tapi memberikan.

lalu,kami makan makan dan terus makan,hingga menjadi muak tahap maksimum,
(kalau duk jilat cheese,tak gerak mana-mana dah,tunggu turn ada baki) .
dan,kami penat,dan tertidur.
(sambil terbayang bayang akan ada Putera yang datang menyelamat).

tapi nak buat camna,
dah sekolah semua perempuan,
hero memang tak ada lah datang sekelip mata
.tapi,hero tetap ada.


ayah kami datang beramai-ramai
dek kerana puteri-puterinya tak balik-balik lagi even dah maghrib.

azan berkumandang,serentak kami terjaga.

itulah ciuman dari putera kami.


***

kalau dalam kisah Cinderella, kalau aku putera,aku tak mampu adakan parti tari-menari segala,nak pakai kemeja berjenama pun tercekik aku rasa,jadi,aku tukarkan kepada majlis kesyukuran.aku berbaju melayu,berseluar jeans,dan Cinderella pun tak pakai baju cantik-cantik,sebab pari-pari tak wujud pun.dia pakai baju kurung dan berselipar jepun. dia tak cicirkan selipar,tapi cicirkan senyuman,nahh,Putera jatuh cinta tepat jam 9 malam.selesai bacaan Yassin.selepas si Cinderella hidangkan makanan untuk tetamu-tetamu yang hadir.




selamat malam,sungguh aku mengantuk,siapa suruh duk baca cerita karut marut aku.


LotsOfLove